Tag Archive: Tazkirah Zuhur Rabu


Jadual Tazkirah Zuhur Disember 2012

Tazkirah diadakan setiap hari rabu selepas solat zuhur, di Masjid Negeri Sabah dianjurkan oleh Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah.

Sejak akhir januari dan sepanjang bulan februari ini, insya Allah tazkirah-tazkirah zuhur setiap hari rabu di Masjid Negeri Sabah akan menyentuh tentang topik-topik  berkaitan Rasulullah SAW. Sehubungan dengan itu bagi pihak seluruh JK Syukbah Dakwah Masjid Negeri Sabah terus menggesa umat Islam agar menyertai siri-siri tazkirah ini setiap minggu.

Selain itu sebagai ingatan, pada bulan februari ini juga genaplah setahun tazkirah zuhur setiap rabu diadakan. Tazkirah ini bermula pada rabu pertama februari 2011 atas cadangan para jamaah juga. Pihak kami melihat keperluan untuk mengembangkan kali promosi program tazkirah ini, apatah lagi kehadiran yang turun naik di Masjid Negeri Sabah ketika tazkirah berjalan.

Walaubagaimanapun, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dokongan semua jamaah yang terlibat, sama ada hadir atau memberikan imput-imput berguna untuk kebaikan bersama. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita semua. Amin!

Alhamdulillah, mulai minggu hadapan tazkirah zuhur setiap rabu di Masjid Negeri Sabah akan diadakan semula setelah bercuti selama 2 minggu. Tazkirah zuhur rabu ini diadakan sejak februari tahun ini dan berterusan tanpa putus kecuali 2 minggu kebelakangan kerana cuti hari raya aidil fitri. Sementara sepanjang Ramadhan lalu, tazkirah zuhur ditingkatkan kepada setiap hari kecuali pada jumaat.

Menurut Setiausaha Syukbah Dakwah, Tuan Haji Mohd Pozi Awang Insya Allah mulai minggu hadapan juga kuliah-kuliah selepas solat isyak akan bersambung semula. Isnin kuliah tasauf oleh Ustaz Haji Mohd Mursal Muchtar, selasa kuliah fekah oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim, rabu kuliah tauhid oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim, jumaat kuliah tahsin al-Quran oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok dan sabtu kuliah tafsir dengan bimbingan enam tenaga pengajar secara bergilir-gilir.

Mari kita buktikan komitmen kita kepada Islam dan rumah Allah dengan mengimarahkan majlis-majlis ilmu (selain solat berjamaah) seperti yang telah dimaklumkan. Alangkah baiknya amal ibadah seharian dapat dilakukan dengan ilmu yang benar. Harap dapat disebarkan kepada semua.

 

%d bloggers like this: