Tag Archive: TV Al-Hijrah


Tarikh : 24 Ogos 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Negeri Sabah Kota Kinabalu

Program kemuncak sempena Karnival Hijrah anjuran bersama TV al-Hijrah, YADIM Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah ini benar-benar melonjakkan kehadiran masyarakat yang membanjiri perkarangan Masjid Negeri Sabah. Sekalipun ada siaran langsung di tv, kehadiran di lokasi juga sangat memberansangkan.

Selain zikir-zikir dan solawat yang dikumandangkan, saya gembira dan suka mendengar kalam-kalam taujihad yang disampaikan oleh Habib Zainal Abidin yang cukup bertenaga. Kata-katanya seperti air yang mengalir laju, tiada henti dan tanpa sekatan. Semoga program ini menambah cinta kita kepada Rasulillah SAW.

Sollu ‘alan Nabiy..

YaHanana (1) YaHanana (2) YaHanana (3) YaHanana (4) YaHanana (5)

Tarikh : 23 Ogos 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Negeri Sabah

Satu pengalaman menarik menonton rakaman program agama TV al-Hijrah di hadapan mata sendiri. Selain melihat para selebriti yang tampil di pentas utama, isu yang dibincangkan juga menarik. Saya suka percubaan para selebriti untuk mendekati istilah-istilah Sabahan, juga menyebut nama-nama lokasi di Sabah.

Saya juga suka memerhatikan kerja-kerja teknikal yang dibuat oleh pasukan krew TV al-Hijrah, bagaimana mereka memulakan rakaman, mengulang kembali jika tersilap dan menyelesaikan rakaman tersebut. Keseluruhannya, menonton rakaman malam ni satu pengalaman menarik.

DikirZikir (1) DikirZikir (2) DikirZikir (3) DikirZikir (4) DikirZikir (5) DikirZikir (6) DikirZikir (7) DikirZikir (8) DikirZikir (9) DikirZikir (10) DikirZikir (11) DikirZikir (12)

Tarikh : 22 Ogos 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Negeri Sabah

Satu program yang baik dan kesempatan yang baik sebagai orang awam membawa anak-anak bertemu dengan selebriti kanak-kanak TV al-Hijrah dalam Karnival Hijrah anjuran pelbagai agensi peringkat negeri dan persekutuan. Tahniah kepada pihak penganjur.

KarnivalHijrah (1) KarnivalHijrah (2) KarnivalHijrah (3) KarnivalHijrah (4) KarnivalHijrah (5) KarnivalHijrah (6) KarnivalHijrah (7) KarnivalHijrah (8)

Tarikh : 21 Ogos 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Hari ini seperti dijadualkan, serombongan krew TV al-Hijrah datang ke Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah untuk membuat rakaman berkenaan maahad ini. Ia adalah bersempena Karnival TV Hijrah yang diadakan di perkarangan Masjid Negeri Sabah dan Wisma MUIS minggu ini.

Rakaman di maahad adalah salah satu pengisian krew TV al-Hijrah bagi mendedahkan kepada umum akan sebuah institusi pendidikan tinggi agama milik kerajaan negeri Sabah yang sudah berusia hampir 20 tahun ini. Mudah-mudahan rakaman ini menjadi satu lagi lonjakan perkembangan maahad kepada masyarakat awam yang belum mengetahui akan kewujudan dan peluang pendidikan di sini.

Terima kasih TV al-Hijrah!

TVAL@MTQQNS (1) TVAL@MTQQNS (2) TVAL@MTQQNS (3)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketika mesyuarat memasuki hari terakhir, kami dikunjungi oleh sepasukan krew TV al-Hijrah untuk membuat rakaman berkenaan proses penyemakan al-Quran dilakukan oleh Lajnah Tashih al-Quran KDN ini. Ia rakaman langsung, bukan lakonan, mereka menyaksikan sendiri sesi mesyuarat berlangsung, dan kemudiannya selesai mesyuarat berakhir, pengacaranya Wan Kamaruddin menemubual pengerusi kami, Ybhg Dato’ Haji Shaikh Mohammad Nor Mansur al-Hafiz.

Katanya, ia akan disiarkan dalam rancangan ‘Khidmat Syariah’ di TV al-Hijrah pada hari khamis jam 8.30 malam. Alhamdulillah mudah-mudahan ia dapat menjelaskan proses penyemakan al-Quran kepada para penonton khususnya umat Islam dan memberikan kefahaman tentang kewajiban mereka mengasihi al-Quran al-Karim. Kalau tidak dapat menonton, insya Allah akan ada rakaman atau ulangannya nanti. Rajin-rajinlah menonton tv al-Hijrah.

Tv al-Hijrah, sejak 12 tengahari hari ini – 1 Jun 2011 – mula bersiaran di ASTRO saluran 114. Berita itu dimaklumkan melalui facebook rasmi TV al-Hijrah yang sudah disertai oleh lebih 16 ribu pengguna facebook. Menurut maklumat itu lagi, walaupun TV al-Hijrah sudah bersiaran di Astro, mereka masih lagi merupakan stesen tv percuma dan sentiasa berusaha untuk meluaskan transmisi.

Dengan kehadiran tv al-Hijrah di Astro ini harapannya akan lebih meluaskan lagi misi dakwah melalui penyiaran televisyen. Para penggiat seni juga boleh beralih arah menuju seni yang selaras dengan ajaran Islam, begitu juga kepada penonton mempunyai pilihan yang lebih baik selain daripada saluran-saluran yang lain. Tahniah kepada semua yang terlibat.

KENALI TV AL-HIJRAH

Soalan Lazim Berkenaan TV al-Hijrah

Apa rasional di sebalik penubuhan TVAH?

  • Untuk menjadi sebuah stesen TV yang memberikan perspektif ISLAM yang jelas kepada masyarakat melalui kandungan-kandungan yang diterbitkan secara kreatif.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk, Islam yang mengutamakan keadilan,perdamaian dan Islam sebagai ‘1 way of life’.
  • Untuk membentuk akhlak serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja. Melahirkan idola sesuai dengan imej Islam yang boleh dicontohi.
  • Menganjurkan ikatan persaudaraan Islam serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk seperti mana ajaran Islam.
  • Untuk memperjelaskan Islam sebenar dan menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan ruang untuk pengkarya tempatan menghasilkan karya-karya berteraskan Islam yang berkualiti dengan menitik beratkan idea kreatif, menarik dan moden.
  • Untuk menjadi media serantau dan antarabangsa yang menyebarkan kandungan program Islam keseluruh dunia. Merintis usaha mengeksport program Islam dengan menjadikan Malaysia  sebagai hub kandungan Islam.

Apakah TVAH sama dengan TV Jakim yang pernah diperkatakan tentang penubuhannya?

  • Jakim akan tetap memiliki unit penerbitan program TV berunsur Islam yang tersendiri seperti dahulu. Manakala TVAH ditubuhkan sebagai sebuah syarikat dikenali sebagai Al Hijrah Media Corporation dibiayai dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya.
  • Ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri – dinaungi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar General Dato Seri Jamil Khir bin Baharom (B). Setaraf dengan agensi-agensi lain di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim, Yadim, Yapeim dan Tabung Haji.
  • Mempunyai ahli lembaga pengarahnya sendiri yang dipengerusikan oleh Tan Sri Yusoff Nor.

Apa keunikan TVAH?

  • Merupakan stesen TV percuma pertama yang memaparkan pelbagai jenis rancangan yang menggunakan teknologi terkini dalam dunia penyiaran.
  • Dari segi penjadulan, waktu perdana TVAH akan memberi ruang yang luas kepada rancangan-rancangan yang berunsurkan agama. Penjadualan dibuat berdasarkan gaya hidup orang Islam atau ‘Islamic Life Style’ contohnya rancangan bacaan Al-Quran semasa waktu Maghrib untuk menyegerakan solat berlandaskan nilai Islam, diterbitkan secara kreatif.

Golongan yang menjadi penonton sasaran TVAH?

  • Sasaran utama TVAH ialah golongan kanak-kanak dan remaja berumur 4-17 tahun dan golongan muda dan keluarga muda berumur 18-39 tahun.
  • Siaran TVAH adalah untuk semua penonton, bagi bukan Islam, TVAH akan membantu mereka memperjelaskan tentang agama Islam yang sebenar. Bagi golongan Islam, TVAH akan menjadi sumber Ilmu dan maklumat yang meningkat pengetahuan.
  • Golongan ini mewakili lebih 60% penonton Malaysia masa kini. TVAH berhasrat mendekati golongan muda ini untuk mendedahkan mereka dengan nilai-nilai Islam dalam segala lapangan hidup melalui rancangan yang pelbagai genre di TVAH.

Apakah strategi TVAH dalam menarik penonton sasarannya?

  • Menyediakan pelbagai jenis rancangan dari dalam dan luar Negara. Walau baru bersiaran, TVAH menyediakan 60% rancangan tempatan dan 40% rancangan asing.
  • Susunan rancangan yang mengambil kira gaya hidup penonton dan rancangan TV yang lain.
  • Look & feel stesen yang ceria dan segar.
  • Turun bertemu dengan orang ramai dengan lebih dekat melalui pelbagai acara lapangan.
  • Promosi dan publisiti yang meluas untuk memperkenalkan stesen baru.
  • Kaedah menyiarkan rancangan melalui pelbagai platform – Internet, Radio dan telefon bimbit, khusus bagi mendekati golongan muda.

Bagaimanakah bentuk rancangan yang akan dihidangkan oleh TVAH?

  • Filem-filem terbaik dari seluruh dunia asalkan ia memaparkan nilai-nilai baik dan tidak bertentangan Islam.
  • Last queen of the Earth(Iran), Bila Cinta Bertasbih(Indon), The memoirs of Tomorrow, Half of confession (Jepun), Leaps & Bounds (Turki), Winky Horse (Belanda).
  • Drama tempatan dan antarabangsa.
  • Drama tempatan – Alauddin, Telah dihalalkan epal itu, Vila tepi surau.
  • Drama Antarabangsa – King Farouq, Saifullah Khaled Ibn Waleed.
  • Berita dalam dan luar negara.
  • Dokumentari hebat dalam dan luar negara.
  • Rancangan kanak-kanak dan animasi.
  • Rancangan bual bicara dalam dan luar negara.
  • Lain-lain (kerohanian, realiti, majalah dan hiburan).

Apakah perkembangan terkini TVAH?

  • Sedang giat menjalani pelbagai persiapan akhir untuk siaran.
  • Akan mula bersiaran melalui siaran ujian bermula 1 November.
  • Siaran sebenar bermula 1 Disember 2010.
  • Pelancaran rasmi oleh Perdana Menteri pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1432Hijrah.

Apakah visi & misi TVAH ?

  • Visi – Menjadi penyiar yang menghibur, mendidik dan menyatupadukan ummah melalui siaran yang kreatif dan universal berlandaskan Islam sesuai dan relevan untuk tontonan masyarakat tempatan dan antarabangsa.
  • Misi – Menjadi satu stesen TV berkonsepkan Islam pertama menyiarkan kandungan yang kreatif dan berkualiti yang mengajak masyarakat untuk melakukan penghijrahan berterusan kearah kebaikan dalam semua bidang kehidupan

Bagaimanakah TVAH dapat diikuti?

  • TV Alhijrah akan dapat diikuti melalui siaran percuma. Orang ramai boleh membuat pencarian signal siaran TVAH apabila siaran ujian TVAH mula dipancarkan 1 November nanti.
  • TVAH juga sedang berunding dengan Astro untuk mendapatkan saluran dalam Astro. Cara mendapatkan siaran TVAH amat mudah dan panduan untuk mendapat siaran TVAH akan disiarkan di akhbar dan radio. Rancangan TV Alhijrah juga dapat diikuti melalui laman web www.tvalhijrah.com ke seluruh dunia.
%d bloggers like this: