Tag Archive: Tawau


MENEMUI SAHABAT-SAHABAT TAWAU

Tarikh : 30 November – 1 Disember 2016

ARC PUTATAN BERKELANA KE TAWAU

Tarikh : 7 Feb 2016

Lokasi : Tawau

IMG-20160207-WA0086IMG_1132 IMG_1135 IMG_1137 IMG_1138 IMG_1140 IMG_1142 IMG_1144 IMG_1145 IMG_1147 IMG_1148 IMG_1149IMG-20160207-WA0104

MENGAJI KAMERA VIDEO

Semestinya saya (dan kami semua) yang menyertai trek ‘belajar menggunakan kamera video’ berterima kasih kepada Sdr Nazri Abdullah dan rombongan yang datang dari Kuala Lumpur atas kesudian beliau mengajar kami asas-asas ilmu berkenaan di Tawau beberapa hari lalu.

Saya sendiri sudah memiliki dan menggunakan kamera video – handycam (semestinya yang murah saja) sejak dua tahun lalu. Kebanyakan video yang dirakam adalah sesi kuliah dan ceramah yang saya ikuti di masjid atau di surau sekitar Kota Kinabalu seperti kuliah fekah Ustaz Haji Muchlish dan penceramah-penceramah lain.

Saya mengakui untuk merakam tidaklah sesukar mana. On saja, halakan ke arah sasaran dan kemudian rakam. Tetapi beberapa ilmu yang sangat berharga terutama ketika melakukan proses editan bahan rakaman menjadikan hasil rakaman sangat menarik walaupun bahannya cuma sedikit sahaja.

Begitu juga slot ceramah berkenaan perkembangan media sosial seperti facebook dan twitter oleh Sdr Ahmad Jamal yang semakin pantas sewajarnya diambil kesempatan untuk menyebarkan risalah Islam kepada manusia. Perlu maklum bahawa jumlah pengguna facebook di dunia sekarang mencapai 500 juta dan twitter 180 juta. Namun ia terus berkembang jumlahnya setiap jam.

Saya berharap dapat mengaplikasikan khususnya ilmu rakaman ini untuk dunia dakwah yang lebih segar dan menarik khususnya untuk dimuatkan dalam blog dan youtube. Insya Allah saya akan mencuba nanti. Terima kasih atas jasa baik penganjur serta semua yang terlibat.

PANORAMA BANDAR TAWAU

Saya tiba di Tawau pada pagi Sabtu untuk menyertai Konvensyen IT, atau lebih terperincinya hendak belajar penggunaan kamera video. Setakat hendak merakam ceramah atau kuliah sudah lama saya buat untuk simpanan peribadi, cuma hendak belajar lanjut tentang kaedah pengeditan dan seumpamanya. Saya ada cita-cita untuk menaiktaraf blog ini untuk memuatkan lebih banyak video klip yang saya rakam sendiri satu hari nanti.

Namun memandangkan program itu berlangsung lewat petang, sementara kami sudah tiba sekitar jam 8 pagi, maka bandar Tawau menjadi sasaran untuk kami berjalan-jalan sebentar sebelum ke lokasi sebenar. Sesekali tangan gatal juga untuk merakam suasana..

foto lain menyusul…

UDARA TAWAU

Tengahari rabu minggu lalu kami – pengawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dengan jumlah hampir 100 orang berkumpul di Tawau dengan sebahagian besarnya dari Kota Kinabalu. Tawau adalah salah sebuah bahagian, daerah dan bandar di Sabah, bahkan dikatakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.

Bacaan saya melalui wikipedia menyatakan bahawa Tawau sebelum tahun 1890 sudah dihuni oleh sebuah perkampungan nelayan tidak kurang 200 orang penduduk masyarakat Melayu keturunan Tidung dan Suluk. Suasana dan pengaruh agama Islam di Tawau tidak dapat dinafikan kerana pada 1956 sudah ada Persatuan Islam Tawau yang kemudiannya bergabung dengan Persatuan Islam Putatan untuk menubuhkan USIA.

Bancian tahun 2000 menyatakan terdapat lebih 300 ribu penduduk di kawasan yang digelar sebagai Bumi Peladang ini. Dari atas muka bumi kelihatan jelas pemandangan indah pokok-pokok kelapa sawit yang terbentang luas. Di bandar Tawau, ada Masjid al-Kauthar yang dikatakan sebagai masjid terbesar di Sabah bernilai hampir RM32 juta. Selain itu ada juga Masjid Bandar yang dibina pada tahun 1962 dan Masjid Raya yang dibina pada 1972. Antara yang terkenal di Tawau ialah Pasar Gantung dan sejenis keropok yang dipanggil Keropok Amplang yang terkenal.

Daerah Tawau berkongsi sempadan dengan Kalimantan Indonesia, dikelilingi dengan Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di selatan. Saya teringat dengan beberapa peristiwa yang menimpa rakan-rakan Semenanjung yang berkunjung ke Tawau, tanpa melihat, menyedari atau bertanya tentang kedudukan antara Tawau dan Kota Kinabalu. Ada di kalangan mereka yang pernah turun mendarat di Tawau dari KLIA dengan tujuan hendak ke Kota Kinabalu. Begitu juga yang hendak ke Tawau, tapi menyertai penerbangan setakat ke Kota Kinabalu tanpa menyedari jarak KK-Tawau tidak kurang daripada 500km jauhnya.

Sebaik tiba di Tawau sabtu lepas saya sudah memaklumkan kehadiran saya kepada beberapa sahabat di sana. Saya tawarkan diri untuk mengisi slot tazkirah di mana-mana masjid di Tawau pada ahad malam isnin.

Sekitar 5.45 petang ahad barulah saya dimaklumkan lokasi masjid dan sahabat yang akan menjemput saya di penginapan menuju ke masjid yang ditetapkan. Masjid Nurul Huda Kg Seri Menanti, Tanjung Batu Darat.

Alhamdulillah, kehadiran sekitar 70-80 orang jamaah walaupun khabarnya notis singkat sebelum maghrib. Jadi, menurut pendapat saya mereka memang mengimarahkan masjid berkenaan dengan solat berjamaah dan kuliah-kuliah.

Tazkirah dan pertemuan singkat saya isikan dengan huraian ringkas berkenaan rukun Islam – khususnya berkenaan tiang agama ini.

Terima kasih JK Masjid yang sudi mengundang.

Kembali ke Tawau pada pagi ahad, saya turun ke Sabindo Plaza bagi memenuhi undangan Sheikh Hanaffi Hamzah yang melancarkan premis al-Wahida.

Selain pelancaran premis yang julung di Sabah, majlis berkenaan juga diisi dengan taklimat perniagaan oleh wakil syarikat mereka dari Sarawak. Majlis pelancaran dan pengenalan ini berlanjutan hingga ke tengahari.

Premis ini mengumpul dan menjadi hentian produk-produk kesihatan yang diambil secara pukal terus dari kilang-kilang sebelum dihantar ke lokasi sekitar Tawau.

Khabarnya, dua premis akan dibuka di Kota Kinabalu dalam masa terdekat dan juga di daerah-daerah lain seluruh Sabah. Abu Nuha Corner mendoakan perniagaan mereka dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT.

Hubungi beliau untuk mendapat maklumat lanjut – 016-8102442.

 

KEMALANGAN

Ketenangan bercuti di kampung halaman terusik apabila mendengar khabar musibah yang menimpa rakan lama.

Ust Md Fauzi Hj Ghazali, 33 tahun (anak Ust Hj Ghazali Sulaiman) bersama isteri Ustazah Rozanah Abd Razak, 31 tahun; dua cahayamata Ahmad dan Miqdad beserta pembantu rumah mereka terbabit dalam kemalangan di Kalabakan Tawau pada pagi jumaat.

Fauzi dan Rozana adalah senior di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu.

Saya mendapat khabar awal daripada rakan di Beaufort Ust Abd Amir sekitar jam 4 petang, meminta kepastian saya tentang berita yang diterimanya. Segan menghubungi keluarga Ust Hj Ghazali di Kg Pasir Putih Putatan, saya menghubungi pula Ust Hj Muchlish Ali Kasim.

Sah, mereka kemalangan.

Kemudian, sahabat saya Ust Safruddin pula memaklumkan sejam kemudian tentang musibah itu.

Fauzi khabarnya dalam perjalanan ke Tawau untuk berpindah ke sana setelah mendapat pertukaran sekolah dari SMK Tebobon Kota Kinabalu.

Hari khamis bertolak ke Tawau melalui Keningau dan bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan melalui Nabawan-Tawau. Mereka sekeluarga dikatakan kemalangan dalam keadaan jalan licin akibat hujan lebat.

Dalam kemalangan itu, kereta mereka bergolek beberapa kali. Fauzi tidak mengalami kecederaan sementara Kak Janah cedera di mulut sementara Miqdad cedera di bahu.

Ujian besar mereka apabila Ahmad yang berumur 5 tahun meninggal dunia.

Kalau tidak salah saya beberapa tahun lalu mereka juga pernah terbabit dalam kemalangan di Kunak pada musim perayaan.

Terasa pilu mengingati mereka kerana umur anak yang lebih kurang sebaya. Tambahan kedua-dua mereka suami isteri sangat saya kenali. Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada mereka.

12 JAM DI TAWAU

Hujung minggu lalu, sempat turun ke Tawau sekejap. Datang dengan penerbangan sebelah pagi dan balik pada penerbangan malam.

Macam biasa, ada saja gambar yang diambil buat tatapan bersama.

Peminta Sedekah

IMG_0454

Tiada kepala

Soto ke Coto

Roti Kahwin

Catatan : KLIA, Sepang.

Sempena Seminar Pembangunan Industri Halal Nasional Negeri Sabah, diadakan juga Ekspo Produk Halal pada 16 & 17 Mei lalu di Hotel Promenade Tawau.

Lebih 40 gerai daripada pelbagai syarikat, agensi kerajaan dan sebagainya menyertai pameran berkenaan. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman merasmikan ekspo berkenaan.

IMG_2869

IMG_2871

IMG_2876

IMG_2877

%d bloggers like this: