Tag Archive: Yusuf al-Qaradhawi


Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/presiden/37288-fiqh-politik-syeikh-dr-yusuf-al-qardhawi

DALAM isu pelaksanaan syariat yang menjadi sebahagian daripada perkara siyasah dipandang remeh-temeh oleh beberapa kalangan yang dikatakan mengkaji Islam. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menghuraikan dalam kitabnya “فقه السياسة الشرعية”, ada kalangan ummat Islam melupai tajuk ini, ada kaitan dengan aqidah Islam. Walaupun dimasukkan dalam perkara Ijtihad dan Furu’ (cabang) di sisi ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun tidak boleh dipisahkan daripada aqidah Islam. Ini kerana, pelaksanaan hukum syariat itu adalah amalan yang lahir menjadi bukti daripada iman kepada hukum wajib melaksanakan hukum daripada Al-Quran dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang wajib diikut. Perkara yang termasuk daripada Rukun dan Usul (Rukun Iman dan Islam).

Firman Allah SWT:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا * وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا * فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا * أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا

“Adakah kamu tidak nampak adanya kalangan yang mengaku bahawa mereka beriman kepada apa (hukum) yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dan diturunkan juga kepada (Rasul AS) yang lebih dahulu daripadamu, tiba-tiba mereka menerima Toghut (mereka yang melampau meninggalkan hukum Allah) supaya mengendalikan kehakiman terhadap mereka, padahal mereka diperintah supaya mengingkarinya, berada pula dalam keadaan syaitan hendak menyesatkan mereka kepada kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka : marilah kepada hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul. Nescaya engkau melihat mereka itu menghalangmu dengan cara yang bersungguh-sungguh”. (Surah An-Nisa’, ayat 60-63)

Allah SWT berfirman lagi di dalam Al-Quran:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Maka tidak, demi Tuhamu ! Sebenarnya mereka tidak beriman, sehinggalah mereka berhakimkanmu (Rasulullah SAW) dalam apa-apa perkara yang menjadi pertelingkahan kalangan mereka. Kemudian tidak ada dalam diri mereka perasaan ragu terhadap apa yang telah engkau membuat keputusannya dan mereka menyerah diri dengan sepenuh-penuhnya”. (Surah An-Nisa’, ayat 65)

Terdapat dalam kalangan ummat Islam, mereka yang menimbulkan kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan menyingkirkan hukum Islam. Bagi menjelaskan perkara ini, wujudnya tiga Madrasah (pendekatan dalam pemikiran) pengkaji Islam yang perlu dijelaskan:

[a] Kumpulan ظاهرية

– Berpegang kepada nas juzuk yang zahir sahaja secara harfiyyah dan bersekongkol dengannya, tanpa peduli kepada tujuan dan hikmah syariat, maqasid (tujuan) dan waqie’ (realiti) yang berkaitan dengan pelaksanaan syariat yang Allah wajibkan. Mereka adalah warisan mazhab Zahiriyyah di zaman dahulu yang jumud bersama nas yang zahir sahaja menolak ijtihad dalam perkara yang tidak ada nas.

[b] Kumpulan معطلة

– Kalangan yang membatalkan pelaksanaan syariat yang wajib, beralasankan hikmah, maqasid syariah dan siyasah syariyyah. Melalaikan nas yang nyata dan mentakwilkan tafsirannya dengan tujuan meninggalkan hukum syariat kerana terpengaruh sengan agenda taghrib (kebaratan) kerana ingin meneruskan agenda barat terhadap masyarakat Islam.

(c) Kumpulan وسطية

– Kalangan pertengahan yang tetap berpegang kepada nas hukum syariat, berusaha melaksanakannya mengikut kaedah yang betul, maqasid syariah dan siyasah syariyyah bagi menjamin pelaksanaan syariat tetap berkuasa dan berlaku dengan cara yang betul, bukan meninggalkannya.

Ringkasan huraiannya

1 – Mazhab ظاهرية (Zohiriyyah)

Mazhab ini sudah ada di zaman dahulu, di mana mereka berpegang dengan nas yang zahir sahaja, hanya yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis, sehingga salah menggunakan hukum akal terhadap hukum syarak, dengqn menegaskan Allah berkuasa untuk menukar yang halal di dalam kuasanya, tanpa memahami betapa ilmu dan kebijaksanaan Allah memandu kebijaksanaan manusia.

Mustahil bagi Allah memilih yang buruk dan berlaku zalim, seperti melaksanakan perkara yang ada nas dengan meninggalkan kebijaksaan semasa dalam pengurusan dan melaksanakan hukum.

Kalangan ini hanya berpegang kepada nas sahaja dan menolak kalau tidak ada nas, seperti menolak demokrasi secara total kerana datang daripada barat tanpa melihat kepada adanya titik persamaan dari segi hak kemanusiaan dan rakyat dalam hukum politik Islam. Dalam demokrasi ada kekurangan serta kelemahannya yang wajib dibetulkan oleh Islam daripada kebijaksanaan manusia yang ada kelemahan makhluk, namun hendaklah dibetulkan dengan petunjuk Allah yang tidak menafikan adanya kebijaksanaan manusia makhluk ciptaannya.

2 – Mazhab معطلة (Mua’thilah)

Mazhab ini di zaman dahulu menafikan adanya sifat-sifat bagi Allah. Ada pun mua’thilah di zaman sekarang menafikan pelaksanaan syariat (khususnya dalam hukum Hudud), dengan alasan siyasah syariyyah dan maqasid syariah yang salah, khususnya bertujuan bagi menggantikannya dengan undang-undang barat ciptaan manusia.

Manusia menafsirkan ayat-ayat amaran Allah berkait dengan syariat seperti sebab turutnya kepada orang-orang Yahudi, ahli kitab. Ya, banyak juga sebab nuzulnya kepada orang-orang Yahudi, tetapi ingat bahawa pengajaran lebih ditujukan kepada penganut Islam yang beriman, kerana kewajipan melaksanakan syariat Allah ditujukan kepada orang yang beriman, supaya jangan terpengaruh dengan hawa nafsu orang-orang yang menghalang pelaksanannya.

Firman Allah SWT:

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

“Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, jangan sampai mereka memperdayakan kamu terhadap sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebagian dosa-dosa mereka. Sungguh, kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”. (Surah Al-Maidah, ayat 49)

Mereka menjadikan alasan Saidina Umar Al-Khattab tidak menjatuhkan hukuman Hudud terhadap pencuri di tahun meleset, tanpa melihat sebabnya yang sebenar, berkait individu yang tidak memenuhi syarat-syarat, bukannya membatalkan undang-undang Allah SWT.

Tujuan sebenar kumpulan ini ialah meninggalkan syariat Islam khususnya undang-undang Hudud seperti memotong tangan pencuri, menyebat penzina yang disebut dalam Al-Quran dan rejam yang disebut dalam Sunnah, hukuman Qazaf dan Hirabah, dengan menggunakan hujah syariat dengan cara yang salah memahami maqasid syariah dan masoleh (perkara asal).

3 – Mazhab وسطية (Wasatiyyah)

Pendekatan pertengahan yang betul di antara dua kumpulan yang salah, melampau dan longgar. Pendekatan wasotiyyah tetap menegakkan hukum Allah, namun pelaksanaannya secara ilmu syariat yang betul dan istiqamah. Beramal dengan siyasah syariyyah, ilmu maqasid syariah dan berpegang teguh dengan nas, dengan tujuan melaksanakan syariat Allah dengan istiqamah (konsisten).

Tegasnya hukum syariat wajib ditegakkan dalam negara yang Islamnya berdaulat, undang-undang Islam wajib dikuatkuasakan. Ada pun pelaksanaannya mengandungi huraian yang betul dengan syarat, rukun dan adabnya, mengikut Fiqh Awlawiyyat (keutamaan), Waqie’ (realiti) dan Muwazanat (pertimbangan). Dalam melaksanakan undang-undang jenayahnya berada sempadan Qisas, Hudud dan Takzir, bukannya berpindah kepada undang-undang yang bukan Islam.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
25 Zulkaedah 1436H / 09 September 2015M – HARAKAHDAILY 9/9/2015

*Tulisan ini merujuk kepada muka surat 212-213, ringkasan daripada kitab yang dikarang oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi السياسة الشرعية في ضوء  نصوص الشرعية ومقاصدها

Sumber : https://www.facebook.com/pages/Akhukum-Abdul-Malik/636631606348499?fref=ts

Wawancara khas oleh stesen televisyen “Al-Jazeera Mubasher Misr” bersama Dr.Yusuf Qaradhawi terbaru bagi mengulas pungutan suara kudeta yang berakhir dengan kegagalan :

-Telah berakhir zaman ketakutan di Mesir. Rakyat tidak lagi takut berdepan dengan kekangan dan kematian. Mereka akan merealisasikan matlamat revolusi.

-Pandangan ulamak yang menghalalkan darah mereka yang menyertai demonstrasi berhadapan dengan penguasa zalim sebaliknya membebaskan mereka yang membunuh rakyat adalah satu kesilapan.

-Saya berundur dari Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar dan menyerahkannya kepada rakyat Mesir dan para pemuda Al-Azhar, bukan kepada Syeikh Al-Azhar.

-Adakah Ikhwan Muslimin “pengganas” tatkala mereka bekerjasama baik dengan tentera serta Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata selepas revolusi (menumbangkan Mubarak) demi kepentingan Mesir.

-Yang sebenarnya, pimpinan tentera dan Kementerian Dalam Negeri mengkhianati Mursi dan mereka langsung tidak memberikan kerjasama baik kepada beliau sejak hari pertama Mursi memerintah.

-Zionis Israel dan Amerika tidak akan menerima seseorang yang memerintah Mesir dari aliran Islam, menjaga solat, berpuasa dan memerintah manusia dengan adil.

-AsSisi merancang untuk menguasai Mesir akan tetapi tidak sah dan zalim kerana dia dipilih bukan melalui proses demokrasi.

-Sesiapa yang dibunuh dalam demonstrasi aman maka dia syahid tanpa syak. Yang berdosa ialah mereka yang melepaskan tembakan.

-Berhadapan dengan AsSisi dan kudeta sekarang kewajipan setiap rakyat untuk mereka keluar berkata kepada si zalim ini “Tidak!”. Sesiapa yang membunuh mereka yang menyertai demonstrasi aman maka dia adalah zalim.

Sumber: Halaman rasmi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

Sumber : http://temanteras.wordpress.com/page/5/

Doha 9hb Disember 2013

Pengerusi SHURA Ust Abdul Ghani Samsuddin dan Presiden MAPIM Cikgu Azmi , pada hari ini dapat bertemu dengan Syeikh Yusuf Qardhawi di pejabat Ittihad ‘Alami Ulama Muslimin (IUMS – International Union for Muslim Scholars) . Turut bersama adalah beberapa ulama dari beberapa negara lain. Pertemuan juga dapat diadakan dengan Setiausaha Agong ittihad tersebut  Dr Ali Qaradhawi.

Pertemuan tersebut adalah majlis Al Bayan ( Press Conference )  IUMS  yang telah membentang resolusi Ijtimah ke 5 IUMS yang menyentuh isu umat Islam di pelbagai negara termasuk Palestin, Syria, Mesir, Tunisia, Libya, Yemen, Lubnan, Sudan, Somali, Gibuoti, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Pakistan, India, Iran, Bangladesh, Mali, Kosovo, India, China, Myanmar, Angola, Thailand, Sri Langka.

Dalam pertemuan itu, Syeikh Yusuf Qardhawi itu menyatakan keperluan umat Islam perlu mengambil perhatian kepada semua isu yang melanda umat Islam di seluruh dunia. Beliau memberi ingatan bahawa perjuangan ini hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata dan tidak yang lain.

Ulamak (1) Ulamak (2) Ulamak (3)

KISAH SYRIA 4

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100

Pihak berkuasa Israel mengambil kesempatan tumpuan dunia dan umat Islam terhadap isu Syria dengan melakukan serangan ke atas penduduk Gaza selama 4 hari berturut-turut. Serangan ganas tentera Yahudi itu bermula Jumaat lalu dan hingga Isnin 12 Mac 2012 lalu, angka kematian rakyat Gaza mencecah 23 kematian dan 82 kecederaan. Menurut sumber, daripada 23 kematian tersebut, tiga daripada mereka merupakan kanak-kanak.

Tentera Zionis kembali mengganas terhadap rakyat Gaza yang bertujuan mengenakan tekanan kepada kerajaan HAMAS di Gaza dan menghukum penduduk Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan mereka dalam pilihanraya sebelum ini. Kita ingin katakan kepada Palestin dan rakyat Gaza, “Sekalipun kami tertumpu kepada Syria, kami tidak sama sekali melupakan kalian! Kami tidak akan lupakan kiblat pertama kami iaitu Masjidil Aqsa!”

13 Mac 2012, Dar’a : Selain membunuh dan menyembelih ribuan rakyat Syria, rejim Bashar juga membakar al-Quran kitab suci umat Islam. Laknat Allah ke atas mu wahai Bashar!

13 Mac 2012, Idlib : Sehingga hari ini, wilayah Idlib sudah masuk hari yang ketiga diserang secara berterusan tanpa henti oleh rejim Bashar. Ramai dalam kalangan mereka dibunuh dan disembelih, majoriti yang syahid adalah kanak-kanak.

Angka kematian rakyat Syria dalam tempoh 363 hari sehingga 11 Mac 2012 lalu seramai 10,709 manakala wilayah Homs adalah tertinggi (4,488 orang), diikuti Idlib (1,752), Dar’a (1,188), Hama (1,113) dan diikuti wilayah-wilayah lain.

Bayangkan sebuah keluarga dibunuh kesemua, tidak terselamat walau seorang diri.Demikian pendedahan oleh Jaringan Hak Asasi Manusia Syria bahawa terdapat 271 kes pembunuhan rakyat yang kebanyakan mereka dari beberapa buah keluarga besar. Sumber tersebut melaporkan, pihak tentera menyerbu masuk ke rumah-rumah lalu menyembelih mereka menggunakan pisau, melepaskan tembakan atau menghalang mereka di saat mereka cuba melarikan diri dari tempat serangan. Nyawa mereka juga tidak akan selamat jika diketahui bahawa mereka adalah keluarga kepada aktivis revolusi atau pernah membantu “Tentera Bebas” yang berpaling tadah dari rejim Syria.

Jaringan tersebut mendedahkan terdapat 27 buah keluarga besar yang dibunuh, 23 daripadanya dalam operasi terakhir di wilayah Homs iaitu keluarga Darwish, Muhaini,Az-Zamil,At-Turkawi,Al Ghontowi,Bahlaq, Atfah, Mandou, Syabat, Hamsah, Az-Za’bi,Tohhan,El-Jauri,Ar-Rifaii,Al-Uwaikan,Subbuh,Jansis,Al-Dhohir,Al-Souf, El-Bairaini dan 3 buah keluarga dari Al-We’r. Sementara 25 kes lagi pembunuhan di beberapa lokasi lain termasuk terdapat nama 34 orang kanak-kanak dari keluarga tersebut yang turut menjadi mangsa.

Bagai jatuh ditimpa tangga: Bandar Idlib pada 14 Mac 2012: Seorang kanak-kanak cedera, ibunya turut cederama nakala ayahnya terkorban dan salah seorang saudaranya hilang di bawah runtuhan. Ya Allah, mereka tiada apa-apa lagi selainMu wahai Allah! Peliharalah mereka ya Allah!

Tarikh 15 Mac 2012, genap setahun revolusi yang digerakkan oleh rakyat untuk menjatuhkan pemerintah berkuku besi rejim Bashar.  Walaupun beribu-ribu nyawa telah melayang, namun mereka masih lagi teguh dan tetap dengan tuntutan mereka agar rejim Bashar digulingkan. Sekarang mereka sudah tidak mengharapkan sesiapa melainkan nusrah (bantuan) daripada Allah. Gambar menunjukkan rakyat Syria yang berada di Jordan memperingati tarikh genap setahun kebangkitan rakyat di Syria yang masih tidak berkesudahan. Wahai umat Islam yang masih leka, bangunlah kalian daripada lena!

Homs, Jumaat, 16 Mac 2012 : Rakyat Syria yang masih teguh bertahan walaupun mereka diasak dengan pelbagai kezaliman daripada Regim Bashar. Sungguh, mereka lah pejuang yang sejati

Membunuh Basyar Fardhu ‘Ain bagi Setiap Muslim dan Pembunuhnya Dibalas Syurga-Sofwat Hijazi

Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, “Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa.” Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga,” katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama’ Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).

Kata beliau lagi, “Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya.”  Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama’ dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa “membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini”.

Sementara itu seorang lagi ulama’ terkenal dari Mesir Dr.Jamal Abdul Sattar yang merupakan Penyelaras bagi Kesatuan Pendakwah Mesir berpendapat bahawa “Jenayah Basyar yang membunuh puluhan ribu rakyatnya tanpa membezakan antara lelaki atau orang tua atau kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam di Palestin. Jelas Abdul Sattar lagi, tidak perlu menghormati orang yang zalim walaupun dia mendakwa dirinya masih Islam.

(Admin) Jika ini fatwa ulama’ dunia, bagaimana terdapat pandangan songsang diberikan oleh Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia yang jelas bertentangan dengan fatwa ulama’ di seluruh dunia? Adakah Tan Sri mahu membela kezaliman? Awas Tan Sri! Kelak Tan Sri akan disambar oleh api neraka!

Qardhawi Seru Umat Islam dan Arab Menentang Iran dan Hizbullah

Presiden Kesatuan Ulama’ Islam SeDunia, Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi membidas dua pihak yang bersekongkol dengan rejim Syria iaitu Iran dan Hizbullah. Lebih mengejutkan, beliau sendiri tidak lagi memanggil Hizbullah tetapi “Hizbul Lata” sambil meminta seluruh umat Islam berkumpul dalam ‘parit yang satu’ bagi menentang dua sekutu Syria ini. Seruan beliau ini dinyatakan dalam ucapan menyokong Revolusi Syria yang diadakan di Kesatuan Wartawan Mesir. Jelas beliau, “Kewajipan bagi semua untuk menentang Iran dan Hizbu Lata (Hizbullah), seluruh negara Arab perlu bersatu menentang kedua-duanya.”

Kepada rakyat Syria, ini ucapan beliau:  “Kalian bukan keseorangan tetapi Mesir bersama Syria, Libya bersama Syria, Tunisia bersama Syria, Morocco dan Jordan serta seluruh orang yang mulia dan merdeka di dunia ini bersama Syria. Wahai rakyat Syria, berjalanlah kalian di jalan kamu, berpeganglah dengan kebenaran kamu. Saya berpesan kepada kalian agar jangan sesekali berpecah-belah, jadilah tangan yang satu.”

***

“Rejim Syria akan jatuh.. jatuh dan saya akan berkhutbah di Damsyik terdekat ini”-Dr.Qardhawi

Presiden Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Qardhawi masih tegas berpendirian bahawa rejim Syria “jatuh..jatuh” adalah sesuatu yang tidak mustahil bahkan negara yang menyokongnya seperti Iran dan kumpulan Hizbullah di Lubnan kedua-duanya akan tersungkur bersama-sama sekutu mereka itu.

Beliau yang berucap di Kesatuan Wartawan Mesir mengharapkan akan dapat menyampaikan khutbah Jumaat dalam bandar Damsyik dalam salah satu masjid dalamnya sepertimana beliau telah menyampaikan khutbah di dataran Tahrir, Mesir bagi meraikan kejatuhan Mubarak kira-kira seminggu selepas “Firaun Moden” itu digulingkan dalam kebangkitan rakyat 25 Januari.

Sumber Ikhwan Muslimin Mesir: Ribuan umat Islam menyertai solat Subuh berjemaah yang dilancarkan oleh kumpulan Islam dengan nama “Jutaan Subuh” bagi menyokong umat Islam di Palestin dan Syria yang diadakan serentak di seluruh masjid di Mesir pada Subuh pagi Jumaat, 16 Mac semalam. Di ibu negara Kaherah, lebih 6,000 umat Islam berhimpun di Masjid Nour di Abasiya hingga sebahagian mereka terpaksa menunaikan solat Subuh di atas jalan raya yang diimamkan oleh Dr.Khaled Abou Syadie dengan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. Selepas solat, mereka melaungkan “Dengan jiwa dan darah kami, menjadi tebusan buatmu Palestin”.

Di Masjid Amru Al-As, sekitar 2,000 umat Islam membanjiri masjid tertua di Mesir itu dengan diimami oleh Syeikh Mohamed Gibril. Solat Subuh turut dilakukan di dataran Tahrir yang menjadi pusat perhimpunan rakyat dalam menumbangkan rejim Mubarak lebih setahun lalu. Dengan suhu di Kaherah sekitar 8 hingga 10 darjah celcius, kira-kira 3,000 umat Islam berkumpul di awal pagi dengan mengibarkan bendera Palestin dan Syria sebelum menunaikan solat di jalan-jalan raya di dataran tersebut.

Kempen tersebut turut mendapat sambutan di luar Kaherah. Di wilayah Daqahliya ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid El-Salab dan Masjid An-Nasr.Di Masjid Gam’iya Syar’iya di bandar Mansoura, kuliah Subuh disampaikan oleh Syeikh ‘Amir El-Gazzar, salah seorang pemimpin Ikhwan Muslimin. Beliau berkata, perubahan politik di Syria bermakna saat kejatuhan Israel semakin hampir. Di bandar Ismaeliyya, ribuan umat Islam menunaikan solat di Masjid Abu Bakar As-Siddiq.

Kempen “Jutaan Solat Subuh” ini dilancarkan oleh kumpulan aktivis Islam bagi menunjukkan sokongan kepada saudara seIslam di Syria dan Palestin. Ia sebagai menyahut cabaran para pemimpin Yahudi sebelum ini yang berkata, “Israel hanya dapat dikalahkan jika bilangan solat Subuh umat Islam sama bilangan pada solat Jumaat”.

Al-Quran dibakar, wanita dirogol, kanak-kanak dibunuh, lelaki disembelih, masjid-masjid dibom, rumah diroboh dan pelbagai lagi kezaliman yang dilakukan oleh rejim Bashar kepada Sunni di Syria. Kenapa masih ada lagi yang buta terhadap semua ini?

Lagi bukti pembabitan Hizbullah: Tentera rejim Syria dan kumpulan Hizbullah Syiah Lubnan mengibarkan bendera kuning Hizbullah di atas runtuhan bangunan di wilayah Homs.  Saksikan video yang dirakamkan pada 17 Mac 2012 iaitu Sabtu lepas setelah tentera rejim berjaya memasuki beberapa penempatan di wilayah Homs. Jumaat lalu ulama’ Islam terkenal Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi tidak memanggil Hizbullah tetapi “Hizbu Latta”.  Hentikan memuja Hizbullah dan Hasan Nasrallah!

Ulama’ yang benar-benar ikhlas dalam menegakkan agama Allah dapat dilihat keikhlasannya. Sekalipun memiliki sijil yang tinggi, tetapi tidak boleh dibeli atau digula-gulakan oleh pemerintah. Mereka sedikitpun tidak takut kepada ugutan demi menyatakan kebenaran dan sentiasa menegur serta menasihati pemerintah seperti yang dilakukan oleh Imam Ahmed bin Hanbal, Izzudin ‘Abdessalam dan Ibnu Taimiyah.

Salah seorang dari mereka kini yang tidak diketahui nasibnya ialah Syeikh Mehmoud ‘Elauddin Madani, imam dan khatib Masjid Uwais El-Qarni. Dilahirkan pada 22 Februari 1974. Memperolehi sijil Sanawiyah pada 1991 hingga mengembara ke Universiti Al-Azhar, Mesir bagi menuntut ilmu hingga memperoleh sijil tertinggi.  Syeikh Madani ditangkap oleh Pasukan Cawangan Khas Negara di Damsyik dalam tempoh 60 hari sebelum dibebaskan. Pada 2 Februari 2012 lalu, beliau sekali lagi ditangkap kerana bersama-sama kebangkitan rakyat dan masih belum dibebaskan hingga sekarang.

Dari halaman Ketua Kesatuan Ulama’ Syria, Prof. Dr.Ali As-Sobuni: Mohon semua agar mendoakan kesihatan yang berpanjangan buat beliau kerana beliau kini berada dalam keuzuran. Dr. Ali As-Sobuni merupakan salah seorang agamawan yang sanggup ke hadapan dalam menentang rejim Basyar. Beliau dilahirkan pada tahun 1930 di bandar Halab. Beliau pernah menjejakkan kaki ke Universiti Al-Azhar dan pulang menyampaikan amanah ilmu ke kampung halaman. Beliau kemudian berhijrah ke negara Saudi dan menjadi tenaga pengajar di Universiti Ummul Qura di Mekah.

Menceburi dalam bidang penulisan dengan menghasilkan banyak kitab-kitab yang tersebar di seluruh dunia hari ini. Usia yang telah menjangkau 82 tahun bukanlah penghalang kepada beliau bagi membakar semangat rakyat untuk menjatuhkan pemerintah yang zalim. Sekalipun dilabel sebagai “penghasut rakyat bagi menentang kerajaan” tetapi beliau memahami itu hanya fitnah daripada mereka yang tidak memahami sabda Rasulullah s.a.w “Jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.”

Lebih 400 kanak-kanak Syria yang menjadi pelarian di sempadan Jordan terpaksa menerima rawatan akibat tekanan jiwa yang dihadapi. Trauma ini berlaku kerana sepanjang berada dalam kepungan tentera rejim Basyar, kanak-kanak ini terdedah kepada bunyi ledakan bom dan tembakan senjata api setiap hari. Bunyi letupan bom dan jeritan keluarga mereka masih membelenggu diri sekalipun mereka telah berpindah keluar dari kampung halaman. Terdapat dikalangan mereka yang melihat sendiri keluarga mereka dibunuh.  Lebih malang, mereka melihat sendiri ayah,ibu serta saudara mereka diikat kedua-dua tangan lalu dibaringkan sebelum disembelih menggunakan pisau oleh tali barut tentera rejim Syria.

Sedutan ucapan pembantu kanan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi yang menerangkan secara jelas bagaimana REVOLUSI DI SYRIA tercetus. (Sari kata Bahasa Melayu).

Ketua Persatuan Ulama’ Sunni di Iraq, Dr. Haris Suleiman Ad-Dhori:  Sepanjang tahun 2003 hingga 2006, lebih 100,000 penganut Islam Sunni di negara Iraq dibunuh oleh militia Syiah yang diketuai oleh pelampau Syiah Moqtada As-Sodr.  Beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia turut mengingatkan seluruh umat Islam pembunuhan masyarakat Sunni yang berterusan dan serangan terhadap masjid-masjid milik Sunni menyaksikan penguasaan sepenuhnya Syiah ke atas Iraq selepas diserang oleh tentera Amerika dan sekutunya pada tahun 2003.

Di zaman pemerintahan Saddam Husein (beliau seorang Sunni tetapi berfahaman sekular), para penganut Syiah dilayan sebagai “golongan kelas kedua”. Serangan tentera Amerika dan sekutunya pada tahun 2003 yang menyaksikan Saddam digulingkan telah membawa sinar dan harapan baru kepada penduduk Syiah yang menjadikan tanah Karbala dan Najaf sebagai tanah suci mereka. Tidak hairan ketika serangan Amerika dan sekutunya, penganut Syiah telah memberikan kerjasama penuh kepada musuh Islam tersebut demi menjatuhkan rejim Saddam.

Ngeri : Seorang kanak-kanak di wilayah Homs terpaksa tinggal bersama-sama saki baki keratan anggota badan keluarganya yang dibunuh!

Sumber : http://kesederhanaanislam.blogspot.com/

Penulis : Dr Yusuf al-Qaradhawi

Penterjemah : Mohd Lukman Said

Harga : RM20.00 (Malaysia) LE40.00 (Mesir)

TIGA SEBAB KENAPA NASKHAH EBOOK INI PATUT DIMILIKI

Pertama : Ini merupakan jawapan bagi isu yang sedang hangat di Asia Tenggara iaitu Wasatiyyah.

Kedua : Naskhah ini akan ke rumah anda, tanpa anda perlu ke kedai buku. (Naskhah hanya dalam bentuk ebook)

Ketiga : Syeikh Dr. Al—Qaradhawi mededahkan 30 teknik, maknanya dengan harga RM20 (Anda hanya membayar 20 teknik dan 10 teknik adalah percuma)

Bayaran boleh dilalukan melalui :

1. Bayaran terus ke akaun yang tertera di bawah :

Nama : Mohd. Lukman Bin Said

Nama Bank : Hsbc Malaysia

No akaun :392-681102-025

Atau

Nama : Siti Hadibah Binti Abdul Hajar

Nama Bank :Maybank

No akaun :152022039441

Sila emel bukti pembayaran kepada :molusa79@yahoo.com

2. Bayaran tunai kepada:

(Bagi yang berada di MESIR)

Nama : Pg. Mohd Hanif Bin Ag. Omar, Nombor Telefon : +2014-1047872

(Bagi yang berada di MALAYSIA)

Nama : Siti Hadibah Binti Abdul Hajar, Nombor Telefon : +6019-5520244 / +6017-5123870

Setelah pengesahan pembayaran diterima,naskhah ebook akan dihantar dalam tempoh selewat-lewatnya 48 jam insyaAllah.

SYRIA BUMI KITA

Antara menarik dalam video :
1. Penjelasan Dr. Yusof al-Qaradhawi ttg situasi Syria
2. Suasana di Baba Omar, Syria pada 14 Febuari – Rakaman LIVE oleh penduduk Syria
3. Rakaman tentera Asad yang memaksa rakyat mengucapkan : “Tiada Tuhan Melainkan Bashar Asad”
4. Rakaman Janji Setia pemuda-pemuda Syria untuk berjuang.
5. Antara Tentera bersama rakyat

****************

Dewan Ulamak : Qunut Nazilah untuk Penyembelihan Rakyat Syria

Kuala Lumpur, 18hb Febuari 2012.Dewan Ulama Pas Pusat menyokong penuh resolusi mengecam pelanggaran hak asasi manusia di Syria dan menggesa agar Presiden Bashar al-Assad meletakkan jawatan yang dikemukakan oleh Mesir kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan disokong oleh 137 negara. Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika mengulas tentang perkembangan terkini yangberlaku di Syria yang menyaksikan penyembelihan rakyat yang tidak berdosa oleh Rejim Basyar.

Justeru itu menurut beliau, Dewan Ulama Pas Pusat menggesa umat Islam melakukan Qunut Nazilah dalam solat- solat mereka mendoakan kemenangan bagi pejuang Islam di Syria yang berjuang menentang kezaliman serta berdoa agar Allah Taala menurunkan hukuman selayaknya di dunia terhadap pemerintah yang zalim. Ujar beliau lagi,kezaliman Bashar Asad yang telah mencapai kemuncaknya sejak 8 bulan yang lalu menyaksikan pembunuhan ribuan rakyat yang tidak bersenjata.

Menurut laporan AlArabiya.net, serangan tentera Syria yang telah masuk ke hari ke 13 menggunakan peluru berpandu dan kereta kebal terhadap rakyatnya di bandar Hims telah membunuh 678 orang Islam termasuk kanak- kanak di samping menghancurkan sepenuhnya puluhan bangunan. Satu laporan menjelaskan sejak kebangkitan di bandar Hims pada bulan Mac 2011 seramai 3370 penduduk Hims telah dibunuh. Jumlah yang terbunuh dicampur dengan bandar- bandar lain sehingga kini melebihi 8380 orang.

KISAH SYRIA

Sumber : http://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/

Apa yang perlu kita tahu berkenaan isu yang berlaku di Syria, antaranya ialah :

1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.

2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khamainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.

3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim? 

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.

4. Apa pula hubungan Rejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel terhadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

(Nota : Maklumat ini diambil daripada penceritaan sendiri oleh rakyat Syria yang diperolehi oleh seorang rakyat Malaysia yang ke Syria baru-baru ini)

Seorang pemuda, Abdul Manan As-Syaqhabi memandikan jenazah rakannya yang terkorban di Bab Hud. Lima hari kemudian, As-Syaqhabi pula menemui ajal di muncung senapang tentera rejim Basyar.

Kering air mata untuk ditangisi, tiada kalimah yg mampu dituturkan, hanya sekeping kertas dan pena menulis “Wahai orang-orang mulia di dunia; jika kalian tidak dapat membantu kami, maka kasihanilah kami..”

Ratusan aktivis kemanusiaan bersama rakyat Syria di Mesir telah mengadakan himpunan aman membantah kekejaman rejim Basyar di Syria. Bantahan yang diadakan di hadapan Perpustakaan Besar Iskandariah itu turut mendesak Basyar mengikut jejak langkah dua rakannya dari Tunisia dan Mesir atau bersedia dengan apa yang berlaku kepada pemimpin Libya,Ghadaffi.

Setelah berjaya menyembelih lebih 250 orang penduduk Sunni Homs dlm tempoh satu hari pada Hari Ulangtahun Maulidur Rasul, tentera dan anjing-anjing Basyar Al-Asad -laknatullahi ‘alaih- meneruskan menggempur bandar Homs hari ini dengan puluhan lagi menemui syahid. Para penduduk menguruskan jenazah mereka yang gugur. Hasbunallahu wani’mal wakil.

Kekejaman tentera Basyar tidak mengenal peringkat usia. Kanak-kanak turut menjadi mangsa. Lihatlah dengan mata hati wahai sesiapa yang masih mempunyai sifat perikemanusiaan. Bayangkan jika ia berlaku kepada adik-adik kita yang masih belum mengenali dunia ini.

Tahukah anda bilangan kematian akibat rejim Syria sepanjang 329 hari hingga 6 Februari 2012? Ia direkodkan seramai 7,904 orang di seluruh Syria. Wilayah paling tinggi angka korban setakat ini ialah Homs dan diikuti Idlib. Tentera Syria ketika ini masih berkampung dan menggempur wilayah Homs. Berikut dipecahkan bilangan kematian mengikut wilayah:

Homs (3,186 orang)
Idlib (1,222 orang)
Dar’a, wilayah pencetus revolusi (993 orang)
Hamah (849 orang)
Pinggir Damsyik (735 orang)
Dir Zur (330 orang)
Tortus (223 orang)
Damsyik, ibu negara (188 orang)
Halab (80 orang)
Al-Laziqiyah (56 orang)
El-Haskah (20 orang)
Ar-Riqqah (13 orang)
Suwaida’ (5 orang)
El-Qanaitarah (3 orang)

Kanak-kanak kecil ini tidak sepatutnya menjadi korban kepada kezaliman rejim Basyar jika mereka mempunyai sifat perikemanusiaan.. Tetapi Marwah ‘Adil Bahar tiada pilihan lain kecuali mati mulia dengan pisau sembelihan tentera Basyar. Hasbunallahu wani’mal wakil.

Syeikh Dr.Yusuf Qardhawi berucap di Doha, Qatar berkaitan Syria~”Saya bersumpah dengan nama ALLAH Yang Maha Agung bahawa pertolongan semakin hampir, kemenangan semakin dekat, bahawa kita bakal meraikan kemenangan kita di Syria dan menyeru kepada tentera (Syria) agar berada bersama-sama rakyat.”

Lagi 30 mayat ditemui dalam pembunuhan beramai-ramai. Antara mereka ialah tentera Syria yang berpaling tadah. Nama-nama mereka sepertt yang disiar.

Munajat dan doa seorang ibu kpd ALLAH utk Basyar dan adiknya Maheer Asad..Perkenanlah doanya ya ALLAH!

Lihat bagaimana kesungguhan lelaki tua ini yg mahu menceritakan kesusahan dan penderitaaannya dan penduduk Idlib, Syria kpd wakil Liga Arab.. tapi malangnya wakil Liga Arab tak mahu melayannya. Agaknya jika kita smua sudi mendengar rintihan lelaki ini, mungkin satu kepuasan baginya sekalipun kita akan berkata di akhirnya “Maafkan kami pakcik, kami tidak dapat melakukan apa2 “..Dia pasti tersenyum kerana baginya cukuplah jika kita dan dunia mengetahui isi hatinya..

Lagi doa seorg ibu yang kematian anaknya, Tamir El-Juwer..Tamir telah ditangkap oleh rejim Basyar lebih 2 bulan dan mayatnya telah disimpan dalam peti sejuk lebih sebulan sebelum diserah kepada keluarganya.. Hasbunallahu wa ni’mal wakil.

Doa Syeikh Dr. Ihsan Badarani, ulamak Syria di khemah tentera-tentera Syria yang melarikan diri. Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada tentera-tentera Syria yang bebas ini bagi membebaskan tanahair mereka.

Kedutaan Syria di Kaherah diserang membantah kekejaman rejim Syria

Video ini dirakamkan oleh seorang rakyat Syria yang menunjukkan Bandar Homs yang merupakan sebuah bandar di barat Syria. Beratus-ratus kematian telah dicatatkan sejak semalam. Mengikut maklumat yang diterima, pertempuran ini adalah diantara Rejim Asad dan juga Batalion tentera Syria yang bersama-sama rakyat Syria berjuang menentang kezaliman rejim Asad.

Laporan Al-Jazeera berkaitan wilayah HOMS.

Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut (Kami pernah poskan gambar beliau sebelum ini). Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.

%d bloggers like this: