Tag Archive: Darussyifa’ Malaysia


darussyifa-sabah-9-14-1024x550

Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/09/16/tuan-guru-dato-dr-haron-din-pelopor-perubatan-islam-di-malaysia/

Ilmu perubatan Islam bukanlah suatu yang asing bagi diri Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Ilmu perubatan ini didedahkan kepada beliau seawal umurnya belasan tahun lagi.

Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din mewarisi ilmu perubatan Islam daripada ayahanda tercinta. Ayahanda Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali, Perlis. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, hadis dan doa-doa.

Daripada 10 orang adik-beradik, hanya Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat. Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umurnya ketika itu begitu muda.

Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung serta di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung telah mengelarnya Lebai Din. Tuan Guru Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah menyuntik keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkah ayahandanya itu.

Setelah meningkat dewasa, beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya kepada beliau. Ketika itu umur beliau baru belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Al-‘Alawiyah. Walaupun beliau sering mengikuti bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya serta berpesan agar anaknya itu mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Beliau hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajian sekolah menengah di mana ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.

Sebagai seorang murid, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din yakin terhadap dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Beliau juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri; iaitu Ustaz Said bin Ali.

Keluarga Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung-mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.

Ketika belajar di Mesir, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hipnotisme. Setelah kembali ke tanah air, beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal yang beliau kagumi itu.

Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Tuan Guru Haron Din juga mendalami ilmunya daripada alim ulamak yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah Almarhum Dr Al-Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi, seorang ulamak dari Malaysia yang menetap di Mesir.

Pemergian Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din buat kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr Al-Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah SAW.

Selain itu beliau juga berguru dengan Al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang alim dan sering berada dan mengajar di Masjid Al-Azhar. Ketika di Mesir pada awal 70-an, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang.

Bapak Mokhtar Lintang atau Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah digunakan oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh.

Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi, Kajang, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagai seorang perawat yang terkenal di Langkawi.

Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din selama beberapa ketika.

Selain itu, Perlis tempat kelahiran Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bernama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat Al-Quran.

Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah yang dikenali dengan gelaran Tok Lang Kiang antaranya telah mengajar Tuan Guru Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.

Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Tuan Guru Haron Din adalah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya.

Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni; iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu. Sememangnya, perubatan Islam adalah ilmu berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual.

Penekanan yang menjadi keutamaan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan Al-Qur’an, hadis Rasulullah SAW dan doa-doa lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit.

Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.

Dengan menyedari kepentingan pengubatan Islam dalam masyarakat, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah menubuhkan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan nama Darussyifa’ yang merupakan pelopor terawal dalam bidang pengubatan Islam di Malaysia.

Dengan berteraskan syariat Islam, Darussyifa’ telah mengorak langkah ke arah perkembangan pengubatan Islam khusus di Malaysia melalui pelbagai saluran. Bahkan, Darussyifa’ turut mendapat perhatian daripada negara-negara lain dalam usaha memartabatkan pengubatan Islam di mata dunia.

Darussyifa’ telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan diluluskan pendaftarannya pada tahun 1989. Mengenai perkembangan pusat perubatan Islam itu, Darussyifa’ telah berjaya menubuhkan lebih 65 Pusat Rawatan Darussyifa’ di seluruh Malaysia termasuk 13 kelas pengajian di hampir setiap negeri.

Sehingga akhir tahun 2012, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din telah mengijazahkan lebih daripada 6000 orang graduan Darussyifa’.

Tarikh : 17 Mei 2015

Lokasi : Terminal 1, LTA Kota Kinabalu

Menghantar tetamu kami pulang, dan saya bersyukur sempat membawa keluarga dari rumah, Zaid sempat didoakan TGHD sementara ketika bergambar Ubay duduk di pangkuan TGHD. Dalam pertemuan beberapa tahun lepas, Abdul Hadi duduk di pangkuan TGHD, kali ini rezeki Ubay pula.

IMG-20150517-WA0118 IMG-20150517-WA0128IMG-20150517-WA0162 IMG-20150517-WA0163IMG-20150517-WA0161IMG-20150517-WA0159

Tarikh : 17 Mei 2015

Lokasi : TH Hotel Kota Kinabalu

Alhamdulillah, majlis pengijazahan berjalan lancar dengan TGHD memberi markah cemerlang kepada ketiga-tiga pembaca ruqyah kali ini. Ia sesuatu yang sangat menggembirakan. Sebagai emcee yang bertugas, perjalanan majlis penuh dengan debaran, bimbang ada sesuatu kesilapan yang terjadi.

Terima kasih kepada TGHD, keluarga beliau serta seluruh kepimpinan Darussyifa’ Malaysia yang membimbing KPID2 ini. Tahniah kepada semua penerima ijazah KPID2 Sabah yang disampaikan sendiri oleh TGHD, semoga ilmu yang dicurahkan dimanfaatkan untuk kerja-kerja Islam khususnya di bumi Sabah ini. Allahu akbar!

IMG-20150517-WA0039 IMG-20150517-WA0054 IMG-20150517-WA0114IMG-20150517-WA0057 IMG-20150517-WA0112 IMG-20150517-WA0165 IMG-20150517-WA0166 IMG-20150517-WA0169 IMG-20150517-WA0171 IMG-20150517-WA0201

Tarikh : 16 Mei 2015

Lokasi : Tabung Haji Hotel

Pembimbing : Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, Pengasas Darussyifa’ Malaysia

Berdebarnya hati, Allah SWT saja yang tahu apabila saya diamanahkan sebagai pengacara untuk majlis kuliah bersama tuan guru. Tentu ini antara kenangan terindah saya dengan ulamak tersohor ini. Alhamdulillah!

20150516_132720 20150516_132747 20150516_134108 20150516_160215IMG-20150516-WA0099 20150516_162708

Ust Md Redza Ahmad

Tarikh : 1 Mac 2015

Lokasi : LTA Kota Kinabalu

Terima kasih atas kesudian senior saya Ustaz Mohd Redza Ahmad yang bertandang ke Kota Kinabalu hujung minggu lepas mengisi kelas pengajian Kumpulan 2 Darussyifa’ Sabah yang diadakan di Masjid Daerah Putatan.

Ketika pengajian kumpulan 1 beberapa tahun lepas dan saya salah seorang pesertanya, saya berkali-kali merenung wajahnya seperti pernah mengenali beliau. Apabila saya bertanya, pernahkah kita berjumpa sebelum ini, beliau mengingatkan bahawa saya adalah juniornya di Shoubra Kaherah Mesir.

Kini beliau terlibat sebagai AJK Darussyifa’ Malaysia dan tenaga pengajar Darussyifa’ Malaysia yang mendidik peserta Darussyifa’ yang bertaburan seluruh negara. Beliau juga adalah Imam Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Tarikh : 23 November 2014

Lokasi : Dewan Kuliah, Masjid Daerah Putatan

Pembimbing : Tuan Haji Mokhtar Kassan

Santau @ Darussyifa' Sabah (1) Santau @ Darussyifa' Sabah (2) Santau @ Darussyifa' Sabah (3) Santau @ Darussyifa' Sabah (4) Santau @ Darussyifa' Sabah (5) Santau @ Darussyifa' Sabah (6) Santau @ Darussyifa' Sabah (7) Santau @ Darussyifa' Sabah (8) Santau @ Darussyifa' Sabah (10)

Tarikh : 7 September 2014

Lokasi : Darussyifa’ Bangi

Alhamdulillah, mengiringi Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim dan kawan-kawan lain mewakili Darussyifa’ Sabah dalam mesyuarat agung Darussyifa’ Malaysia di Bangi pada pagi ini.

Ucaptama dan perasmian oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din antara lain mengimbas tentang sejarah penubuhan Darussyifa’, serta ingatan dan pesanan beliau terhadap ahli Darussyifa’ yang sudah menjangkau 6 ribu orang, agar menjaga akhlak sebagai perawat pengubatan Islam serta menjaga nama Darussyifa’ itu sendiri.

Ketika mesyuarat berlangsung dan pembentangan laporan ringkas negeri-negeri, saya ‘terpaksa’ tampil ke hadapan memberikan maklumat dan perkembangan Darussyifa’ Sabah yang semakin berkembang. Jumlah pusat rawatan, sambutan baik masyarakat setempat dan sebagainya.

Terdahulu, sebelum mesyuarat bermula, saya dan Ustaz Haji Muchlish dapat bersarapan bersama dengan Tuan Guru Dr Haron Din. Alhamdulillah.

Mesy Darussyifa' Msia 2014 (1) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (2) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (3) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (4) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (5) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (6) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (7) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (8) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (9) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (10) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (11) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (12) Mesy Darussyifa' Msia 2014 (13)

menjawab_persoalan_makhluk_halus

Sumber : http://www.darussyifa.org/SJ005.php

Soalan : Kita percaya wujudnya makhluk seperti yang disebut dalam al-Quran, seperti Jibrail, Jin, Syaitan dan sebagainya. Saya musykil, mereka ini makhluk halus, mereka wujud dan boleh melihat manusia, tetapi manusia tidak boleh melihat mereka. Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka (manusia) dapat melihat makhluk halus ini dengan mata kepala mereka sendiri. Makhluk itu berupa manusia yang menakutkan atau berupa binatang? Saya mohon penjelasan.

ABU BAKAR HASHIM, Dengkil, Selangor

Jawapan

Ayat al-Quran yang saudara maksudkan memang wujud. Dalam Surah al-A’raf ayat 27, Allah mengisahkan (mafhumnya), “…..Bahawa mereka itu (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka…..”

Kebiasaannya mereka (makhluk halus) dapat melihat kamu manusia, sedangkan manusia tidak boleh melihat mereka dalam keadaan rupa mereka yang asal.  Namun apabila makhluk ini telah menyerupai rupa-rupa yang Allah izinkan, maka mereka boleh menyerupai makhluk tertentu, dan ketika itu manusia boleh melihat mereka.

Bukti jelas dalam al-Quran yang mengisahkan bahawa mereka (makhluk halus) boleh menyerupai manusia. Disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mafhumnya) :

“Dan ketika syaitan menjadikan manusia memandang elok dan baik pekerjaan mereka, dan mengatakan tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini (perang Badar) dan sesungguhnya aku pelindung kamu sekelian. Tatkala kedua pasukan telah berhadap-hadapan untuk berperang, (syaitan) dia cabut lari seraya berkata ‘sesungguhnya kami berlepas diri daripada kalian, sesungguhnya kami dapat melihat apa yang kalian tidak dapat lihat’. Sesungguhnya kami sangat takut kepada Allah dan Allah amat dahsyat seksaan-Nya.”

Tafsir al-Qurtubi sebagai contoh, Musyirikin dalam perang Badar yang gentar untuk memerangi tentera Islam, tiba-tiba muncul di hadapan mereka, satu pasukan peperangan yang diketuai oleh Suraqah bin Malik bin Ju’ashum. Suraqah memang dikenali, beliau dari suku Bani Bakr. Beliau dengan tenteranya amat ditakuti oleh Quraisy kerana latar belakang permusuhan mereka dengan Bani Bakr ini.

Bila Suraqah menjanjikan untuk membantu mereka mengalahkan tentera Islam, maka tentera kuffar menjadi lebih berani. Peperangan bermula, tetapi Suraqah dan kuncu-kuncunya cabut lari. Akhirnya kuffar ditewaskan oleh tentera Islam.

Sahih daripada ayat ini ditafsikan dengan muktabar bahawa, yang berkata-kata dengan tentera kuffar adalah syaitan yang menyerupai manusia secara khusus seperti Suraqah bin Malik.

Dalam Surah al-Anfaal ayat 30 (mafhumnya), “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir mengaturkan satu tipu helah jahat untuk mencelakakan engkau (Muhammad), menangkap ,atau membunuh kamu atau mengusir kamu. Mereka membuat perencanaan dan Allah membuat rencana pula, tetapi Allah Perencana yang terbaik.”

Tafsir Annasafi juzuk 9 halaman 199, mencatatkan peristiwa kuffar mengadakan satu pertemuan di Darun Nadwah untuk memutuskan perihal Muhammad, ketika pembesar Quraisy hendak bermesyuarat, mereka ditemui oleh seorang pemimpin daripada puak Najdi, atau Syaikhu Najdi datang khusus untuk menyertai mereka memberi pandangan, Quraisy Makkah membenarkan Syaikhu Najdi turut sama dalam mesyuarat mereka yang berakhir dengan keputusan untuk membunuh Nabi Muhammad.

Syaikhu Najdi ini sebenarnya adalah Iblis laknatullah yang menyamar.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah pergi berdakwah di kalangan makhluk jin. Sahabat seperi Abu Hurairah r.a pernah menangkap syaitan yang menganggu dan mencuri barang makanan yang dijaga dalam simpanan Baitul Mal. Ammar bin Yasir pernah berhadapan dan bertarung dengan makhluk halus ini.

Semua ini membuktikan bahawa makhluk halus memang boleh menyerupai berbagai rupa. Tetapi mereka tidak mudah sesuka hati hendak berupa sedemikian disebabkan ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman di kalangan manusia, kerana Allah mengawal manusia dengan rahmat-Nya. 

PENGANTAR PENGUBATAN ISLAM

Buku yang baru dibaca :

pengantar

Penulis : Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Penerbit : Darussyifa’ Malaysia 

Harga : RM20.00 / RM22.00

Kandungan buku jilid 1 ini adalah seperti berikut :

1) Penerangan tentang asas-asas dan sumber-sumber Ilmu Pengubatan Islam. Ilmu Pengubatan Islam adalah salah satu ikhtiar atau usaha untuk menyembuhkan penyakit dengan menggunakan cara khusus berpandukan al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad ulama-ulama muktabar.

2) Kaedah rawatan penyaki  yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat berdasarkan hadith-hadith sahih.

3) Hukum rawatan penyakit mengikut fatwa-fatwa ulama masa kini.

4) Persediaan yang perlu ada bagi seseorang untuk menjadi perawat.

5) Kaedah bagaimana untuk melindungi diri, keluarga dan harta benda daripada semua bentuk kemudaratan.

Segala puji milik Allah SWT yang telah memberikan nikmat iman dan Islam, menganugerahkan kami kesempatan untuk menimba sedikit ilmu melalui kuliah pengubatan Islam Darussyifa’ kumpulan pertama Sabah bermula sejak 22 Mei 2011 dan berakhir dengan Majlis Pengijazahan pada 14 Oktober 2012 lepas.

Lebih manis majlis pengijazahan ini disampaikan sendiri oleh pengasas dan penasihat Darussyifa’ Malaysia iaitu Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dengan dihadiri oleh beberapa JK Darussyifa’ Malaysia dan tenaga pembimbing yang lain di Dewan Kinabalu Tabung Haji. Majlis Pengijazahan kali pertama ini disekalikan dengan kumpulan pertama dari WP Labuan seramai 36 orang.

Majlis bermula pada jam 9 pagi dengan tilawah al-Quran oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok, ucapan aluan oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim selaku pengerusi Darussyifa’ Sabah sekaligus mewakili 136 penerima dari Sabah dan WP Labuan. Tuan Guru sendiri kemudian menyampaikan taklimat pengijazahan diikuti tasmik ruqyah beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Haji Norazlan Mahmud, Imam Amiruddin Amir dan Imam Saidin Arpha.

Sesi tasmik inilah suatu saat yang mendebarkan semua pihak terutama para peserta – lebih-lebih lagi ketiga-tiga ketua, agar tidak salah atau terlupa. Nampaknya hanya sesekali tersilap nampaknya suatu yang biasa sahaja menurut Tuan Guru. Beliau kemudiannya menyampai dan mengijazahkan sendiri setiap seorang daripada kami ijazah pengubatan Islam dengan lafaznya : ‘Saya ijazahkan kamu ilmu pengubatan Islam kerana Allah’ lalu dijawab : ‘Saya terima ijazah pengubatan Islam kerana Allah’.

Selesai pengijazahan ini, Tuan Guru menyampaikan amanatnya yang sangat berharga. Pokok utamanya ialah memanfaatkan ilmu pengubatan Islam untuk menyampaikan dakwah Islam kepada masyarakat dan menerangkan kepada mereka Islam secara keseluruhan. Segenap ruang untuk dakwah hendaklah digunakan dan beramal kerana Allah SWT dengan bersungguh-sungguh. Babak bai’ah saya kira sesuatu yang mengesankan kerana masing-masing bertalian antara satu dengan lain untuk beramal dan memanfaatkan ilmu ini.

Kami memohon keridhaan dan keberkatan ilmu, serta kepada Allah SWT kami berdoa agar diberikan kekuatan untuk berjuang demi Islam. Semoga Allah SWT memberikan kesihatan dan ganjaran yang sewajarnya untuk Tuan Guru dan semua pembimbing. Dan penghujung doa kami : alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

%d bloggers like this: