Archive for 19 April 2013


Tarikh : 18 April 2013 (Khamis)

Tempat : Surau Ibu Pejabat Polis Karamunsing

Kehadiran ke surau ini merupakan satu nostalgia kerana saya pernah mengajar mengaji al-Quran di sini lebih 10 tahun lampau. Ada beberapa orang murid saya yang kesemuanya anak-anak polis. Barangkali kini mereka semua sudah berkahwin dan beranak pinak. Ketika itu ada yang masih sekolah rendah tahap dua, dan ada juga yang sekolah menengah dan ada yang sudah bekerja.

Kali ini, sahabat saya Ustaz Abdullah Musnih yang bertugas di Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) IPD Karamunsing mengundang saya berceramah atas tajuk ‘Tahsin al-Quran’. Agak sukar juga apabila asas tajwid yang perlu diceritakan semua dalam tempoh 2 jam, sedangkan dalam kelas biasa mengambil masa berbulan atau bertahun.

Apa yang sempat saya sentuh ialah beberapa hadith motivasi berkenaan galakan tilawah al-Quran, hukum nun mati dan tanwin serta beberapa hukum mad sahaja. Hasrat untuk bertalaqqi sekurang-kurangnya surah al-Fatihah tidak kesampaian, semoga ada kesempatan lain. Insya Allah.

Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (1) Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (2) Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (3) Tahsin al-Quran @ IPD Karamunsing (4)

Catatan santai.

Maahad kami bercuti sejak minggu kedua April lagi. Tapi sebahagian warga maahad belum balik kampung masing-masing. Sebahagiannya masih berusaha menambah hafazan masing-masing sebelum kembali ke maahad ini pada minggu pertama Mei nanti. Tiada kelas rasmi diadakan melainkan kelas tasmik yang disesuaikan dengan guru tasmik al-Quran masing-masing.

Sementara sebahagian sedang berbahagia di kampung halaman, yang tinggal di asrama terpaksa berusaha mencari makanan harian kerana pihak katering tidak menyediakan makan minum sepanjang cuti ini. Yang ada sedikit wang, keluar membeli makanan di luar atau makan megi pada waktu malam. Ada sekali, saya bawa keluar sebahagiannya, kami minum-minum dan makan jagung di Tanjung Aru Kota Kinabalu.

Selamat bercuti kepada warga maahad.

Maahad (1) Maahad (2) Maahad (3) Maahad (4)

%d bloggers like this: