Tag Archive: Kg Pimping


Tarikh : 8 Mei 2015

Lokasi : Kg Pimping Membakut

Sejujurnya saya tidak mengenali Allayarham. Hanya apabila kisah duka beliau dan sahabatnya terbabit dalam satu kemalangan di Lahad Datu 2 hari lepas disebarkan lewat whatsapp dan facebook saya jadi terkedu mendengar kisah mereka. Dua anak muda yang cekal dengan kerja-kerja dakwah dan pendidikan Islam dan Syazwan khususnya terlibat membangunkan ARC Putatan. Saya turuti perasaan untuk bersama-sama menziarahi majlis pengkebumian di Kg Pimping Membakut.

Dalam pencarian maklumat itu, saya mendapat tahu beliau adalah adik kepada sahabat sepersekolahan kami Ustaz Ag Khairul Rasyid Japlus. Semoga mereka sekeluarga tabah menerima dugaan ini dan mudah-mudahan Allah SWT menerima amal soleh kedua-dua anak muda yang terkorban ini.

20150508_142134 20150508_151829

TAMBING PALESTIN

Selepas zuhur raya pertama, kami bertolak ke Membakut, kampung asal ayah mertua dengan menaiki 4 buah kereta.

Lokasi pertama ialah Taman Perkuburan Paya Lebar, melalui kawasan padang golf yang cantik sekali. Bagus juga, biar peminat-peminat golf sedar sikit akan kehidupan yang sementara ini.

Antara yang diziarahi ialah kubur-kubur orang tua dan abang sulung kepada ayah mertua. Anak-anak yang sudah pandai mengaji kami suruh membacakan al-Fatihah kepada arwah yang dimaksudkan.

Berikutnya kami ke Kg Brunei Membakut, menziarahi ahli keluarga dan sepupu-sepupu sebelah isteri. Rumah mereka berada di pinggir sungai yang nampaknya semakin naik.

Bersebelahan Kg Brunei, kami terus ke Kg Pimping. Kehadiran saya dan keluarga kecil kami ke sini membayar hutang tahun lalu, kerana kami berada di WP Labuan ketika itu.

Sesudah maghrib, 3 buah kereta kembali ke Kota Kinabalu sementara kami sekereta meneruskan misi ziarah, kali ini menjejaki rakan-rakan sekolah kami.

Ustazah Hjh Dg Hafizah Ag Basir, rakan akrab kepada isteri saya merupakan sepupu kepada YB Datuk Hj Arifin Arif ADUN Membakut. Sesudah menamatkan pengajian sarjana, beliau kini memulakan tugas di UMS – Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) mulai 1 September lalu.

Ustazah Dg Halimah Ag Tengah pula rakan sekelas di SMAI TPHR dan sezaman ketika di Mesir. Tahun lalu, Dg Halimah selamat melahirkan anak kembar mereka.

Hampa juga apabila tiba saat hendak mengambil gambar, seorang kembarnya sudah tidur di kamar mereka.

Ust Ak Yuzie Pg Md Yussuf dan Ustazah Noraslinah Suzziyani Abd Kini kedua-dua mereka rakan sekelas di SMAI TPHR. Yuzie dan isterinya baru mendirikan rumahtangga awal tahun ini.

Sesuatu yang meriah (atau terlebih meriah) di Kg Pimping ini ialah budaya bermain mercun yang semakin menjadi-jadi. Khabarnya mercun seumpama itu berharga antara RM60 – RM150 setiap satu.

Bayangkanlah permainan itu bermula sejak malam raya sehingga jam 10 malam dan berterusan beberapa hari. Berapa jumlah wang yang dihabiskan setiap malam untuk meletupkan duit masing-masing, wallahu a’lam.

Kalaulah kita tidak melihat cahaya indah setiap kali mercun meletup di udara, dan hanya sekadar mendengar letupan mercun itu saling berbalas-balas, mungkin ia seolah-olah seperti dentuman bom dan tembakan di bumi Palestin.

Kebetulan kami ziarah ke anjung terbuka di tambing belakang rumah Ustazah Hafizah, ada saya bertanya kepadanya.

Adakah YB Datuk Arifin yang berada di rumah ketika itu tidak menegur perbuatan anak-anak buahnya? Atau mendiamkan diri kerana mereka semua adalah pengundi tegar beliau?

IMG_8514

IMG_8532

IMG_8539

IMG_8550

………..

Terima kasih kiriman SMS ucapan selamat hari raya :

Sheikh Kadri Abd Hamid (Insaniah Kedah), Hj Ayub Abd Rahman (Kuching Sarawak), Hj Matin Datuk Pandin (Kg Pasir Putih Putatan), Azhar Othman @ Along (Taman Indah Permai), Ag Yahya Ag Damit (Kota Marudu).

Mustofa Kamal Achmad Rafaie (Tawau), Ustazah Hayati Hanit (WP Labuan / Sipitang), Ust Hj Abd Rauf Abbas (PPTA JHEAINS Ranau), Ustazah Noraini Ag Adi (Sipitang), Thussin Hj Saidil (Taman Olivia Kepayan).

Sarjan Wahid (Taman Limauan Kinarut), Ust Md Sabri Ibrahim (Taman Teluk Vila, Putatan), Ust Sulaimin Musinin (Keningau), Abd Mumin Rasam (Kg Cenderamata Likas), Abu Bakar Ongkosing (SAHABAT).

Siti Norafidah Ghulam Rasul (Tg Aru KK), Ust Janis Nawawi (PPTA JHEAINS Kudat), Md Safree Othman @ PP (WP Labuan), Suhaidi Mosidang (Kg Kinandusan Kundasang).

%d bloggers like this: