Archive for 4 April 2014


 

 

 

 

 

 

 

Masjid Daerah Putatan

Khatib : Ustaz Abdul Rahman

Lokasi : Masjid Daerah Putatan

Kita sebagai umat manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT. Ini kerana, selain daripada dikurniakan rupa paras yang cantik, kita juga dikurniakan akal yang mempunyai banyak keistimewaannya. Dengan akal itulah yang membezakan kita dengan makhluk Allah SWT yang lain.

Ia adalah antara bukti tentang kekuasaan dan keadilan Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir seluruh alam. Dengan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT, manusia berupaya menilai dan mengenal pasti perbezaan antara yang baik dengan yang buruk, antara yang benar dengan yang salah dan sebagainya.

Dengan akal juga membolehkan manusia mengingat dan memikirkan tentang sesuatu. Dalam erti kata yang lain, pada akallah letaknya neraca untuk manusia berfikir dan menimbang lalu memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Lantas, Allah SWT mencabar kita supaya menggunakan akal yang dikurniakan-Nya untuk memikirkan tentang kehidupan manusia yang meliputi soal hidup dan mati di samping kehebatan alam yang diciptakan.

%d bloggers like this: