Tarikh : 19 Mac 2015

Lokasi :

Seterusnya rakan kami yang baik hati membawa kami berjalan-jalan ke sekitar Tumpat. Saya ikutkan saja destinasi yang dituju walaupun sekadar berjalan-jalan. Sehingga waktu hampir zuhur, kami singgah di sebuah masjid.

Di situ saya mengetahui rumah Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob hanya berdekatan beberapa minit berjalan kaki menuju ke masjid ini. Saya sendiri berfikir mungkin agak susah bertemu MB Kelantan pada hari ini kerana menurut sumber ada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tapi kalau ada rezeki, apa salahnya!

Dekat azan dikumandangkan, Ustaz Ahmad Yakob muncul berpakaian lengkap baju melayu masuk ke dalam masjid ini. Imam mengambil tempat memimpin solat yang ramai jamaahnya. Selepas solat saya memberanikan diri untuk bertemu dan memohon izin untuk bergambar kenangan bersamanya. 


IMG-20150319-WA0071