Archive for 15 April 2013


SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi negara ini bukannya mengamalkan sistem pilihan raya tetapi lebih kepada ‘paksa raya’ dal am membentuk kerajaan. Beliau yang berkata demikian pada program Bicara Cinta di Kompleks Karangkraf di sini, pagi ini.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mengamalkan sistem ‘paksa raya’ apabila tidak membenarkan Pakatan Rakyat khususnya PAS membuat penerangan di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai.

“Kita tak diberi peluang langsung untuk membuat penerangan serta menyampaikan maklumat di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai apa yang kita jelaskan. Bila ini berlaku rakyat dipaksa oleh mereka (BN) untuk terus mendengar apa mereka kata dan dipaksa memilih mereka, ini bukan pilihanraya tetapi paksa raya,” jelas beliau.

Katanya lagi, sistem demokrasi negara adalah membenarkan rakyat membuat pilihan tetapi Umno memusnahkan demokrasi dalam mengekalkan pemerintahan mereka. Jelasnya lagi, PAS yang dipilih rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab, namun BN menafikan hak tersebut dengan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang bertindak menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

“Inilah BN mereka menafikan apa yang dipilih oleh rakyat apabila mewujudkan JPP di Kelantan. Mereka menerima segala bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan ini seolah-olah wujud dua kerajaan di Kelantan, kita sepatutnya menghormati kerajaan yang dipilih tetapi itu tidak berlaku di dalam BN,” kata beliau lagi.

Beliau turut memberitahu kehancuran demokrasi dalam penyampaian maklumat terus berlaku apabila media-media elaktronik milik BN hanya memaparkan keburukan pimpinan Pakatan daripada menyiarkan kebaikan yang dilakukan.

“Mereka menyiarkan keburukan tentang Nik Aziz yang belum lagi sahih, tetapi mereka tidak menyiarkan kebaikan yang dilakukan oleh Nik Aziz seperti hari ini,” katanya secara berseloroh. Tuan Guru Nik Aziz yang turut meminta agar rakyat membuat pilihan mengikut kehendak Islam pada pilihanraya nanti bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang berkualiti serta beramanah.

Tarikh : 13 April 2013 (Sabtu)

Lokasi : Hospital Queen Elizabeth 2

Saya dan kawan-kawan mendapat maklumat mengejutkan melalui wasap apabila seorang sahabat kami menziarahi Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, guru yang kami kasihi, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Luyang setelah terjatuh di halaman rumah beliau di Kg Pasir Putih Putatan beberapa hari lepas. Muka beliau kelihatan lebam dan lengan kiri berbalut.

Ustaz Haji Ghazali Sulaiman adalah guru kami sejak di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu dan di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Ustaz Ghazali, 75 tahun juga berpengalaman bertugas di Sipitang dan Putatan sejak perkhidmatannya di Sabah sejak tahun 1974. Melalui beliau saya mula meminati ilmu nahu dan sorof, belajar tarannum, barzanji dan marhaban serta melatih dalam ilmu khutbah.

Ketika saya berziarah pada petang sabtu sudah, kelihatan Ustaz Haji Arifin Ali dan Ustaz Salam Salleh dari Pejabat Mufti Negeri Sabah sedang di sana. Kedua-dua mereka adalah anak didik Ustaz Haji Ghazali juga. Kami dimaklumkan pada sebelah tengahari sebelum itu Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim juga berziarah yang juga sahabat akrab beliau. Ketika kami hampir mengundur diri, datang pula Ustaz Haji Awwaluddin Nasution dan Ustazah Hajah Maria.

Doakan ustaz sihat..

Ustaz Ghazali @ HQE2 (1) Ustaz Ghazali @ HQE2 (2) Ustaz Ghazali @ HQE2 (3)

%d bloggers like this: