Tag Archive: SABK al-Irsyadiah


Irsyadiyyah (1)

Tarikh : 24 Oktober 2013

Ini kunjungan kedua ke sekolah comel ini, tapi kali pertama tampil untuk mempromosi Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah. Kami tiba sedikit lewat daripada jadual yang ditetapkan, namun majlis tetap berjalan lancar dengan audien fokus kepada menengah atas sahaja. Bersama saya empat siswa siswi maahad sebagai teman permusafiran.

Saya dimaklumkan pernah ada alumni maahad merupakan lepasan sekolah ini juga. Justeru, kami mengharapkan kesinambungan sekolah ini menghantar calon-calon mereka untuk diuji dan ditapis sebelum diterima masuk ke maahad.

Saya tidak menjanjikan apa-apa kepada mereka, tetapi sudah tentu maahad akan mengambil calon yang terbaik untuk menggalas cabaran menghafaz al-Quran dan seterusnya mereka akan berdakwah di tempat masing-masing. Mudah-mudahan ada yang terpilih.

Irsyadiyyah (2) Irsyadiyyah (3) Irsyadiyyah (4)

Irsyadiyyah (6) Irsyadiyyah (7) Irsyadiyyah (8) Irsyadiyyah (9) Irsyadiyyah (10) Irsyadiyyah (11) Irsyadiyyah (5)

SABK AL-IRSYADIAH


Dari SMKA Mohammad Ali ke Kg Luanti membeli durian kemudian berpatah balik menuju ke Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SABK) al-Irsyadiah Merakau menjelang maghrib untuk mengisi satu slot ceramah bersama adik-adik di sana.

Saya tidak pernah masuk jalan ini dan begitu teruja sebenarnya hadir ke sini. Pertama sekali masuk, saya tersenyum melihat senarai nama guru yang sebahagiannya saya kenali. Namun tidak rezeki kami untuk bertemu kerana mereka semuanya tinggal di luar daripada kawasan sekolah ini.

Saya mengisi ruang antara maghrib dan isyak dengan memperkatakan secara ringkas berkenaan rukun Islam yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Pengkhususan lebih saya tekankan berkenaan bulan Ramadhan yang dinanti. Terima kasih Cikgu Junaidi yang mengatur ceramah ini bersama rakan-rakan yang lain.

Kami meneruskan perjalanan pulang, dan singgah sebentar di rumah Ustaz Khairul Anwar Yusob di belakang Pekan Nabalu.