Archive for 22 November 2014


MAKAN MALAM PASTI PUTATAN

Tarikh : 17 November 2014

Lokasi : Restoran Hang Li Po

Makan malam kali ini untuk meraikan para guru-guru PASTI dan PPIAN sempena hujung tahun musim persekolahan. Terima kasih atas kesungguhan mereka mendidik anak-anak PASTI dan PPIAN selama ini.

Makan Malam (1) Makan Malam (2) Makan Malam (3) Makan Malam (4) Makan Malam (5) Makan Malam (6) Makan Malam (7)

Surau RTM

Tarikh : 21 Nov 2014

Lokasi : Surau at-Taqwa RTM Jalan Lintas

Khatib : Abu Nuha

Kehidupan selepas kematian ibarat satu perjalanan jauh yang memakan masa yang lama. Menyedari hakikat itu, setiap insan perlu membuat persiapan yang mencukupi dan sempurna. Namun, orang yang lalai tidak pernah memikirkan persiapan menhadapi mati.

Bayangkan jika secara tiba-tiba seseorang itu mendapati dirinya terlantar di padang pasir yang tandus. Apabila dahaga mencekik kerongkongnya barulah dia sedar bahawa dia tidak membawa bekalan air sedikit pun.

Orang sering bercakap tentang rakan atau saudara mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Sayangnya mereka sendiri jarang memikirkan bilakah gilirannya akan tiba. Sebelum mati datang, apakah persiapan yang telah dibuat?

Sememangnya begitulah kebanyakan manusia. Mereka menyaksikan ahli keluarga mereka meninggal dunia, mendengar berita kawan mereka meninggal dunia, malah turut sama menguruskan jenazah dan bertakziah.

Namun mereka seperti terlupa yang mereka juga akan meninggal dunia. Mereka membaca berita kematian dalam akhbar dan menyaksikan kemalangan maut di layar televisyen atau melihat sendiri kematian di tempat kemalangan, tetapi tidak pernah terfikir yang mereka pun mungkin akan mengalami keadaan seperti itu.

%d bloggers like this: