Archive for 25 April 2014


Masjid Kg Peringatan Petagas (1)

Khatib : Abu Nuha

Lokasi : Masjid Kg Peringatan Petagas

Sabda Nabi SAW bermaksud : “Berlaku pada akhir zaman, ahli ibadah yang jahil dan ulamak yang fasik.” HR Ibnu Adiy.

Nabi SAW menerangkan pada akhir zaman akan ada dua golongan ini. Ada orang fasik yang rajin beribadah, dan ada orang alim yang fasik. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia.

Oleh itu, ia menggunakan pelbagai cara kepada orang yang berlainan pula. Bagi si jahil, syaitan boleh saja menyuruhnya supaya rajin beribadah kerana ibadah seorang yang jahil tidak sah di sisi agama. Syaitan tidak mahu si jahil mengaji kerana apabila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadahnya lalu ibadah tersebut diterima di sisi Allah SWT.

Begitu pula halnya si alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menggodanya agar bermalas-malas beribadah dengan bermacam alasan sehingga si alim meninggalkan kefardhuannya. Akhirnya, ilmunya tidak berfaedah bahkan menjadi musuh kepadanya pada hari kiamat.

Tarikh : 24 April 2014

Keletihan kerana temuduga 3 hari berturut-turut di tiga lokasi berbeza, sehingga kelas mengaji banyak tertangguh. Insya Allah akan bersambung pada minggu mendatang. Mujur malam tadi tidak ramai yang datang.

KTHM, M59 (1)

%d bloggers like this: