Archive for 13 April 2014


 

Tarikh : 9 April 2014

Semoga Allah merahmati kepada mereka yang istiqomah menyertai kuliah ini.
kuliah Quran @ Austral (1) kuliah Quran @ Austral (2) kuliah Quran @ Austral (3) kuliah Quran @ Austral (4) kuliah Quran @ Austral (5)

Masjid Azizurrahman

Sumber : JAKIM

Menurut seorang ulama’, Muhammad ‘Arfah al-Dusuqi menjelaskan bahawa wakaf harta ialah memberikan manfaat sesuatu harta yang dimiliki kepada orang yang berhak dengan satu akad dalam jangka masa tertentu, sesuai dengan kehendak pewakaf.

Menurut Abu Yusuf, Muhammad bin Hasan, Ahmad bin Hanbal dan al- Syafi‘i, wakaf ialah menahan ‘ain mawquf (harta) sebagai milik Allah atau pada hukum milik Allah dan menyedekahkan manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga akhirnya.

Secara ringkasnya bahawa wakaf harta merupakan satu amalan sunat dan digalakkan serta menjadi wajib dilaksanakan apabila dibuat dengan wasiat. Oleh itu, dalam ekonomi, wujudnya golongan yang mengagih semula harta kekayaan kepada orang lain, sangat penting kerana ia boleh membantu mencapai pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Amalan mewakafkan harta ke jalan yang baik akan diberi oleh Allah SWT ganjaran pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan atau tidak musnah.

Bayangkanlah, bagaimana pahala kita akan terus mengalir tanpa henti selagi mana ia digunakan. Maka, bergembiralah jika kita dalam golongan yang telah melaksanakan wakaf. Namun, jika kita masih belum berwakaf, inilah masanya untuk kita mulakan.

 

%d bloggers like this: