Category: Mesir


Tarikh : 15 Januari 2015

Lokasi : Semester 4 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Saya yakin para alumni Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra Kaherah mengenali baik dengan Sheikh Muhammad Abdun Nabi yang sangat rapat dengan pelajar Malaysia. Seperti ramai yang lain, saya turut bertalaqqi dengan beliau melalui riwayat Hafs ‘an ‘Asim, juga pernah talaqqi riwayat Warsyh ‘an Nafi’ walaupun tidak sempat khatam.

Masa itu tahun 2000.

Walaupun wajah guru kami ini tidak pernah dilupai kerana ilmu yang turun ke dalam diri kami, perhubungan terputus kerana mungkin kesibukan masing-masing. Hanya pernah berkirim dan berbalas salam dengan beliau melalui para pelajar kami yang menyambung pengajian ke sana pula beberapa kali selepas itu.

Kini tahun 2015. Apabila dunia media sosial semakin rancak, saya mengutus pesan kepada pelajar yang sudah menyambung pengajian di sana untuk mendapatkan nombor telefon pintar Sheikh Muhammad. Alhamdulillah, pelajar kami membantu dan ukhuwah kami kembali bertaut.

Di maahad, untuk sesi ini saya diamanahkan untuk mengajar subjek qiraat amali semester 3. Sangat menyedari kelemahan yang ada, saya memanfaatkan aplikasi whatsapp untuk bertanya kemusykilan kepada Sheikh Muhammad secara langsung dan beliau tidak menghampakan bahkan mengalu-alukan. Hanya soalan saya biasanya diajukan kepadanya ketika kelas berlangsung antara 10 pagi hingga 12 tengahari sedang di Kaherah baru jam 4-5 pagi.

Foto ini saya kirim kepada beliau lewat whatsapp, pelajar-pelajar semester 4 yang saya ajar..

Sem4 (1) Sem4 (2) Sem4 (3)

Nuha@Pa&Ma

Catatan ini dibuat hampir 10 tahun lalu, selepas kami pulang ke tanahair selepas tamat pengajian di Mesir. Kami pulang pada pertengahan tahun 2004, sedangkan 10 bulan sebelum itu Allah SWT menganugerahkan kepada kami anak sulung – Nuha Wafiyyah di Mansoura.

Semasa di Mesir, majalah rujukan keibubapaan ialah majalah PA&MA yang terkenal itu. Hasil bahan bacaan bahasa sendiri yang terbatas di negara orang menyebabkan kami meminati majalah ini. Apabila balik ke Sabah dan terus mendapatkan majalah ini, kami terfikir untuk menulis kenangan kelahiran ini. Namun tidak disangka, tulisan kami akhirnya diterima dan disiarkan dalam majalah PA&MA pada tahun 2004.

Tarikh : 23 Ogos 2014

Lokasi : SK Pekan II, Kudat

Alhamdulillah, sempat mengisi program dakwah bersama teman-teman di Kudat. Satu cabaran untuk bercakap soal dakwah di hadapan para ustaz ustazah di daerah yang mempunyai cabaran tersendiri.

Jika orang bandar dengan cabarannya berhadapan dengan sasarannya, maka orang di sini juga dengan cabarannya juga. Sebahagian mereka berkhidmat di pulau-pulau yang terdapat di sekitar daerah Kudat ini.

Saya bercerita lebih kurang tentang peranan asas pendakwah, bukan setakat di sekolah semata-mata, kerana masyarakat awam memerlukan bimbingan para asatizah dalam urusan harian mereka. Dalam masa yang sama para asatizah berkewajiban menunjuk ajar masyarakat agar tidak terlibat dalam perkara yang menyalahi syarak sama ada soal aqidah, syariah dan akhlak.

Sambil ditemani oleh 4 pelajar maahad, di dalam majlis ini dapat bertemu dengan rakan-rakan lama semasa mengaji di Mesir dahulu. Allah SWT menempatkan mereka di sini untuk menjadi pejuang dakwah. Tahniah Ustaz Wansur, Hafiz, Onn dan Hardi.

MultaqaGPIKudat (1) MultaqaGPIKudat (2) MultaqaGPIKudat (3) MultaqaGPIKudat (4) MultaqaGPIKudat (5)

Pertemuan diadakan di Sepanggar, sebuah rumah sahabat dan senior kami Ustaz Che’ Nor Mazlan juga alumni Universiti al-Azhar pada tahun-tahun akhir 90an hingga awal 2000an. Rumah baru yang tersergam indah dan menarik hiasan dalamannya.

Beberapa isu dakwah dibincang secara santai tetapi tetap ada unsur ilmu dan akademiknya. Tambahan lagi di kalangan kami yang hadir itu ada yang dikenal dengan sahabat-sahabat yang rajin menelaah ilmu seperti Ustaz Haji Saiful Mukharram, Ustaz Haji Herwan Harun dan Ustaz Abd Razak Hamdin.

Ada beberapa keputusan diambil iaitu agar pertemuan diadakan dari masa ke masa dan secara bergilir tanpa menentukan tempoh atau kekerapan diadakan kerana memandangkan sebahagian sahabat-sahabat yang tinggal berjauhan dan komitmen kerjaya dan dakwah yang pelbagai. Walaubagaimanapun ia adalah pertemuan yang menarik dan berharga.

AlumniBKPSM (1) AlumniBKPSM (2)

Tarikh : 11 Julai 2014

Lokasi : Masjid Rusila, Marang Terengganu

Penyampai : Sheikh Abdul Rahim al-Hafiz (Mantan Menteri Kerajaan Mesir daripada Ikhwan Muslimin di bawah Presiden Dr Muhammad Morsi yang digulingkan)

Isi : Beliau menerangkan situasi semasa yang berlaku di Mesir, rekod baik pemerintahan Dr Morsi, dan berlakunya kekejaman pemerintahan as-Sisi sebenarnya bukan semata-mata menyerang Ikhwan Muslimin tetapi menyerang Islam itu sendiri.

aqsa1

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/29576-saham-kita-untuk-bunuh-saudara-kita

Oleh Dr Azman Ibrahim

Saya pernah tanya Syeikh Abdul Karim al Mudarris, ulama Kurdish yang mengajar di Masjid Syeikh Abdul Qadir Jailani, Baghdad.

“Saya berhajat sebelum pulang ke Malaysia, saya nak menziarahi Baitul Maqdis. Apa pandangan Syeikh…”

“Anakku… Baitul Maqdis itu di Israel, bukannya di Palestin!” Jawab Syeikh. “Macam mana nak masuk ke sana?” soalnya lagi.

“Kita boleh masuk melalui Jordan,” jelas saya.

“Apakah ada apa-apa bayaran yang perlu kita bayar untuk memasuki Israel?” Syeikh menuntut penjelasan.

“Ya… ada bayaran visa. Tapi saya tak pasti berapa US Dollar.” jawab saya.

“Kalau begitu jangan pergi anakku… pastikan tiada satu sen pun dari duit kamu yang dapat kepada Israel. Nanti mereka akan guna untuk bunuh saudara kamu di Palestin!” tegas Syeikh menyebabkan saya terdiam.

Memang isu seperti ini terdapat banyak pro dan kontra. Ada yang kata, kita perlu ke Baitul Maqdis untuk memberi sokongan moral kepada saudara kita di sana. Tetapi dalam masa yang sama, apabila berurusan dengan negara haram Israel bermakna kita mengiktiraf kewujudan mereka dan menyalurkan sumber kewangan kepada mereka. Mungkin kita kata, “Aahh! Sikit je! Bukan dia boleh buat beli bom pun!”

Ya! sikit-sikit seorang, bila ramai jadinya bukit!

Bagi saya, saya berpegang kepada pandangan Syeikh Kurdish ini yang saya yakini ilmu dan kewarakannya.

Tahukah kita bahawa Israel adalah sebuah negara industri atau negara pengeluar. Dengan penduduk hanya berjumlah lebih kurang 8 juta orang, mereka mempunyai pasaran dalam negara yang sangat terhad. Ke mana barangan pengeluaran mereka terutamanya keluaran industri makanan nak dipasarkan?

Saya ambil contoh mudah. Silakan ke pasaraya-pasaraya di Amman, Jordan. Perhatikan barangan makanan yang dalam tin dan berbungkus. Tercatat padanya, Made in Israel! Banyak lagi sebenarnya negara Liga Arab yang menjadi sumber pasaran yang cukup lumayan untuk bangsa haram ini.

Saya cuma catatkan apa yang pernah saya tengok sendiri. Negara Arab lain selain Iraq saya tak pernah sampai.

Tahukah kita juga bahawa Jordan bergantung kepada ihsan bekalan air daripada Israel walaupun sebenarnya Sungai Jordan yang bersempadan antara Jordan dan Israel adalah milik Jordan tetapi empangan untuk bekalan air dibina oleh Israel. Mereka yang proses dan bekalkan air balik kepada Jordan. Sama tak dengan jiran di selatan kita? – HARAKAHDAILY 10/7/2014

Tarikh : 5 Jun 2014

Lokasi : Rumah Ustaz Abd Razak Hamdin, Kg Pasir Putih Putatan

Alhamdulillah, pertemuan kedua usrah kami berjalan lancar, masih lagi di rumah Ustaz Abd Razak Hamdin, pegawai bahagian dakwah JHEAINS. Oleh kerana barangkali baru kali kedua, pasukan ini masih membincangkan pengisian yang wajar dibuat di dalam usrah ini. Beberapa cadangan dikemukakan dan sudah tentu semuanya baik serta mengambil kira kepentingan dakwah semasa.

Sahabat-sahabat alumni yang lain juga dipelawa hadir dalam pertemuan-pertemuan akan datang, walaupun semuanya memahami kedudukan semua yang berselerakan di seluruh negeri yang jauh antara satu sama lain. Antara perkara yang disepakati ialah meraikan sahabat-sahabat yang terlibat di dalam gerakan siasah serta memberi pendapat di dalam mana-mana isu di dalam negara dan negeri kita khususnya.

Usrah Azhari siri 2 (1) Usrah Azhari siri 2 (2) Usrah Azhari siri 2 (3) Usrah Azhari siri 2 (4)

Tarikh : 3 Mei 2014

Lokasi : Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Penganjur : Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah

Penceramah :

1) Ustaz Abdul Malik

2) Ustaz Mat Cina

3) Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

IM529 (1) IM529 (2) IM529 (3) IM529 (4) IM529 (5) IM529 (6) IM529 (7)

Buku yang baru dibaca :

hari-hari_dalam_hidupku

Penulis : Zainab al-Ghazali al-Jubaili

Penterjemah : Hj Tahir Daeng Mengati dan Mohd Yamin as-Surur

Penerbit : Pustaka Salam Sdn Bhd

Harga : RM15.50

Hari-hari dalam hidupku merupakan sebuah kisah yang penuh pengajaran. Zainab Al-Ghazali mengorbankan dirinya untuk dakwah ini dengan ketetapan hati yang yang teguh, dipukul, disiksa, dibiarkan kelaparan sehingga pengsan. Kisah penyeksaannya di dalam penjara sangat menyayat hati, menjadi peringatan kepada semua penempuh jalan dakwah bahawa di sana ujian menanti.

Sumber : http://silverheritage.blogspot.com/2014/04/usamah-morsi-cerita-detik-pertemuan.html

Putera kepada Presiden Mesir yang sah, Dr.Mohammed Morsi, Usamah Morsi menceritakan detik-detik pertemuan beliau dengan ayahandanya Dr.Morsi yang berlangsung pada 16 April lalu. Usamah menceritakannya di laman sosial Facebook milik beliau dan berkata, ayahandanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan tidak putus-putus penggantungannya dengan Allah.

Kata Usamah, “Pertemuan pada hari Rabu itu berlangsung di Akademi Polis iaitu lokasi perbicaraan mahkamah Presiden Morsi yang terletak di Tajammu’ Khomis, timur Kaherah. Saya masuk bertemu dengan Tuan Presiden dalam pertemuan khas yang berlangsung selama 10 minit.”

Jelas Usamah lagi, “Tatkala saya memasuki bilik yang menempatkan Tuan Presiden, saya melihat wajah beliau berseri-seri dan kelihatan janggutnya masih basah dengan air wudhuk. Dalam pertemuan itu turut bersama kami ialah Tuan Rifa’at Tohtowi, seorang yang berketurunan mulia dan cucu kepada ulamak (beliau merupakan Ketua Turus Pejabat Presiden Mesir ketika pemerintahan Dr.Morsi) selain 7 orang pegawai polis tetapi pandangan saya hanya memandang Tuan Presiden.”

Menurut Usamah Morsi lagi, “Saya mengucup tangan dan kepala Tuan Presiden, lantas beliau berkata kepada saya: “Sila bertenang dan jangan risau..Saya berada dalam keadaan kesihatan yang amat baik. Penggantungan saya kepada Allah, ia menguatkan saya bersama saudara saya ini, Rifa’at dan beliau merupakan sebaik-baik lelaki.”

Presiden Morsi juga turut prihatin apa yang menimpa seorang tokoh revolusi Islam Mesir, Syeikh Hazim Abu Ismail yang turut diheret ke mahkamah pada hari yang sama maka Usamah memaklumkan beliau dijatuhkan hukuman zalim lantas Presiden Morsi mendoakan agar saudaranya, Hazim itu dibebaskan.

Usamah Morsi mengakhiri tulisannya di Facebook dengan berkata, “Presiden menyampaikan salam kepada semua maka tamatlah waktu yang diberikan maka saya keluar dari bilik tersebut.”

Sumber: Halaman rasmi FJP

%d bloggers like this: