Tag Archive: Undang-Undang Syariah


KEAMANAN

Sepanjang berada di sini, saya memerhatikan beberapa bukti keamanan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

1) Ketika menukar wang USD/RM kepada Riyal, saya perhatikan sekeliling premis pengurup wang. Tiada pengawal keselamatan, tiada sekuriti dengan senapang M16. Bahkan wang kertas matawang seluruh dunia bernilai jutaan bertaburan di atas lantai tanpa diusik melainkan oleh dua pekerja.

2) Ketika pulang dari berziarah, saya nampak satu mesin ATM di tepi jalanraya. Tiada pengawal di dekatnya, atau sebarang penjaga yang berhampiran seperti di tempat kita.

3) Kunci bilik hotel hanya diletak di atas meja kaunter. Dalam banyak keadaan biasanya kaunter berkenaan tidak ada sesiapa pegawai mereka yang menjaga. Demikian keadaan kunci berkenaan ditinggalkan sehingga pulang kembali dari luar. Tidak hilang dan tidak diusik.

Di tempat kita, bank dan seumpamanya dilengkapi dengan CCTV dan sekuriti bersenjatakan M16. Itupun masih terdapat rompakan jutaan ringgit.

Di tempat kita, ATM bank 24 jam biasanya ada kawalan keselamatan sama ada dengan pengawal atau CCTV. Setidaknya, ia diletakkan dekat dengan kawasan ramai. Kedapatan pengawal sendiri berpakat dengan perompak melarikan mesin ATM.

Di tempat kita, jangankan hotel, pusat membeli belah dan sebagainya, PA System dan tabung masjid pun dicurinya.

Keamanan di tanah suci dijanjikan oleh Allah SWT. Dua Tanah Suci adalah bumi terlaksananya undang-undang Jinayat Islam. Pelaksanaan undang-undang Islam disukai oleh orang beriman dan digeruni oleh penjenayah.

Allah SWT menimbulkan perasaan gerun dan takut di dalam hati mereka kerana hukuman itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang Allah SWT bukan undang-undang manusia.

Di bumi yang tidak melaksanakan perundangan Islam, buatlah peraturan sehebat mana, denda sebanyak mana, penjara selama mana, gantung berulang kali pun, itu semua tidak digeruni penjenayah kalau tidak berteraskan undang-undang dan semangat Islam.

IMG_9859

Pada selasa, 13 oktober saya berkesempatan hadir wacana berkenaan isu-isu syariah di Bilik Madani Wisma MUIS yang dianjurkan oleh Bahagian Pendakwaan JHEAINS.

Sesi pertama disampaikan oleh Tuan Hj Zainul Rijal Abu Bakar, AJK Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Kebangsaan.

Sebahagian isi ceramah beliau yang bertajuk Isu Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah berlegar tentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno termasuk bantahan Sister In Islam (SIS) terhadap hukuman itu.

Hj Zainul juga menyatakan keperluan umat Islam kembali kepada undang-undang Islam yang sebenar agar keamanan dan ketenteraman itu benar-benar berlaku di tanahair kita. Beliau memetik Undang-Undang 99 Perak :

“Jika didirikan hukum Quran dengan undang-undang di dalam sebuah negeri nescaya amanlah isi negeri itu. Maka barang siapa tiada mengikut hukum seperti yang tersebut di dalam undang-undang, maka orang itu duduk di luar negeri, diam dalam hutan. Maka amanlah orang memerintah negeri. Jika tiada mau memakai undang-undang dan hukum Quran, maka tersebut di dalam undang-undang orang itu tiada boleh memegang perintah di dalam negeri”.

Dalam sesi yang sama, beliau menjelaskan perbezaan kaedah sebatan antara sivil dan syariah, yang  menurutnya tidak difahami oleh ramai orang sama ada bukan Islam atau umat Islam sendiri.

Beliau menyifatkan memorandum SIS, JAG dan WAO kepada Perdana Menteri sebagai bersifat hasutan dan menghina agama dan Raja-Raja Melayu. Memorandum itu juga menunjukkan mereka tidak mengiktiraf kedudukan istimewa Islam di negara ini.

Dalam memorandum tersebut, mereka meminta kerajaan memansuhkan enakmen jenayah syariah negeri-negeri kerana beberapa alasan, antaranya kerana tidak berpelembagaan, melanggar hukum syarak dan melanggar hak asasi manusia.

Sesi berkenaan turut dihadiri oleh rombongan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang dalam kunjungan ke Sabah, wakil Jabatan Agama Islam Sarawak, beberapa pensyarah universiti, wakil-wakil NGO termasuk daripada USIA, SALWA, AMAL, SAHABAT dan pegawai JHEAINS.

IMG_9860

IMG_9863

IMG_9871

IMG_9874

IMG_9895

%d bloggers like this: