Archive for 9 April 2013


Darussyifa' Lok Kawi (1)

Tarikh : 7 April 2013

Tempat : Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi, Taman Pantai Lok Kawi, Kinarut Papar

Ini adalah program rasmi yang kedua diadakan di Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi sesudah malam sabtu ada sesi merawat dan mesyuarat di kalangan JK Darussyifa’ Sabah. Pusat Rawatan ini yang kedua sesudah di Bandar Sierra dan ada satu lagi pusat rawatan ketiga di Tawau. 

Kedudukan yang strategik, di penjuru lorong dan kelihatan di tepi jalanraya Papar-Kinarut memudahkan masyarakat berkunjung ke sini. Alhamdulillah setakat seminggu beroperasi, maklumat yang diterima agak memberansangkan.  

Dalam taklimat ringkas, Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim memaklumkan beberapa keputusan mesyuarat terdahulu. Antaranya mengharapkan ahli dan perawat Darussyifa’ membantu daripada segi gerak kerja rawatan pada hari-hari tertentu. Walaupun setakat ini pusat rawatan ini hanya beroperasi pada setiap jumaat malam sabtu dan pagi sabtu sahaja, ia akan ditambah menurut keperluan pada masa akan datang. 

Ustaz Nik Anwar Zakaria, pengerusi Darussyifa’ Bandar Sierra terus mengingatkan perawat agar mengikhlaskan diri kepada Allah SWT, menjaga syariat dan akhlak dalam kehidupan khususnya ketika merawat pesakit yang datang dengan pelbagai masalah dan karenah. 

Tarikh : 4-7 April 2013

Tempat : Putatan

Kunjungan kedua orang tua ke rumah kami sangat menggembirakan anak dan cucu. Sesudah kepulangan kami terakhir ke kampung pada akhir tahun lepas sempena cuti persekolahan dan perkahwinan adik kami, kami belum berkesempatan untuk balik kampung lagi. Apabila kedua nenek mereka yang datang berkenderaan sendiri ke sini, para cucu di rumah ini nampaknya suka sekali.

Pertemuan ini membolehkan kami berkhidmat sekejap kepada keduanya dengan perkara yang boleh menggembirakan dan memudahkan urusan terutamanya ibu kami yang uzur. Beliau sudah 10 tahun tidak boleh berjalan seperti sediakala kerana pernah diserang angin ahmar sebelum saya dan isteri berkahwin. Berjalan perlahan dengan berpaut di dinding atau sendiri dengan berdikit-dikit.

Nenek Uban (1) Nenek Uban (2)

%d bloggers like this: