Archive for 15 November 2014


Tarikh : 14 Nov 2014

Lokasi : Masjid Nurul Iman Taman Pantai Lok Kawi

Khatib : Abu Nuha

Para ulamak bersepakat bahawa haramnya seorang lelaki berlagak seperti perempuan berdasarkan beberapa dalil antaranya hadith yang bermaksud :

“Bahawasanya Nabi SAW melaknat orang lelaki yang berlagak seperti perempuan, begitu juga orang perempuan yang berlagak seperti lelaki. Hendaklah kamu halau mereka dari rumah-rumah kamu”.

Perkataan “melaknat” dan “halau” orang-orang yang berkelakuan demikian menggambarkan betapa seriusnya kesalahan ini. Semua orang tertakluk kepada peraturan ini samada dia seorang raja, hakim mahupun rakyat jelata.

Secerdik dan seberani mana pun kita, kita tidak layak untuk mencabul peraturan yang cukup jelas dan nyata ini. Sanggupkah kita sama-sama menghadapi ancaman “laknat” dan “halau” dari bumi Allah SWT ini dengan menanggung bebanan kehinaan? Untuk meraih iman, kita sebagai muslim wajib sepatuh-patuhnya tanpa ragu-ragu dengan peraturan ini dan peraturan-peraturan Allah SWT yang lain.

Apa-apa jua polisi mahupun tindakan yang menghalalkan perbuatan lelaki yang berlagak seperti perempuan, begitu juga sebaliknya sebenarnya telah melawan kebijaksanaan Allah SWT sebagai pembuat undang-undang dan dalam masa yang sama telah merendahkan keluhuran perlembagaan di dalam prinsip rukun Negara pada Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.

Semua amal perbuatan yang dilakukan oleh umat Islam samada lelaki atau perempuan di Malaysia hendaklah selaras dan selari dengan Islam sebagai agama Negara ini. Logik mudahnya sedangkan ubahsuai kereta tanpa mengikut standard Jabatan Pengangkutan Jalan pun dikenakan saman , tidakkah kita takut murka Allah SWT apabila kita sewenang-wenangnya mengubahsuai peraturan Allah?

Tarikh : 13 November 2014

Lokasi : Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas

Panel : Ustaz Zulkifli Abdul Mijan, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor & Ustaz Norazli Musa

Ceramah ini dianjurkan bersama oleh pihak Masjid Kg Contoh dengan kerjasama NGO Islam Muslim Care yang membawakan khas para panel ke Kota Kinabalu untuk misi-misi dakwah yang kerap mereka adakan di seluruh pelusuk negara dan antarabangsa. Kedua-dua panel biasa merantau untuk misi kemanusiaan dan kebajikan ke seantaro dunia seperti Gaza, Lubnan, Achek, Pakistan dan lain-lain.

Forum Gaza @ Kg Contoh (1) Forum Gaza @ Kg Contoh (2) Forum Gaza @ Kg Contoh (3) Forum Gaza @ Kg Contoh (4) Forum Gaza @ Kg Contoh (5)