Tag Archive: Ulangtahun


ULANGTAHUN KE-9 ABDUL HADI

Tarikh : 25 Disember 2015

Lokasi : Lorong 23 Kg Ganggarak WP Labuan

20151225_174616 20151225_174651C360_2015-12-25-17-46-01-282 IMG-20151225-WA009320151225_185517 IMG-20151225-WA0094 IMG-20151225-WA0095 IMG-20151225-WA0114 IMG-20151225-WA0115 IMG-20151225-WA0117 IMG-20151225-WA0121

HANA & LU’LU’

Cerita tertinggal.

Mereka berdua menyambut tarikh lahir yang sama pada 12 Mac lepas. Hana Sumayyah genap 10 tahun dan Lu’lu’ Badriyyah 7 tahun. Semoga menjadi anak-anak yang solehah.¬†IMG-20150315-WA0090 IMG-20150315-WA0092 IMG-20150315-WA0094-1 IMG-20150315-WA0096


Kasihan Ubay kerana kesibukan saya, menyambut ulangtahunnya yang ketiga tertangguh beberapa kali sehingga lebih sebulan. Sambutan dibuat kecil-kecilan, dalam keluarga kami yang kecil ini sudah memadai dan menggembirakan anak-anak.

Semoga menjadi anak soleh, mengambil iktibar sahabat ulung Rasulullah SAW yang menjadi namanya Sayyidina Ubay bin Kaab, seorang sahabat yang mahir dan merdu suaranya membaca al-Quran.

Ubay (1) Ubay (2) Ubay (3) Ubay (4)

Kek gabungan.

Ummu Nuha : 22 Mac

Lu’lu : 12 Mac

Aina’ : 12 Mac

Ringkas tapi bermakna walaupun sekadar di dapur..

Ummu-Hana-Lu'lu' (1) Ummu-Hana-Lu'lu' (2) Ummu-Hana-Lu'lu' (3) Ummu-Hana-Lu'lu' (4)

Tarikh : 3 Ogos 2013

Lokasi : Taman Kingfisher Likas

Sempena majlis berbuka puasa keluarga kami sebelah isteri, berkumpulnya anak-anak buah tahun ini Nuha menyambut ulangtahun ke-10 dalam suasana berpuasa. Alhamdulillah, umur beranjak kepada dua digit, dalam tempoh umur ini juga perkara yang paling mendebarkan ialah saat Nuha dibedah beberapa bulan lepas, kasihan saya melihatnya.

Dalam keadaan dirinya semakin membesar meningkat menghampiri usia remaja, Nuha sudah boleh diharap membantu umminya di dapur dan menjaga adik-adik, menjadi ketua dan memberi arahan. Sudah tentu masih banyak perlu dilakukan apatah lagi namanya anak-anak yang masih perlu bimbingan. Semoga Allah memberi kebaikan kepada Nuha dalam meniti kehidupannya.

Doa pembaca kami harapkan.

Nuha 10 (1) Nuha 10 (2) Nuha 10 (3) Nuha 10 (4) Nuha 10 (5)

UMMU NUHA, 32 TAHUN

Tarikh : 22 Mac 2013 (Jumaat)

Tempat : Putatan

Saya menghadapi empat acara pada malam tersebut dan saya mendahulukan majlis sederhana bersama keluarga bagi menyambut ulangtahun kelahiran isteri ke-32. Tidak banyak masa yang diluangkan bersama keluarga khususnya santai bersama di luar rumah. Justeru apabila tarikh seperti ini tiba, saya memilih untuk bersama keluarga walaupun acara lain tidak kurang pentingnya.

Ummi32 (1) Ummi32 (2) Ummi32 (3) Ummi32 (4) Ummi32 (5) Ummi32 (6) Ummi32 (7)

ABDUL HADI, 6 TAHUN KALI KE-2

Berbahagialah anakanda kami Abdul Hadi yang dikelilingi oleh perempuan-perempuan yang baik dan mulia saat kami berkumpul dan bergembira menyambut ulangtahunnya ke-6 tempohari. Abdul Hadi dikelilingi oleh Umminya, dua kakak dan dua adik perempuannya serta 5 orang kakak-kakak siswi penghafaz al-Quran yang bermalam di rumah kami.

Hanya ada dua orang lelaki, iaitu saya dan adik bungsunya Muhammad Ubay. Sambutan yang istiewa buat abang Abdul Hadi sebab keseluruhannya 3 kali menyambut ulangtahun. Sekali di PASTI sebelum cuti sekolah, kali kedua di rumah kami dan kali ketiga dirancang di rumah Atok bersama sepupu-sepupunya menjelang tahun baru 2013.

Abdul Hadi (2) Abdul Hadi (3) Abdul Hadi (4) Abdul Hadi (5) Abdul Hadi (6) Abdul Hadi (7)

SETAHUN HAFIZY HISYAMUDDIN

Lebih setahun lalu, kami berziarah ke rumah ini dalam suasana hari raya, ketika itu Puan Betty dan suami Sdr Hisham menanti hari untuk menimang cahayamata pertama. Ketika itu juga kami berkongsi kisah gembira bersama mereka kerana baru sebulan menimang anak keenam kami Muhammad Ubayy Ka’ab sementara mereka menanti debaran. Masa berlalu, 20 September 2012 Hafizy sudahpun berumur setahun. Tengahari semalam saya hadir bersama Abdul Hadi dan Lu’lu’ atas undangan keluarga ini ¬†meraikan kesyukuran mereka. Turut ada bersama sahabat-sahabat kenalan Betty dan Hisham. Semoga berbahagia.

Hari lahir anak ke-2 dan anak ke-4, Hana Sumayyah dan Lu’lu’ Badriyyah jatuh pada hari yang sama iaitu 12 Mac. Hana Sumayyah dilahirkan tepat hari pertama Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu menutup wad bersalin sepenuhnya dan dipindahkan ke Hospital Ibu dan Kanak-Kanak, Likas. Sementara Lu’lu’ Badriyyah dilahirkan 4 hari selepas pilihanraya umum ke-12 yang berlangsung pada 8 mac 2008.

Tahun ini 12 mac jatuh pada hari isnin dan kami awalkan sehari sambutannya pada petang ahad secara sederhana dengan dihadiri oleh sepupu-sepupunya dan anak-anak jiran khususnya yang mengaji al-Quran di rumah kami. Sekadarnya untuk menggembirakan hati anak-anak, apatah lagi saya banyak masa di luar.

Tahun ini Lu’lu’ Badriyyah sudah bersekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Taman Pasir Putih Putatan untuk kelas 4 tahun sementara Hana Sumayyah sudah masuk darjah 1 di SK Kem Lok Kawi dan darjah 2 sekolah agama di Pusat Pendidikan Islam an-Nur Taman Austral. Doakan anak-anak kami dan kita semua soleh dan solehah. Amin.

A’AN 9 TAHUN

Petang jumaat, 2 September kami berkumpul dan memberi tumpuan menyantuni anak-anak khususnya kepada Farhan Najwan bin Awang Suhaizam, anak kedua abang ipar saya merangkap sepupu kepada anak-anak kami yang menyambut ulangtahun ke-9. Farhan kami panggil dia dengan A’an, adalah cucu ke-3 menurut urutan dalam keluarga Atok Bungso dan Nenek Puan Hamidah.

Raya kali ini, anak-anak buah bermalam bersama kami sejak beberapa malam terakhir Ramadhan lagi. Hubungan mereka sesama sepupu sangat akrab apatah lagi umur mereka tidak jauh berbeza, dan tambahan lagi mereka semua berada di sekitar Kota Kinabalu dan Putatan saja. Saya dan isteri menyedari A’an walaupun baru darjah 3 di SK Tebobon, sudah menunjukkan bakat kepimpinan.

Khabarnya dia salah seorang pengawas di sekolah, dan di rumah – menurut pemerhatian saya, dia sering memimpin dan mengingatkan sepupu sebayanya tentang solat. Bahkan mereka dalam banyak keadaan, solat berjamaah dan A’an menjadi imamnya. Sudah tentu ia satu perkembangan yang sangat baik dalam keluarga besar kami, apatah lagi bagi mewujudkan suasana beragama yang kondusif pada tahap anak-anak seumur mereka.

Menanggapi anak pada saat umur 7-10 tahun ini tidak mudah, apatah lagi umur ini termasuk usia penting yang disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang terkenal : “Suruh anak-anak kamu dengan mendirikan solat ketika umurnya 7 tahun dan pukul – jika tidak solat – ketika berumur 10 tahun, serta pisahkan tempat tidur mereka”.

Semoga kita diberikan kekuatan.

%d bloggers like this: