Tarikh : 9 Februari 2014

Kehadiran beliau ke surau maahad tidaklah dirancang lebih awal. Kesudian Saudara Syafiq yang kini bertugas sebagai DJ dan penerbit di Radio IKIM.FM membuatkan warga maahad teruja mendengar suara dan ingin bertemu beliau. Warga maahad tersenyum apabila Syafiq memulakan ceramah berkenaan ‘Islam dan Media’, sambil ada suara mengatakan ‘samalah!’ mengakui suara DJ radio tersebut secara langsung.

Syafiq, orang Johor yang merantau sehingga ke Universiti al-Azhar sebelum ke radio IKIM.FM juga pernah menjadi pengacara segmen ‘Assalamualaikum’ di TV al-Hijrah. Beliau datang ke Kota Kinabalu atas urusan rasmi mewakili radio membuat liputan ‘Minggu Perpaduan’ antara agama peringkat kebangsaan.

Syafiq memberikan pandangannya bahawa keperluan orang agamawan untuk menceburi industri penyiaran dan media, bukan sekadar mengisi slot semata-mata bahkan sampai tahap memimpin dan memberi peranan utama dalam mengatur. Manakan tidak, kecelaruan program di tv dan radio yang bercampur aduk antara yang berunsur Islamik dan maksiat dalam masa yang sama kerana antara puncanya apabila golongan agamawan tidak berpengaruh dalam industri ini.

Pihak maahad mengucapkan terima kasih atas kesudian saudara Syafiq bertamu ke maahad.

Syafiq IKIM (1)Syafiq IKIM (2)
Syafiq IKIM (3)

syafiq1

syafiq2 syafiq3 syafiq4 syafiq5