Tag Archive: YADIM Sabah


Tarikh : 24 Ogos 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu

Program kemuncak sempena Karnival Hijrah anjuran bersama TV al-Hijrah, YADIM Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah ini benar-benar melonjakkan kehadiran masyarakat yang membanjiri perkarangan Masjid Negeri Sabah. Sekalipun ada siaran langsung di tv, kehadiran di lokasi juga sangat memberansangkan.

Selain zikir-zikir dan solawat yang dikumandangkan, saya gembira dan suka mendengar kalam-kalam taujihad yang disampaikan oleh Habib Zainal Abidin yang cukup bertenaga. Kata-katanya seperti air yang mengalir laju, tiada henti dan tanpa sekatan. Semoga program ini menambah cinta kita kepada Rasulillah SAW.

Sollu ‘alan Nabiy..

YaHanana (1) YaHanana (2) YaHanana (3) YaHanana (4) YaHanana (5)

Sumber : http://www.islam.gov.my/

Pada 2 hingga 4 November 2013, Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama JHEAINS Daerah Kecil Tamparuli telah mengadakan Ijtimak Penggerak Dakwah Jakim Cawangan Sabah 2013 dan Program Mesra Desa di Kampung Kiwoi, Tamparuli.

Program ini telah mengumpulkan semua Penggerak Dakwah Jakim Cawangan Sabah di lapangan agar mereka dapat menyelami kehidupan masyarakat kampung dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat kepada masyarakat serta mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ustaz Halim bin Ahmad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Turut hadir ialah Y.Bhg. Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM Zon Sabah, Y.Bhg. Ustaz Sufian bin Kundu, Pegawai Perhubungan JHEAINS Daerah Kecil Tamparuli dan Pimpinan Kampung Kiwoi.

Antara pengisian yang dijalankan ialah tayangan video, sukaneka, halaqah, pertandingan ilmiah seperti klinik al-Fatihah, azan, melukis, mewarna, mini forum dan tazkirah. Majlis penyerahan sumbangan berupa keperluan dapur turut diaksanakan kepada masyarakat kampung yang memerlukan.

kiwoi1 kiwoi2 kiwoi3 kiwoi4

Malam berkenaan, saya menangguhkan kuliah mingguan di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral kerana ingin bersama-sama dalam Majlis Dakwah Bersama Ulama’ di Masjid Negeri Sabah bersama al-Habib Idrus bin Salim al-Jufri, pimpinan majlis ta’lim dan zikir al-khairat Jakarta dan pemimpin Pasantren Pemuda al-Khairat, Palu Sulawesi Indonesia.

Majlis bersama al-Habib Idrus keseluruhannya malam khamis lepas di Masjid Negeri Sabah menjurus kepada mencintai Rasulullah SAW. Beliau menjelaskan dalil dalil dan saranan yang mewajibkan kita mencintai Rasulullah SAW. Kata al-Habib memberi contoh tentang perintah bersolawat, Allah SWT sendiri dan para malaikat bersolawat kepada Rasulullah SAW, berbeza dengan perintah sujud hormat kepada Adam yang hanya diperintahkan kepada para malaikat.

Terdahulu, majlis yang bermula selepas solat maghrib itu dimulakan dengan bacaan qasidah dan maulid bersama kira-kira 400 jamaah yang hadir. Majlis berkenaan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Bugis Sabah dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Majlis yang sama juga diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (8 Mac) dan Masjid Pekan Ranau (9 Mac).

%d bloggers like this: