Tarikh : 9 April 2014
Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah
Sempena MTQ Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Kudat, Ybhg Dato’ Zulkiflie Haji Ali al-Hafiz yang diundang selaku hakim jemputan telah mengambil ruang untuk melakukan lawatan ringkas ke Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah sebelum bertolak balik ke Semenanjung.
Dalam pertemuan itu, beberapa perkongsian maklumat antara kedua maahad disampaikan untuk kebaikan bersama. Pihak MTQN Sabah mengucapkan terima kasih atas kesudian Dato’ Zul berziarah, mudah-mudahan ada kesempatan untuk melakukan lawatan ke MTQN Pahang satu ketika nanti.