Tag Archive: Utusan Malaysia


MASIH RELEVANKAH UTUSAN

 

 

MACAM ADA APA-APA

Nota : Cuba baca urutan berita ini satu demi satu. Setelah berita yang ketiga, para pembaca boleh membuat kesimpulan mudah terhadap isu yang berlaku di Malaysia akhir-akhir ini.

Berita 1 : (7 Mei 2011 @ Utusan Malaysia)

PULAU PINANG 6 Mei – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk ‘Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com. Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk ‘melayan’ iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

“Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, ‘bigdog’ (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Berita 2 : (9 Mei 2011 @ Berita Harian)

JAKARTA: Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada kerajaan menyiasat secara terperinci dakwaan usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara. Ibaratkan percubaan memperbesarkan perkara itu sebagai api dalam sekam yang boleh mencetuskan polarisasi serius di kalangan rakyat, Perdana Menteri berkata, agama isu sensitif yang perlu dijaga sebagai kunci keamanan.

“Kita tidak boleh buat terburu-buru. Saya tidak mahu melatah dalam mengulas isu ini dan beri kita peluang menyiasat dengan terperinci. Paling penting, saya ingin ingatkan jangan perbesar isu ini kerana ia boleh menjadi api dalam sekam. Saya minta semua pihak bertenang hingga kita mendapat penjelasan perkara sebenar. Tindakan menggembar-gemburkan cerita ini tidak memanfaatkan sesiapa, tidak kira pembangkang atau penyokong kerajaan. Isu ini tidak boleh, malah tidak seharusnya dieksploitasi,” katanya kepada media Malaysia pada akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-18, di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), di sini semalam.

Najib menegaskan, Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam agama rasmi, manakala agama lain bebas dianuti dan prinsip asas pembentukan Malaysia itu tidak boleh dipersoalkan.

Berita 3 : (11 Mei 2011 @ Ulasan berita dari Free Malaysia Today)

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam. Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Kemaskini

Berita 4 : (11 Mei @ Malaysiakini)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pertubuhan Kristian esok berhubung dakwaan ‘konspirasi Kristian’ seperti yang dipaparkan pada tajuk utama Utusan Malaysia Sabtu lalu. Setiausaha Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) Rev Hermen Shastri memberitahu akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa mesyuarat itu adalah usaha Pejabat Perdana Menteri yang mahu mencari penyelesaian berhubung kekalutan isu berkenaan.

Sambil berkata, mesyuarat itu akan diadakan secara tertutup Hermen enggan mendedahkan tempat dan masa ia akan diadakan. Selain itu, katanya hanya ahli CCM tertentu yang dijemput menghadirinya sdambil mengesahkan bahawa beliau sendiri tidak dijemput menghadiri pertemuan itu. Namun menurut Herman, Pejabat Perdana Menteri sepatutnya juga berjumpa dengan editor Utusan untuk mengetahui mengapa mereka menimbulkan isu berkenaan terlebih dahulu. Beliau juga membidas akhbar milik Umno itu kerana membuat laporan ‘palsu’ itu dan bermain dengan ‘api’.

Berita 5 : (12 Mei 2011 @ Malaysiakini)

Datuk Seri Najib Razak berkata kumpulan pemimpin Kristian telah memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri berkata kumpulan pemimpin itu juga memberi pengakuan untuk bekerjasama memupuk keamanan dan keharmonian terutama antara agama supaya Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman dan sejahtera.

“Sukacita saya maklumkan bahawa pemimpin-pemimpin Kristian telah memberi dua pengakuan yang sangat penting dan bermakna (hari ini),” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari bersama pemimpin Kristian di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Antara yang hadir ialah dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala serta Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Biskop Ng Moon Hing. Dalam pertemuan itu juga, Najib memberi jaminan kepada kumpulan pemimpin berkenaan bahawa kerajaan memerlukan masa untuk meneliti beberapa pandangan dan permasalahan yang mereka hadapi.

“Bukanlah menjadi tujuan kedua-dua pihak sama ada kerajaan ataupun kumpulan pemimpin Kristian untuk kita mengetengahkan secara terbuka perkara-perkara tersebut sehingga dapat diselesaikan dengan baik.”

***

Mereka merancang dengan mencipta isu, kemudian pihak Kristian melenting, kemudian adakan pertemuan dengan pemimpin agama Kristian, buat kenyataan bahawa Kristian bla bla bla… Akhirnya, DSNR dianggap sebagai hero dan penyelamat.

PAYUNG BIRU

Gambar 1 (Utusan Malaysia)

Payung Biru1

Lelaki warga emas berusia 70-an dibawa oleh dua anggota polis selepas beliau didakwa menikam isterinya, Zabedah Ali, 73, di perut sehingga menyebabkan kematian wanita itu (mayatnya ditutup dengan kain di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar, semalam. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

Sumber asal di sini.

Gambar 2 (Berita Harian)

AHMAD / KES BUNUH / ALOR SETAR

POLIS menahan warga emas yang disyaki menikam pasangannya (di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, semalam.

Sumber asal di sini.

Gambar 3 (The Star)

Payung Biru3

In custody: Policemen taking the murder suspect away from the crime scene yesterday

Sumber asal di sini

%d bloggers like this: