Tag Archive: Tasmik al-Quran


Tarikh : 3 November 2014

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Alhamdulillah, setelah sebulan cuti semester berakhir, minggu ini bermula kembali sesi pengajian. Bermula sesi tasmik al-Quran khususnya di dalam pasukan saya seramai 14 orang Р8 siswa dan 6 siswi dalam semester 2.

Untuk semester ini, mereka dikehendaki menghafaz antara juzuk 6 hingga akhir juzuk 11 atau lebih. Sementara peperiksaan akhir semester nanti sebayak 11 juzuk bermula juzuk 1 hingga 11.

Sebagaimana saya harapkan kepada mereka, saya sukakan persaingan sihat dan berlumba untuk berbuat kebaikan, menghafaz al-Quran dan bersaing sesama mereka siapa lebih pantas dan kukuh hafazannya.

Tasmik Sem 2. 2014 (1) Tasmik Sem 2. 2014 (2) Tasmik Sem 2. 2014 (3)

Tarikh : 12 Mei 2014

Alhamdulillah, kelas bermula.

Sesudah seminggu sebelumnya siswa siswi baru diraikan kehadiran mereka, minggu ini tibalah masanya sesi kelas bermula kepada semua semester 1, 3 dan 5. Khusus kepada semester 1 sesi baru ini, tarikh 12 Mei 2014 akan diingat sebagai hari pertama mereka memperdengarkan hafazan kepada guru tasmik. Ustaz Suhaidi dan saya diamanahkan untuk memikul tanggungjawab kali ini.

Keseluruhannya, ada 26 orang siswa siswi dengan 14 orang daripadanya tasmik dengan saya, dan selebihnya bersama Ustaz Suhaidi. Dua minggu sebelum ini, kami berdua sudah berbincang untuk pembahagian kumpulan ini dengan mengambil kira pelbagai aspek. Di kalangan 26 orang ini, ada yang sudah berpengalaman menghafaz dan ada yang baru pertama kali.

Kami doakan agar semuanya bermula dengan baik dan berakhir dengan kejayaan, khatam hafaz al-Quran 30 juzuk, insya Allah!

Tasmik Sem 1 (1) Tasmik Sem 1 (2) Tasmik Sem 1 (3) Tasmik Sem 1 (4) Tasmik Sem 1 (5)

%d bloggers like this: