Tag Archive: Maahad Tahfiz al-Quran Sabah


Tarikh : 8 Oktober 2015

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, MTQQNS

Program julung kali diadakan anjuran MTQQNS ini untuk memperkenalkan kepada peminat tilawah al-Quran seni tarannum dengan membawakan qari dan qariah berkaliber.

Tujuh qari dan qariah ditampilkan termasuk seorang qariah kanak-kanak yang pernah menjadi johan sekolah peringkat negeri Sabah. Peserta jemputan lain antaranya ialah Ustaz Afizan Wangkee, Ustaz Zunaidy Misdaranai, Hamdi Yusuf, Puan Fatin Izzati Rablin, Cik Naskina Kusmadi dan Ustaz Hasim Harun dari Selangor.

Peminat tilawah memenuhi dewan maahad. Antara yang hadir ialah Ustaz Hamdani Omar, Ustaz Haji Ghazali Sulaiman, Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok, Ustaz Abd Rahman Talipudin, Ustaz Yusuf Ali, Ustaz Mohd Taif Kasim dan ramai lagi. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

20151008_203113IMG_8832 20151008_204647 20151008_210021 20151008_211715IMG_8891IMG_8896IMG_8908 20151008_222752

Tarikh : 22 Mei 2015

Lokasi : Kelas Persijilan MTQQNS

Alhamdulillah, untuk semester yang baru bermula kali ini, saya masih punya subjek untuk kelas persijilan. Salah satunya talaqqi al-Quran. Bagi semester 3, sasaran kali ini ialah sehingga habis surah as-Soffat, sementara bagi semester 1, bermula surah al-Fatihah sehingga akhir surah al-An’am.

Pertemuan hari pertama, saya sangat gembira dengan semua siswa siswi baru, tilawah al-Quran yang agak kemas dan mantap walaupun masih boleh diperbaiki. Hanya sendikit kesilapan besar, sementara kesilapan kecil perlu diperhalusi.

Persijilan2015 (1) Persijilan2015 (2) Persijilan2015 (3) Persijilan2015 (4) Persijilan2015 (5) Persijilan2015 (6)

Tarikh : 24 April 2015

Lokasi : Sembulan Kota Kinabalu

Bangunan tiga tingkat yang sebelumnya adalah sebahagian daripada kompleks SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu – kemudiannya sekolah ini berpindah lokasi kini ke Kinarut Papar. Bangunan ini bakal menjadi lokasi terbaharu untuk Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Negeri Sabah.

Bila akan berpindah? Itu antara persoalannya. Saya melihat sekitar 80% pengubahsuaian dan penambahbaikan sudah selesai. Mungkin lagi sebahagian pemasangan lampu, pendawaian (mungkin) dan karpet di bahagian yang perlu, juga di bahagian luar bangunan yang perlu diislah sedikit sebanyak.

IMG-20150424-WA0075 IMG-20150424-WA0077 IMG-20150424-WA0080 IMG-20150424-WA0082 IMG-20150424-WA0086 IMG-20150424-WA0094 IMG-20150424-WA0096 IMG-20150424-WA0099 IMG-20150424-WA0103 IMG-20150424-WA0105 IMG-20150424-WA0113

Konody Tawil

Tarikh : 28 Mac 2014

Alhamdulillah, perjalanan dalam hujan lebat dari Kunak ke Semporna berbaloi apabila dapat berziarah dan berukhuwah dengan keluarga pelajar – Konody Tawil – di Kg Selamat Semporna. Saya gembira dapat berkenalan dengan keluarganya walaupun pertemuan sebentar sahaja.

Ini bukan kali pertama dapat berziarah ke rumah para pelajar dan berkenalan dengan keluarga mereka. Dengan ziarah sebegini, saya dapat mengetahui sekurang-kurangnya latar kehidupan mereka, baik yang di kampung atau di bandar.

Berziarah ke rumah keluarga Konody saya dapat mengetahui serba sedikit siapa dia di sisi keluarganya. Saya mengetahui dia menjadi harapan keluarganya, dalam keadaan kehidupan mereka yang tidak semewah orang lain yang tidak saya ingin sebutkan semuanya di sini.

Bapanya ada kelebihan pertukangan yang baik. Hasilnya dapat kami saksikan dengan rumah yang dibina sendiri terutama hiasan dalamannya dibuat dengan hasil kayu terpakai yang sangat menarik. Saya bergembira dapat bertaaruf dan berziarah ke sini.

mtqq

Saya bercita-cita sekiranya ada calon-calon berkelayakan dan berbakat dari seluruh pelusuk Sabah demi dakwah Islam. Saya berharap ada calon hebat dari Tenom, Sipitang, Pensiangan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Tungku, serta daerah-daerah lain yang biasa menghantar wakilnya; juga segenap pulau di Sabah seperti Pulau Banggi, Pulau Mantanani, Pulau Bom-Bom, Pulau Mabul, Pulau Sebatik dan sebagainya.

Ingin melihat wakil-wakil dari pekan kecil seperti Sook, Nabawan, Tamparuli, Menumbok, Nabalu, Matunggong, Bongawan, Kimanis, Sindumin, Weston, Kundasang, Pitas, dan banyak lagi. Tidak ketinggalan kampung-kampung yang ada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang semakin rencam dengan cabarannya. Tanjung Aru. Kobuni Inanam. Rampayan Menggatal. Tebobon. Likas. Kepayan.

Baca dan fahami syarat tersebut di dalam poster iklan di atas, hubungi pentadbiran Maahad untuk mendapatkan borang. Tarikh tutup 20 April 2014. Selepas itu borang akan diproses, calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga pada akhir April. Insya Allah pada awal Mei akan masuk ke Maahad untuk memulakan kehidupan sebagai warga Maahad sekaligus penghafaz al-Quran.

 

Tarikh : 14 & 15 Februari 2014

Lokasi : SK Mutiara Kolombong

Pasukan siswa siswi Maahad Tahfiz al-Quran diundang sebagai fasilitator selama 2 hari bersama-sama murid sekolah berkenaan. Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi kepercayaan kepada maahad untuk membimbing anak-anak generasi kita..

skm1skm2skm3skm4skm5skm6skm7







Tarikh : 9 Februari 2014

Kehadiran beliau ke surau maahad tidaklah dirancang lebih awal. Kesudian Saudara Syafiq yang kini bertugas sebagai DJ dan penerbit di Radio IKIM.FM membuatkan warga maahad teruja mendengar suara dan ingin bertemu beliau. Warga maahad tersenyum apabila Syafiq memulakan ceramah berkenaan ‘Islam dan Media’, sambil ada suara mengatakan ‘samalah!’ mengakui suara DJ radio tersebut secara langsung.

Syafiq, orang Johor yang merantau sehingga ke Universiti al-Azhar sebelum ke radio IKIM.FM juga pernah menjadi pengacara segmen ‘Assalamualaikum’ di TV al-Hijrah. Beliau datang ke Kota Kinabalu atas urusan rasmi mewakili radio membuat liputan ‘Minggu Perpaduan’ antara agama peringkat kebangsaan.

Syafiq memberikan pandangannya bahawa keperluan orang agamawan untuk menceburi industri penyiaran dan media, bukan sekadar mengisi slot semata-mata bahkan sampai tahap memimpin dan memberi peranan utama dalam mengatur. Manakan tidak, kecelaruan program di tv dan radio yang bercampur aduk antara yang berunsur Islamik dan maksiat dalam masa yang sama kerana antara puncanya apabila golongan agamawan tidak berpengaruh dalam industri ini.

Pihak maahad mengucapkan terima kasih atas kesudian saudara Syafiq bertamu ke maahad.

Syafiq IKIM (1)Syafiq IKIM (2)
Syafiq IKIM (3)

syafiq1

syafiq2 syafiq3 syafiq4 syafiq5

Warga maahad turut berduka apabila mendapat khabar akan pemergian ahli keluarga kepada siswi semester 2, Siti Aliani awal pagi tadi. Kakaknya, Siti Maisarah Mohd Jeofrey pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau yang juga bekas penuntut SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Lewat petang semalam, saya berziarah ke wad almarhumah dirawat, sempat meruqyah beliau. Walaupun tidak dapat lagi bercakap, almarhumah memberi respon dengan anggukan kepala kepada beberapa pertanyaan saya.

Janazah beliau diurus di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan disemadikan di Kundasang Ranau. Semoga Allah SWT memberi keampunan kepada almarhumah dan memberi kesabaran kepada keluarganya.

Sementara itu di maahad petang tadi turut menghadiahkan bacaan al-Quran 30 juzu’ buat almarhumah. Kami turut bersimpati dan merasa kebersamaan dengan musibah yang melanda warga kami.

Maisarah (1)Maisarah (2)Maisarah (3)Maisarah (4)Maisarah (5)



Setinggi penghargaan kepada Ustaz Muhammad Khalil dan rombongan dari Semenanjung yang menyampaikan tazkirah ringkas di surau maahad. Tazkirah beliau menyentuh berkenaan kewajipan mempelajari ilmu-ilmu al-Quran dan seterusnya berdakwah di dalam masyarakat masing-masing.

UstKhalil (1)UstKhalil (2)

Tarikh : 13 Januari 2014 (Isnin)

Pengisian : Solat berjamaah, marhaban, solawat, qasidah, ceramah dan jamuan

Surau yang pernah saya masuk beberapa kali untuk hantar surat jemputan program Masjid Negeri Sabah satu ketika dahulu. Namun pertama kali diundang untuk ceramah dalam mana-mana program. Ada kenangan di sini.

Mawlid @ Ganang (1) Mawlid @ Ganang (2) Mawlid @ Ganang (3) Mawlid @ Ganang (4) Mawlid @ Ganang (5) Mawlid @ Ganang (6)