Archive for 24 April 2014


Tarikh : 24 April 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah, Kepayan

Jumlah Calon : 24 orang

Seperti biasa, calon-calon yang ditemuduga di sini lebih ramai berbanding lokasi lain dan lebih mencabar. Sebahagian calon terbaik diperolehi di sini. Walaubagaimanapun, panel akan mengumpul seluruh markah keseluruhan bagi semua calon seluruh Sabah. Insya Allah dalam masa terdekat, keputusan akan diumumkan.

Temuduga MTQQNS @ KK (1) Temuduga MTQQNS @ KK (2) Temuduga MTQQNS @ KK (3) Temuduga MTQQNS @ KK (4) Temuduga MTQQNS @ KK (5) Temuduga MTQQNS @ KK (6) Temuduga MTQQNS @ KK (7) Temuduga MTQQNS @ KK (8) Temuduga MTQQNS @ KK (9) Temuduga MTQQNS @ KK (10) Temuduga MTQQNS @ KK (11) Temuduga MTQQNS @ KK (12)

Ada sedikit ruang masa selepas kami selesai menemuduga di SAN Islamiah Tawau lebih 20 orang calon-calon bagi kemasukan sesi 2014 ke Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah, tiba masa untuk berziarah ke SABK Islamiah Tawau yang terletak bersebelahan sahaja.

Ada beberapa sahabat-sahabat kami kalangan ustazah yang merupakan lepasan MTQQNS zaman awal dulu. Ustazah Sunarti Anuar, Ustazah Siti Samsiar Mohd Amin dan Ustazah Norhayati Iskandar. Alhamdulillah, masing-masing sudah berkeluarga kecuali Ustazah Sunarti, semoga Allah SWT temukan jodoh untuknya.

Ada dua lagi sahabat kami bertugas di sekolah ini, iaitu Ustaz Haji Asman Mohd Ali – senior di Toh Puan Hajah Rahmah dan Ustaz Haji Syukri Amboala – junior di sekolah yang sama.

SABKIT (1)

SABKIT (2) SABKIT (3)

SABKIT (4)

%d bloggers like this: