Archive for 10 November 2014


Haji Karim Abd Rahman

Tarikh : 7 November 2014

Lokasi : Masjid Kg Bangka-Bangka Likas

Kesempatan menerima undangan sebagai khatib di Masjid Kg Bangka-Bangka Likas tempohari telah menemukan saya dengan seorang tokoh lama di Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) satu ketika dahulu. Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Karim Abdul Rahman.

Tidak banyak saya kenang tentang beliau, kecuali beliau adalah seorang yang turut berperanan dalam penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah yang saya juga salah seorang pelajar sulungnya pada pertengahan tahun 1995. Kalau tidak salah beliau ketika itu ialah Timbalan Setiausaha MUIS dan kemudian sebagai Timbalan Pengarah JHEAINS apabila JHEAINS diwujudkan.

Justeru, apabila bertemu dan bersembang sebentar selepas solat jumaat tempohari, beliau begitu berbangga dan bersyukur kerana usaha mereka selaku pengasas sudah membuahkan hasil. Sudah mula kelihatan lepasan-lepasan maahad yang menghafaz al-Quran berada di sana-sini berbakti kepada masyarakat. Moga ada pahala berpanjangan buat mereka yang bersusah payah menubuhkan maahad ini.

Sumber :

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | 05 November 2014.

Wahai sahabatku,

Aku sangat tertarik dengan kenyataan hukama’

مثل القلب مثل البيت له ستة ابواب، فاحذر ان لا يدخل عليك احد من هذه الابواب شيأ فيفسد عليك البيت ،
فالقلب هو البيت والابواب العين واللسان واللشفتان واليدان والرجلان والشم فمتى فتح باب من هذه الابواب الستة بغير علم ، ضاع البيت

Maksudnya:
“Perumpamaan seketul hati itu ibarat sebuah rumah yang mempunyai enam pintu, berhati-hatilah supaya tidak dimasuki oleh sesiapa pun melalui pintu-pintu tersebut kerana ia akan merosakkan rumah tersebut. Maka hati itu adalah rumah, maka pintu-pintunya ialah mata, lidah, dua bibir, dua tangan, dua kaki dan hidung. Apabila dibuka pintu-pintu yang enam itu tanpa ilmu, maka hancurlah rumah tersebut.”

Ilmu adalah pengawal yang paling ampuh bagi mengawal dirimu dari elemen yang akan merosakkan dirimu. Seandainya kamu tidak memelihara matamu, kedua tanganmu, lidah, kaki, hidungmu ia akan merosakkan terus dirimu.

Wahai sahabatku,

Kerana itu awasilah matamu dari melihat perkara yang diharamkan Allah, kerana pintu utama ialah matamu. Ia akan membangkitkan kemarahanmu, jua ketenanganmu. Ia mampu membangkitkan nafsumu atau menundukkan nafsumu, matamu akan menambah kasih sayangmu atau menambah kebencianmu, bahkan ia jua akan menundukkan jiwamu atau menambah egomu.

Pandulah matamu dengan ilmu, wahai sahabatku, agar engkau bukan hanya melihat dengan matamu yang zahir, bahkan kamu akan nampak dengan mata hatimu.

Demikianlah segala anggotamu yang lain. Ia hanya akan dapat memelihara segala pintu-pintumu dengan bimbingan ilmu.

Senyum

%d bloggers like this: