Tag Archive: Menteri Besar Kelantan


Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34521-politik-damai-dan-politik-benar

ASLANI M | 14 Mac 2015.

KOTA BHARU: Laungan Allahuakbar tiga kali oleh Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob melengkapi acara perasmian pelancaran sambutan Jubli Perak dasar Membangun Bersama Islam (MBI) hari ini.

Kemudian orang ramai yang hadir termasuk pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil rakyat turut melaungkan ungkapan sama.

Program itu mencatat sejarah apabila turut dihadiri hampir kesemua pegawai kanan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Ucapan Menteri Besar di majlis tersebut yang mengimbau pencapaian Kelantan selama 25 tahun dan perancangan 25 tahun ke hadapan kemudian dijadikan kapsul masa untuk disimpan di Muzium Negeri.

Kapsul itu yang diserah Ustaz Ahmad kepada Pengarah Muzium Negeri, Dr Nik Azlan Abdul Hadi hanya akan dibuka pada tahun 2040.

“Saya ingin meletak suatu sasaran dan wawasan jauh untuk tempoh 25 tahun akan datang supaya Kelantan lahir sebagai Negeri Tadahan Wahyu yang membangun pesat.

“Selain itu mempunyai wilayah ilmu di peringkat negeri dan zon di setiap jajahan bagi melahirkan rakyat madani yang mempunyai tahap pemahaman agama yang tinggi.

“Ketika itu keseluruhannya pemimpin dan rakyat dilimpahi keberkatan, kemakmuran serta kebajikan,” kata Menteri Besar pada pelancaran tersebut, di Dataran Stadium Sultan Muhamamd IV. (Foto atas daripada fb MB)

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamamd.

Pemimpin masyarakat Cina dan India juga hadir pada program berkenaan. Turut diadakan pameran pencapaian kerajaan negeri dan potret kenangan arwah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menerajui Kelantan.

Ustaz Ahmad berkata, kemakmuran di Kelantan terserlah melalui pembangunan ekonomi dan pelaburan, di samping kerancakan pembangunan infrastruktur.

“Pada jangka masa tersebut InsyaAllah kita ingin melihat satu peradaban tinggi rakyat Kelantan melalui tahap kebersihan membanggakan.

“Rakyat sihat, negeri sejahtera dan kebajikan terpelihara akan tercapai,” ujarnya.

Mohd Amar sebelum itu berkata, ketika peringkat awal Kelantan diterajui ulama pelbagai kritikan, halangan dan ancaman datang bertali arus.

Katanya, Kelantan disekat daripada mendapat pelaburan asing, bayaran geran keseimbangan dilewatkan, royalti petroleum dinafikan dan ugutan bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Namun kata beliau rakyat Kelantan berdiri teguh sehingga mampu bertahan sehingga sekarang. – HARAKAHDAILY 14/3/2015

mb kelate

Tarikh : 16 Ogos 2014

Lokasi : Dewan Foochow Luyang

Tetamu : YAB Menteri Besar Kelantan

Alhamdulillah dapat juga akhirnya bersua muka dengan Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Ahmad Yaakob di negeri Sabah. Saya dimaklumkan majlis ini diadakan secara khususnya untuk MB Kelantan bertemu rakyat Kelantan yang berkhidmat di Sabah secara santai dalam majlis hari raya.

Selain itu, rakyat bukan Kelantan juga dijemput hadir untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut. Pelbagai jamuan diadakan dengan tajaan pelbagai pihak. Tahniah kepada penganjur iaitu PERAKAN KOTA KINABALU.

Ttemu Mato Kelate (1) Ttemu Mato Kelate (2) Ttemu Mato Kelate (3) Ttemu Mato Kelate (4) Ttemu Mato Kelate (5)

 

Satu video yang menarik, memaparkan kehidupan Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan. Bermula daripada waktu subuh sehingga pada waktu malam, dipenuhi dengan aktiviti berkaitan solat, masjid, pejabat, parti dan urusan negeri. Semoga Allah SWT memelihara dan membantu Ustaz Dato’ MB.

Siru ‘Ala Barakatillah

ustahmad

Sumber : harakahdaily

TUMPAT: Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan. Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.

Hari ini Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam.

Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi. Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University.

Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai. Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995.

Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan. Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang. Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya.

FOTO ISTIMEWA

Selesai bersarapan bersama kawan-kawan, kami berhasrat untuk berangkat ke lokasi berikutnya. Maklumlah berada dalam tempoh bermusafir, banyak urusan hendak diselesaikan. Baru berjalan selangkah dua, saya disapa oleh seseorang.

“Tuuu…”, dia memuncungkan mulutnya ke arah kanan saya, menunjukkan sesuatu tidak jauh dari tempat berdiri kami. “Pegi ambil gambar”, katanya. Kerana barangkali dia melihat saya menyandang kamera, dia menyuruh saya mengambil gambar susuk tubuh kecil itu.

Dia baru duduk di meja gerai, sekitar jam 9 pagi. Menempah makanan, sambil-sambil itu, satu demi satu orang ramai datang, bersalam dan bergambar dengannya. Ketika soto yang dipinta sudah sampai, orang masih datang bergambar.

Dia biarkan saja mereka duduk di sisi atau berdiri di sampingnya mengambil gambar sedang dia tersenyum sambil meneruskan sarapannya.

Saat jurugambar profesional, amatur dan blogger semakin ramai, saya berundur puas kerana sudah dapat merakam gambar yang istimewa.


%d bloggers like this: