Archive for 27 April 2014


Oleh Nasrudin Hasan Tantawi

Saya merujuk kepada saranan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Dr Johari Mat di Dewan Negara supaya mengiktiraf subjek Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus di semua peringkat peperiksaan.

Berasaskan kepada tujuan meningkatkan pengetahuan agama Islam dalam kalangan pelajar Muslim dan membina akhlak mulia para pelajar, saya juga ingin mengulangi cadangan ini dan mendesak agar kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan mengambil langkah segera ke arah memastikannya terlaksana dalam sistem pendidikan dalam negara kita.

Dengan menaiktaraf mata pelajaran ini ke status wajib lulus, sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan para pelajar dan ibu bapa untuk lebih cakna dan usaha bagi meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan agama Islam.

Dengan meningkatnya pengetahuan ini diharapkan akan menimbulkan penghayatan dalam diri seterusnya dapat diterjemahkan dalam kehidupan mereka melalui amalan yang selari dengan ajaran agama dan tingkah laku yang murni.

Kebimbangan saya, sekiranya dibiarkan subjek Pendidikan Islam ini berstatus tidak wajiib lulus, masalah kurang pengetahuan agama khususnya berkaitan akidah dan asas fardu ain serta tiadanya penghayatan hidup beragama, akan menggalakkan lagi masalah sosial dalam kalangan masyarakat termasuklah berlakunya peningkatan kes jenayah yang membabitkan juvana seperti yang didedahkan oleh media sebelum daripada ini.

Untuk itu juga, saya mendesak kerajaan agar memperkasakan institusi pendidikan agam Islam di semua peringkat meliputi kurikulum dan ko-kurikulum, pengurusan dan pentadbiran, suasana pembelajaran serta kemahiran dan keupayaan para pendidik supaya setiap individu Muslim mengenal Allah, mengetahui halal dan haram serta batas iman dan kufur.

Akhirnya, suka untuk saya tegaskan bahawa pengaruh agama dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap perasaan.

Oleh itu, penanaman akidah atau kepercayaan dalam hati dan jiwa adalah pilihan yang paling tepat dan merupakan jalan yang wajib dilalui untuk menimbulkan unsur kebaikan yang akan membentuk kesempurnaan kehidupan.

Dengan demikian, keadaan moral masyarakat akan lebih berkualiti dengan gabungan unsur individu yang berakhlak dengan nilaian agama. – 24 April, 2014.

* Nasrudin Hassan At-Tantawi merupakan Ahli Parlimen Temerloh.

 

Tarikh : 25-27 April 2014

Lokasi : Menara Petronas Kota Kinabalu

Menarik juga pengalaman kali ini dapat bersama-sama sebagai hakim MTQ Petronas di peringkat lebih tinggi. Ia merangkumi pelbagai acara dan jenis-jenis tilawah al-Quran seperti bacaan murattal, bertarannum, hafazan dan sebagainya merangkumi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Pada majlis penangguhan siang tadi, memberikan ceramah untuk semua tetamu ialah SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah Ustaz Haji Bungsu Aziz Jaafar. Tambah menarik, kami para hakim diberikan penginapan di Hotel Promenade, untuk sekeluarga pula. Alhamdulillah atas pengalaman berharga.

MTQ Petronas Wilayah Borneo  (1) MTQ Petronas Wilayah Borneo  (2) MTQ Petronas Wilayah Borneo  (3) MTQ Petronas Wilayah Borneo  (4) MTQ Petronas Wilayah Borneo  (5) MTQ Petronas Wilayah Borneo  (6) MTQ Petronas Wilayah Borneo  (7) MTQ Petronas Wilayah Borneo  (8)