Archive for 12 November 2014


TEMAN LAMA

Tarikh : 8 November 2014

Lokasi : Pekan Keningau

Selesai program di SMKA Keningau, meneruskan misi untuk bertemu teman-teman lama di sebuah restoran di Pekan Keningau. Ag Khairul Rasyid Japlus, Sofiah Ismail dan Ak Yuzie Pg Mohd Yussof.

Ketiga-tiga sahabat saya ini adalah rakan sekelas sejak di Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu antara tahun 92-96 dan kini kesemuanya sebagai guru agama. Ustazah Sofiah dan Ustaz Yuzie kami bertemu acap kali di beberapa lokasi, tapi Ustaz Khairul Rasyid yang kami biasa panggil dengan nama Giging kalau tidak salah pertama kali kami bertemu selepas 18 tahun berpisah.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang kami bertemu.

Ex TPHR (1) Ex TPHR (2)

Tarikh : 8 November 2014

Lokasi : SMK Agama Keningau

Alhamdulillah, pertama kali berkunjung ke sini atas undangan sahabat lama Ustaz Rezany Taufik yang juga baru berpindah ke sini dari SMKA Mohammad Ali Ranau. Ketika beliau berkhidmat di sekolah lamanya, beberapa kali juga dapat memenuhi jemputan ceramah pelbagai tajuk.

Sempat juga bersua muka dengan tuan Pengetua Ustaz Haidon Hadi Sapiri yang sebelum ini pernah berkhidmat di SMKA Tun Datu Mustapha Kinarut dan ketika di sekolah tersebut saya pernah juga mengisi program ceramah. Sesuatu yang saya hargai ialah dalam kedua-dua ceramah saya sebelum ini di SMKA TDM dan kali ini di SMKA Keningau ini, Ustaz Haidon hadir dan mendengar sendiri slot ceramah tersebut di belakang bersama para pelajar.

Untuk program di SMKA Keningau ini, urus setia mengundang untuk menyampaikan slot berkenaan imam solat dan solat berjamaah itu sendiri. Beberapa sesi praktikal dengan memanggil beberapa pelajar sebagai model ke hadapan. Pada sesi petang, saya mengambil kesempatan untuk mempromosi maahad tahfiz kepada para peserta, memperkenalkan sejarah, kepentingan dan cara kemasukan pelajar ke maahad ini.

Terima kasih atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kepada 4 pelajar yang menemani saya sepanjang permusafiran dari Kota Kinabalu ke sini, Sabri, Taufik, Sahleyzan dan Faizal.

SMKA Keningau (1) SMKA Keningau (2) SMKA Keningau (3) SMKA Keningau (4) SMKA Keningau (5) SMKA Keningau (6) SMKA Keningau (7) SMKA Keningau (8) SMKA Keningau (9) SMKA Keningau (10) SMKA Keningau (11)

%d bloggers like this: