Archive for 29 April 2013


Masjid Sembulan

Sesuatu yang menggembirakan apabila kuliah atau ceramah dihadiri oleh jamaah yang ramai. Bukanlah ertinya mengelak diri daripada berkuliah di tempat yang jamaahnya sedikit, tetapi lebih ramai yang hadir secara zahirnya kita berpeluang menyampaikan mesej kepada mereka lebih besar dan kebarangkalian tersebar lebih baik.

Dalam konteks kuliah-kuliah di masjid yang saya diamanahkan atau diundang mengisinya di sekitar Kota Kinabalu/Putatan, Masjid Kg Sembulan Lama adalah masjid yang tidak pernah mengecewakan daripada sudut kehadiran. Dalam konteks di Sabah barangkali, kehadiran kuliah maghrib yang boleh mencecah lebih 100 orang dianggap ramai dan memberansangkan.

Perasaan yang sama saya yakini dirasai dan diakui oleh para ustaz yang lain yang turut berkuliah di sini – Ustaz Haji Muhammad Mursal, Ustaz Mohd Jumat Abd Razak dan Ustaz Mohammad Suaid. Bahkan saya yang sering datang lewat, tetap ditunggu oleh mereka. Di masjid ini apabila solat isyak didirikan boleh mencecah sehingga 6-7 saf dengan kadar 130-150 jamaah.

Secara kasar, kehadiran dari segi komposisi umur pula boleh saya katakan 60:40 iaitu 60% orang veteran dan 40% berumur 40 tahun ke bawah. Ia masih kedudukan yang wajar dan positif. Saya pernah mencadangkan di beberapa masjid agar dibuat aktiviti bersesuaian untuk menarik semua golongan ke masjid – baik kanak-kanak, remaja, dewasa, kaum ibu dan lain-lain.

Insya Allah, para pendakwah, berilah idea-idea menarik agar pihak masjid dan surau boleh mengaplikasi mana-mana cadangan yang wajar dan bersesuaian dilaksanakan di masjid surau mereka.  Semoga masjid surau kita lebih meriah dengan aktiviti pengimarahan.

Tarikh : 28 April 2013 (Ahad)

Tempat : Simpang Empat, Putatan

Flashmob (1) Flashmob (2) Flashmob (3) Flashmob (4) Flashmob (5)

%d bloggers like this: