mesir-e1475707875816

Sumber : http://ulamasedunia.org/2016/10/06/pembunuhan-bersiri-lagi-kejam-pejuang-islam-mesir/

Seorang lagi pejuang Islam di Mesir, Dr. Mohammad Kamal bertaraf Anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin dibunuh dengan kejam oleh polis militia rejim Sisi. As Syahid dibunuh bersama seorang lagi rakannya, Dr. Yaser Syahatah di sebuah apartmen di daerah Ma’adi, Kaherah awal pagi semalam beberapa jam selepas Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penangkapannya.

As Syahid Dr. Mohammad Kamal yang berasal dari wilayah Asyut adalah bekas Ketua Ikhwan Muslimin di wilayah tersebut sewaktu Pilihanraya Presiden Mesir 2012.

Menurut anak perempuan As Syahid, Fatimah Az-Zahra’ mereka sekeluarga tidak bertemu ayahandanya sejak lebih 3 tahun lalu dan “kami melihatnya dalam beliau berada dalam kain kapan”. As Syahid tidak keluar negara selepas rampasan kuasa tentera 2013 seperti sebahagian pemimpin Ikhwan yang lain bahkan menentang rampasan kuasa dari dalam negara.

Jenazah As Syahid Dr. Kamal dan temannya Dr. Yaser selamat dimandi dan dikafankan di Rumah Mayat Zenhom, Kaherah sebelum dibawa pulang ke Asyut dengan kawalan ketat militia Sisi. Hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk mengiringi jenazah mengingatkan kita terhadap apa yang berlaku kepada As Syahid Imam Hasan Al Banna yang dikawal ketat oleh polis hingga tiada yang menyembahyangkan jenazah Al Imam melainkan ayahandanya.

Sebentar tadi, Syeikh Yusuf Qaradhawi bersama dengan umat Islam lain mengadakan solat jenazah ghaib ke atas As Syahid di Masjid Al Fatih, Istanbul, Turki.

Ikhwan Muslimin dalam kenyataannya mengutuk tindakan kejam rejim As Sisi itu seolah-olah nyawa para pejuang Islam tiada nilai harga sebagai warganegara.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh As syahid dan menjadikan darah mereka laknat ke atas para pembunuh.

Al Fatihah.

Catatan: Akhukum Abdul Malik.