Archive for 5 April 2013


Tarikh : 3 April 2013

Dalam perjalanan balik dari Keningau ke Kota Kinabalu

Panorama (1) Panorama (2) Panorama (3) Panorama (5) Panorama (6) Panorama (7) Panorama (8) Panorama (9) Panorama (10) Panorama (11) Panorama (13)

Masjid Hilal Tg Dumpil

Khatib : Ustaz Dr Haji Norazamuddin Umar

Lokasi : Masjid al-Hilal Tanjung Dumpil Putatan

Firman Allah SWT bermaksud : “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang Engkau beri nikmat ke atas mereka, bukannya orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat (al-Fatihah : 6-7)

Berdasarkan ayat-ayat Allah SWT yang lain, yang dimaksudkan dengan mereka yang diberi nikmat oleh Allah SWT ialah para nabi, siddiqin, orang yang mati syahid dan orang soleh. Justeru umat Islam hendaklah meneladani kehidupan dan perjuangan mereka untuk dibawa dalam kehidupan kita.

Allah SWT menceritakan kisah Nabi Sulaiman AS yang bersyukur diatas nikmat yang diperolehinya, bukannya dengan membangga-banggakan projek yang dilakukan pada zaman pemerintahannya. Nabi Sulaiman terkenal sebagai seorang nabi, rasul dan raja yang menguasai angin, syaitan serta memahami bahasa haiwan dan serangga. Firman Allah SWT dalam surah an-Naml bermaksud :

17. Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, daripada kalangan jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

18. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan sampai Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

19. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

%d bloggers like this: