Tag Archive: Zionis


Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/presiden/40715-pilihan-raya-presiden-amerika-dan-zionis

HARAKAHDAILY | 08 April 2016.

Kedua-dua calon terkemuka Presiden Amerika daripada dua parti terbesar yang bertanding, Hillary Clinton (Demokrat) dan Donald Trump (Republican) berlumba membuat kenyataan terbuka menyokong Israel dan menentang Iran yang dikira kuasa terbesar kalangan negara Islam tanpa mengira mazhabnya.

Kedua-dua calon itu menggunakan uslub yang berbeza tetapi konsep yang sama, tetap menjadikan Islam pencabarnya yang dianggap paling menggugat kedudukan barat secara khusus.

Penjelasannya terkini, melalui isu nuklear Iran dan menjaga keselamatan Israel. Bukannya keselamatan Arab dan dunia khususnya yang beragama Islam.

Apabila melobi kumpulan Yahudi, Clinton dengan bahasa diplomasi yang lembut menjamin keselamatan Israel dan meneruskan persetujuan nuklear Iran dan kuasa besar dengan syarat  di bawah pengawasan antarabangsa, khususnya pengawasan yang rapi terhadap Iran, yang dikiranya membahayakan Israel. Tujannya yang nyata ialah, menyelamatkan Israel dengan janji penuh pengorbanan mempertahankan negara haram itu.

Adapun Trump pula menjanjikan dengan bahasa yang keras, tegas dan lebih lantang. Kalau dipilih akan membatalkan perjanjian tersebut kerana dianggap ancaman terhadap keamanan serantau dan dunia seluruhnya, khususnya Israel, sehingga berjanji memindahkan kedutaannya ke Baitul Maqdis sebagai pengiktirafan keyahudiannya, tanpa peduli tehadap perasaan umat Islam dan Arab.

Seluruh dunia mengetahui bahawa nuklear yang diharamkan itu adalah halal kepada Amerika dan kuasa-kuasa besar sepertinya sahaja sejak beberapa dekad sehingga kini. Dunia pula, termasuk Negara Arab memejamkan mata bahawa Israel  telah mempunyai teknologi nuklear dengan janakuasanya yang telah dibina sejak tahun 1965 di Bi’ar Al-Sabu’a di bumi Palestin yang dirompaknya. Pembekalan bahan merbahya itu sebenarnya dengan bantuan teknologi dan jaminan Amerika, British dan Perancis.

Sebarang projek teknologi nuklear adalah paling haram kepada pihak lain, secara  khususnya Negara-Negara Arab dan Asia Barat yang bersempadan dengan Israel atau berjiran dengan Israel, walau pun tujuannya untuk kemanusiaan dan keamanan, seperti tenaga elektrik dan lain-lain.

Adapun sikap terhadap Negara Islam itu, tanpa mengira ideologinya sama ada demokrasi atau “dictatorship”, kanan atau kiri  dan juga tanpa mengira mazhab Islamnya, sunni, Syiah dan Khawarij, Sunni Wahabi atau tidak Wahabi.

Peristiwa serangan Israel ke atas Libya bukan kerana Mu’aamar Qazzafinya, tetapi kerana hanya permulaan teknologi nuklearnya.

Begitu juga serangan Israel keatas loji nuklear Iraq sebelum tercetusnya Perang Teluk yang merebak sehingga kini, bukan kerana rejim Saddam Hussin yang  dihukum kerana zalimnya, tetapi kerana membina jana nuklearnya, sehingga Barat dan seluruhnya dengan Negara Arab yang bersyirik dengannya, melupai Aqidah Tauhidnya yang paling kuat menentang segala syirik.

Tiba-tiba menempa sejarah Perang Teluk pertama dan berikutnya kekacauan sehingga kini. Bermula dengan menyerang Iran , berketuakan Saddam Husain yang dikecam sebelumnya, disertakan bantuan segala senjata yang perlu, termasuk senjata kimia yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa, lebih-lebih lagi undang-undang syariat Islam yang lebih dahulu daripadanya.

Hubungan diplomatik dengan Iran sangat kukuh di masa pemerintahan Shah Iran yang berkuku besi tetapi sangat baik dan rapat dengan Israel maka juga sangat rapat dengan negara-negara Barat, lebih-lebih lagi negara arab yang kuat sunninya, memenuhi syarat politiknya berkiblat ke arah barat,  tanpa peduli Shah Iran dan negaranya bermazhab Syiah.

Serangan terhadap Iran berimamkan Saddam Hussin, barangkali selepas pertukaran namanya kepada Republik Islam Iran sahaja dan terus membatalkan pengiktirafan terhadap Israel yang dilakukan oleh kerajaan Shah Iran sebelumnya, maka Syiahnya menjadi kafir. Berbeza dengan AK Turki membawa Islam sekular dan tidak membatalkan pengiktrafan ke atas Negara Haram Israel oleh rejim Kamal Atarturk dan terus berada dalam bakul pakatan Nato.

Selepas Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait dan menembak peluru berpandu kosong sampai ke Israel, maka berlakulah Perang Teluk, berikutnya  penglibatan negara Arab besar dan kecil, dengan segala kekayaannya. Alasannya Saddam menyimpan senjata merbahaya itu kerana membahayakan keselamatan Arab tanpa menyebut Israelnya dan ternyata selepasnya kosong.

Seterusnya Iraq mengalami bencana perang yang berterusan dan kini merebak ke Syria dan mula menembusi sempadan Turki. Perangnya pula menggunakan khadam Arab dan muslim yang diberi senjata dan kemudahan yang dibayar oleh Arab. Alasannya membantu Sunni menentang Syiah atau sebaliknya Syiah menentang Sunni atau menggulingkan kerajaan yang zalim kerana tidak demokratik.

Adapun pilihan raya di Mesir, sebelumnya di Tunisia, terdahulunya di Algeria, dikira tidak soheh kerana memenangkan kumpulan Islam.

Semua senario tersebut perlu dibaca dengan teliti dan adil. Tanpa melupai betapa setiap calon Presiden atau Kongres atau Datuk Bandar yang mahu menang dalam pilihan raya, bersyaratkan menyokong Israel untuk mendapat dukungan organisasi Yahudi bernama Zionis yang sangat berpengaruh.

Semuanya menunjukkan betapa Zionis Yahudi menguasai politik Negara Besar dengan “Money, Missionary And Media” (3M).

Bermula daripada sebesar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sehinggalah agensi berita dan maklumat bersempadan dan tanpa sempadan dan mempengaruhi pilihan raya umum tersebut.

Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya Majlis Keselamatan yang memberi kuasa veto kepada kuasa-kuasa besar. Khususnya Amerika dengan kuasa vetonya menjadi penentu membatalkan setiap keputusan yang mengutuk Israel atau tidak berpihak kepadanya.

Langkah Isreal menghalau penduduk asal Palestin dan meroboh rumah mereka, memusnahkan segala sumber kehidupan, seperti pertanian dan perniagaan, sehingga membunuh sejak peristiwa pembunuhan Der Yasin di tahun empat puluhan, sehingga Shabra dan Shatila dan berterusan hingga kini, dikecualikan daripada takrif pengganas. Sebaliknya semua kumpulan Islam dan kebangsaan yang menentang Israel, daripada Hamas dan Tanzim Jihad yang bermazhab Sunni, termasuk Hizbullah yang bermazhab Syiah, begitu juga kumpulan yang  beragama tanpa mazhab atau tidak beragama apabila dikira mencabar Israel, maka disenaraikan semuanya pengganas.

Paling menghairankan lagi apabila Negara Arab mengikut Fatwa daripada Israel yang dikuti oleh Amerika, mengikut sama mengisytiharkan fatwanya. Bermula daripada Emiriyah Arab yang dikatakan Bersatu bersama Mesir mengisytiharkan Gerakan Ikhwan dan sayapnya Hamas di Palestin adalah pengganas, diikuti terkini oleh Arab Saudi memaksa Negara Arab yang lain mengisytiharkan Hizbullah juga adalah pengganas.

Dalilnya sama ada kerana tidak demokratik atau kerana bermazhab Syiah dan menjadi tabiin kepada Fatwa Israel yang  yang boleh mengarahkan Amerika yang paling besar dalam kalangan Negara Barat.

Setiap Presiden Amerika yang menang akan meneruskan agenda perdamaian Asia Barat yang sebenarnya lebih bertujuan menyelamatkan Israel, tanpa peduli terhadap nasib rakyat Palestin.

Negara Arab dan Islam pula ditekan dan dipujuk supaya mengiktiraf dan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram itu. Semua perjanjian damai yang dimeterai, bermula daripada Camp David, sehinggalah Perjanjian Oslo dan Madrid semuanya berakhir dengan lebih banyak negara mengadakan hubungan dengan Israel dan lebih banyak orang Yahudi dibawa masuk ke Palestin dan lebih banyak pula rumah rakyat Palestin diroboh, tanah meraka dirampas untuk menyediakan kediaman yang selesa dan tempat yang aman kepada orang-orang yahudi itu.

Natijahnya, betapa pengaruh zionis boleh menjadikan kuasa besar seperti Amerika dan lain-lain menjadi khadamnya. Paling menghairankan lagi apabila Negara Arab yang ibadatnya berkiblat ke arah Rumah Allah (Kaabah di Mekah) tiba-tiba politiknya berbeza dengan solatnya apabila berpusing ke arah Rumah Putih (White House).

Malangnya lebih banyak negara umat Islam bermakmumkan arab dalam politiknya atau terus bermakmumkan Amerika. Inilah akibat memisahkan politik daripada Islam.

Inilah rahsia di sebalik perlumbaan kempen Pilihan raya Umum di Amerika. Sama ada memilih Presiden atau Ahli Kongres atau Gabenor atau Datuk Bandar.

Bahkan percayalah, bahawa segala pengeboman ganas yang mencipta letupan di negara-negara Islam dan bukan Islam  bukan daripada ajaran Islam, tetapi Zionis dan sekutunya menjadi lebih daripada perumpamaan Bahasa Melayu, adanya udang di sebalik batu, tetapi sebenarnya ada zionis dan sekutunya yang lebih besar daripada udangnya di hadapan batu yang nyata menjadi dalang di sebalik semua fitnah dalam duna ini.

Hujahnya kerana ajaran Islam yang termaktub di dalam Al-Quran dan As-Sunnah melarang tindakan melampau dalam semua perkara. Daripada beribadat, sehinggalah makan dan pakai, rumah kediaman dan lain-lain, sehinggalah berperang lebih-lebih lagi diharamkan melampaunya. Al-Quran mendedahkan lebih awal:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

“Orang-orang yahudi berkata, tangan Allah itu terbelenggu (bakhil), lalu dibelenggukan tangan-tangan mereka (menjadi bangsa paling bakhil) dan mereka dilaknat  dengan sebab kata-kata (yang jahat itu). Sebenarnya kedua tangannya terbuka (sifat Allah yang maha pemurah) menyumbang bagaimana sahaja mengikut kehendaknya (yang bersifat kurnia yang melimpah ruah tidak terhingga). Keadaan mereka (orang-orang yahudi itu) lebih melampau lagi terhadap apa-apa sahaja yang diturunkan kepada mu (Wahai Muhammad SAW). Allah juga jadikan mereka saling  bermusuhan dan memarahi diantara satu sama lain sehingga hari kiamat. (Ingatlah) Bahawa setiap kali mereka mencetuskan api fitnah supaya tercetusnya api peperangan, nescaya Allah memadamkannya. Mereka juga terus menerus melakukan kejahatan diatas muka bumi, pada hal Allah tidak mengasihi orang-orang yang melakukan kejahatan.” (Surah Al-Maidah, ayat 64)

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
30 Jamadil Akhir 1437 / 8 April 2016 – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Ismail-Haniyeh2

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/36283-insya-allah-kita-akan-buka-sekatan-zionis-hamas

HARAKAHDAILY | 06 Julai 2015.

Wakil ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Zionis Israel tidak akan memulakan perang baru di Jalur Gaza dalam waktu terdekat ini.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sebuah pengumuman selepas menunaikan salat tarawih di Masjid Syuhada pada Sabtu lalu.

Dalam pengumumannya, Ismail Haniyeh berkata, Zionis Israel telah memberitahu pelbagai pihak bahawa mereka tidak mahu memulakan perang di Jalur Gaza dalam waktu terdekat ini.

Ismail Haniyeh menambah, Ramadhan tahun lalu tedapat keputusan untuk memerangi Jalur Gaza dan pada tahun ini sejumlah tokoh mereka memutuskan untuk menjauhi perang.

“Insya Allah kita akan membuka sekatan Zionis Israel, kerana tahun ini dan tahun-tahun akan datang adalah masa rakyat Gaza menuai hasil kesabaran yang telah dilakukan selama 8 tahun terakhir,” ujarnya dipetik laman Eramuslim.

Pasca memenangi pilihan raya Parlimen dan mengangkat Ismail Haniyeh sebagai Perdana Menteri Palestin pada tahun 2006 lalu, pemerintah Zionis Israel memutuskan untuk memboikot Jalur Gaza yang berada di bawah kekuasaan Hamas.

Buku yang sudah dibaca :

Penulis : Maszlee Malik
Penerbit : JIM Media
Harga : RM8.00 / RM10.00

Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia. Mengapa tidak, kerana di sanalah terdapatnya kiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat berlakunya Isra’ dan Mi’raj, iaitu Masjid al-Agsa. Palestin juga merupakan tanah milik umat Islam sejak dari zaman nabi Allah Sulaiman lagi. la kemudian silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah pada zaman Umar, Palestin kembali menjadi milik umat Islam. Pada awal abad ke-12 Masehi Palestin kembali dijajah oleh tentera Salib, namun akhirnya berjaya dibebaskan oleh Salahudin al-Ayubi. Kini, semenjak tahun 1948 Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin sekali lagi dijajah oleh rejim Zionis Yahudi.

1. Dimanakah Palestin?

2. Apakah keistimewaan Palestin kepada umat Islam?

3. Apakah keistimewaan bumi Palestin kepada agama lain?

4. Siapakah penduduk Palestin?

5. Betulkah dakwan kaum Yahudi sebagai penduduk asal bumi Palestin?

6. Bagaimanakah kaum Yahudi boleh menduduki dan memerintah Palestin?

7. Mengapakah Barat menyokong penubuhan negara Israel?

8. Apakah pertubuhan Zionis dan bilakah gerakan ini ditubuhkan?

9. Bilakah bermulanya pendudukan Zionis di bumi Palestin?

10. Mengapakah umat Islam memerangi Yahudi?

11. Apakah yang telah dilakukan oleh rakyat Palestin untuk memerdekakan tanahair mereka?

12. Bilakah negara Israel ditubuhkan?

13. Apakah pula PLO dan apa peranannya dalam isu Palestin?

14. Apakah yang dilakukan oleh rejim Yahudi dalam usaha mereka untuk mengYahudikan Palestin?

15. Bagaimanakah nasib rakyat Palestin yang menjadi pelarian?

16. Pernahkah rakyat Palestin memberikan tentangan yang hebat kepada rejim Zionis selepas tertubuhnya negara Israel?

17. Apakah erti Perjanjian Damai?

18. Apakah kesan Perjanjian Oslo?

19. Apakah gerakan Intifadah?

20. Apakah pula Intifadah kedua?

21. Adakah isu Palestin hanya merupakan isu umat Islam sahaja?

22. Apakah kesan kewujudan negara Israel kepada dunia?

23. Penutup

24. Lampiran

INFO PALESTIN

Berita 1 :

Israel Memulakan Persiapan Untuk Membangun Sebuah Jambatan Terdekat Untuk Masjid Al Aqsa

Rabu ,22/09/2010 – Yayasan Wakaf dan Warisan Al Aqsa mengeluarkan kenyataan petang Khamis lalu yang mendedahkan bahawa Pihak Israel sudah mula melakukan persediaan untuk pembinaan jambatan di Gerbang Mughrabi berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Persediaan bermula selepas mahkamah Israel bersetuju dengan pembinaan jambatan yang akan menghubungkan antara Al-Buraq (Berwarna Barat) dan Al Mughrabi Gate. Jambatan itu juga akan memudahkan tentera Israel dan para penduduk menyerang Masjid Al Aqsa, menurut yayasan tersebut. Sumber : http://www.imemc.org. Penterjemah : Hijjaz.

Berita 2 :

Tel Aviv antara pembayar gaji tertinggi

Selasa , 21/09/2010 – Bandar Tel Aviv yang terletak di tengah-tengah kawasan jajahan Palestin menduduki tempat ke 25 dalam senarai taraf hidup paling mahal di dunia.

Laporan dari Bank Dunia Swiss menyatakan Tel Aviv sedang pesat menuju ke arah bandar paling mahal nilai taraf hidupnya berdasarkan klasifikasi global Bank Dunia di Switzerland. Bank Dunia Swiss juga turut meletakkan Tel Aviv di kedudukan 33 dalam senarai pembayar pendapatan tertinggi dan kedudukan ke 34 untuk kuasa membeli. Sumber : The Palestine Telegraph. Penterjemah : Idawati.

Berita 3 :

Tentera Zionis Israel (IOF) mendirikan pos pemeriksaan baru di Nablus

Rabu ,22/09/2010 -Tentera Zionis Israel menahan puluhan kenderaan rakyat Palestin pagi ini di sebuah pos pemeriksaan di Nablus, di Tebing Barat. Saksi tempatan berkata bahawa tentera Zionis Israel mendirikan pos pemeriksaan baru di pintu masuk ke kampung “Assira” utara Nablus dan menahan sejumlah kenderaan Palestin yang bergerak di kedua-dua arah.

Saksi menambah bahawa tentera Zionis Israel yang ditempatkan di pos pemeriksaan merumitkan lagi urusan rakyat Palestin dengan menyemak kad pengenalan mereka dan menahan mereka selama beberapa jam tanpa alasan yang jelas. Sumber : The Palestine Telegraph. Penterjemah : Syuhada.

Berita 4 :

Hamas menentang kempen Zionis ke atas para tahanan

Rabu ,22/09/2010 – Hamas memperbaharui tentangannya terhadap kempen kekejaman yang dijalankan oleh pihak Biro Penjara Zionis bertemakan “demi para tahanan kita di penjara Nazi”, dan pertanggungjawaban serta kesan buruk kempen ganas mereka ini.

Hamas juga mengutuk sikap bodoh dan berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap isu jenayah ke atas hak riduan tahanan Palestin, di mana pada waktu yang sama mereka menangisi nasib para banduan Zionis yang ditahan sewaktu serangan Zionis ke atas Gaza.

Hamas dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Informasinya pada hari Isnin (20 September) mengutuk kempen yang dijalankan oleh Biro Penjara Zionis, “demi keberanian tahanan kita” di penjara Ofer, Hadarim, Raymond dan Shattah. Hamas menyeru organisasi antarabangsa terutamanya PBB, kesemua negara-negara berkaitan dan rakyat Palestin sendiri untuk bersatu dan membantu para tahanan di penjara Zionis, melawan pencabulan dan keganasan yang amat hodoh yang dijalankan terhadap mereka. Sumber : http://www.palestine-info.info/ar/. Penterjemah : Azleen

Berita 5 :

Gaza Alami Kekurangan Sumber Makanan

Rabu ,22/09/2010 – Para penganalisis pertanian dan makanan menegaskan bahawa Semenanjung Gaza mengalami kekurangan sumber makanan, peningkatan pengangguran serta penurunan import dan eksport bahan makanan. Mereka memohon tindakan segera untuk menggalakkan pasaran tempatan di Gaza dengan cara mengaktifkan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah dan pengembangan pertanian kepada para pertani.

Ketua delegasi Belanda ke Semenanjung Gaza, Jack Twis, dalam satu latihan kerja yang diselenggarakan Lembaga Pengembangan dan Bantuan Pertanian di Gaza, menegaskan, Isnin (20/9), bahawa para petani Semenanjung Gaza mengalami kerugian besar dan kerosakan yang sangat banyak terhadap pertanian mereka. Ia membahayakan bidang pertanian, yang merupakan sumber utama ekonomi Gaza.

Beliau menegaskan bahawa delegasinya akan melakukan kerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa kampung di Gaza untuk melancarkan dua projek yang bertujuan untuk memperkuat dan menggalakkan pertanian yang menghasilkan produk eksport di Semenanjung Gaza untuk meningkatkan pasaran. Projek ini melibatkan dana 45% dari jumlah anggaran untuk penanaman 300 hektar mawar bagi 50 petani, 350 hektar buah-buahan untuk 80 petani, 52 hektar sayur-sayuran untuk 25 petani. Diharapkan hasil akhir mencapai 30 juta mawar dan 700 ton buah-buahan dan sayur-sayuran. Sumber : COMES. Penterjemah : Osman.

Layari maklumat Palestin di http://palestinkini.info/

%d bloggers like this: