Archive for 13 April 2013


 

al-Huffaz

 

Syukur dan lega apabila melihat majalah sulung Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sabah sudah siap dicetak dan dihantar ke pejabat pentadbiran maahad beberapa hari lepas. Ketika melihat dan membelek majalah ini, saya terkenang kepada kerja-kerja membikin dan mengisi bahan yang dikehendaki.

Saya akan terkenang antara isi kandungan yang berharga ialah temuramah rombongan maahad bersama Datuk Haji Abdul Ghaffar Rijim selaku orang pertama yang menghafaz al-Quran di Sabah. Tidak disangka, ketika bahan majalah ini sudah dihantar ke Jabatan Cetak, Datuk Abdul Ghaffar kembali kerahmatullah tanpa sempat menatap majalah ini.

Hampir setahun setelah ia bermula maka kini ia siap sedia untuk diedarkan sedikit masa lagi. Selaku ketua editor majalah yang diamanahkan oleh pihak maahad, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga maahad yang bekerja keras menyiapkan majalah ini, juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga sedikit usaha ini ada ganjarannya di sisi Allah SWT.

%d bloggers like this: