Archive for 3 April 2014


Ust Bambang

Beberapa kali berziarah ke Kunak, seperti tidak lengkap jika tidak bertemu dengan tuan pengetua SMU Kunak ini, Ustaz Bambang di flat guru sekolah berkenaan. Pertemuan cuma sebentar untuk ukhuwah, tetapi kami banyak mendengar kalam beliau daripada bercakap.

Ustaz Bambang orang yang peramah, sarat dengan pengalaman menuntut ilmu sejak remajanya khususnya di Maghribi sehingga kini. SMU Kunak sejak 2 tahun kebelakangan turut mempromosi pelajarnya menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Negeri. Bahkan sekolah ini sendiri jadi pusat temuduga 2 tahun berturut-turut. Ia hasil galakan dan sokongan kuat Ustaz Bambang sendiri.

Anak sulungnya Najwa kini bersama kami di Maahad Tahfiz al-Quran bakal menjejak ke semester lima, juga ada di rumah tersebut ketika ziarah kami.

Tarikh : 27 Mac 2014

Lokasi : Masjid Pekan Kunak

Alhamdulillah, selain berkhutbah pada siang jumaat, pada malam sebelumnya saya turut diundang menyampaikan ceramah. Ceramah berkait dengan keimanan terhadap perkara ghaib, kemudian difokuskan kepada kewujudan alam jin yang diwajibkan kita beriman akan adanya.

Jika salah iktikad dan amalan, ia boleh merosakkan iman dan akhirnya mendatangkan dosa kepada pelakunya. Ramai kalangan manusia termasuk umat Islam yang percaya tentang kekuasaan jin seperti mengetahui alam ghaib dan masa depan, bersahabat dengannya, berjumpa bomoh yang beramal dengan jin dan sebagainya.

Semoga Allah SWT menjaga diri kita dengan iktikad dan amalan yang betul.

Masjid Pekan Kunak (1) Masjid Pekan Kunak (2) Masjid Pekan Kunak (3)

%d bloggers like this: