Tag Archive: Tangkal


TANGKAL

Tangkal

Tangkal akan sentiasa wujud selama ada orang jahil dan degil, tidak mahu belajar agama dan digandingkan dengan golongan yang mengeksploitasi golongan jahil sebegini. Biasanya mereka mencari kesempatan – khususnya mata benda dunia – dengan kelemahan pelanggan yang membiarkan diri mereka sendiri diperbodohkan supaya kononnya mereka selamat daripada kesusahan atau penyakit atau jin yang mengganggu mereka.

TANGKAL LAGI

Tarikh : 10 Mei 2014

Lokasi : Putatan

Sekumpulan sahabat-sahabat Darussyifa’ yang diundang merawat premis tempohari, diunjukkan kepada mereka sekelompok tangkal yang menjadi kepercayaan sebahagian manusia, kononnya boleh menjaga mereka daripada penyakit atau gangguan makhluk halus.

Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka setelah dinasihati oleh para perawat kami dan memelihara kita semua agar hidup berpandukan aqidah dan syariat Islam yang suci ini.

Tangkal (1) Tangkal (2) Tangkal (3) Tangkal (4) Tangkal (5) Tangkal (6) Tangkal (7) Tangkal (8) Tangkal (9)

BATAL SIHIR TANGKAL

Tarikh : 10 Januari 2014

Lokasi : Darussyifa’ Lok Kawi

Perawat : Chef Abdullah Ahmad

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa mengantungkan (tangkal azimat), maka sungguh dia telah syirik menyekutukan Allah”. (HR Imam Ahmad dan Al-Hakim).

Semoga kita dijauhkan daripada amalan seumpama ini. Mereka yang pernah terlibat, bertaubat kepada Allah SWT.

Tangkal (1)Tangkal (2)Tangkal (3)Tangkal (4)Tangkal (5)Tangkal (6)Tangkal (7)





Pasukan perawat menerima segulung tali kain berwarna merah yang dijadikan sebagai tangkal. Ia diserahkan oleh seorang pesakit yang datang ke pusat rawatan baru-baru ini. Masih terdapat kepercayaan berkenaan kuasa tangkal seperti ini yang membodohkan pengamalnya, sehingga boleh merosakkan akidah diri mereka sendiri.

Ini hanya salah satu contoh yang berlaku. Dalam kes yang lain yang lebih kurang sama, apabila ditanya, katanya ini hanya ikhtiar sahaja, bukan percaya. Alangkah dangkalnya pemikiran mereka, kalau tidak percaya kenapa diikhtiarkan perkara yang sudah tentu dilarang. Akhirnya, mereka tetap sakit, kerana tangkal memang tidak punya apa-apa kuasa.

Mudah-mudahan bertaubat kepada Allah SWT.

Rawatan DS Lok Kawi (1) Rawatan DS Lok Kawi (2) Rawatan DS Lok Kawi (3)

TANGKAL SETENGAH BAKUL

Tangkal (1)

Saya dihubungi pertama kali oleh sahabat ahli Darussyifa’ Ku Azam Ku Abdullah tentang gangguan histeria dan makhluk halus yang menimpa sebuah pusat latihan di Kota Kinabalu. Menurut beliau ketika itu sudah berbelas-belas pelatih mereka yang terkena khususnya wanita-wanita muda berumur sekitar 20-30an. Pada malam itu beberapa sahabat kami yang membantu di sana meruqyah dan merawat pelatih yang dimaksudkan sehingga jam 3 pagi.

Seorang pegawai yang bercerita dengan kami mengatakan memang pihak mereka ada mengingatkan terlebih dahulu bahawa para pelatih dilarang sama sekali membawa atau memakai tangkal dan azimat kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Namun katanya, ramai juga yang degil atau membawa kerana disuruh oleh ibu bapa dari kampung.

Apabila berlaku histeria dan gangguan ini, keadaan sedikit panik. Pegawai tadi sekali lagi meminta pelatih-pelatih menyerahkan segala tangkal jika masih ada. Ketika itulah katanya ramai mengaku dan mengeluarkan tangkal masing-masing. Ada yang mengikat di pinggang, di lengan, dan ada juga yang mengeluarkan tangkal dari baju dalam masing-masing.

Setelah suasana terkawal pada jam 3 pagi, kami sekali lagi dipanggil pada jam 10 pagi kerana ada pelatih yang kembali terganggu. Saya sempat bertanya dan menasihati mereka, kerana apabila ditemubual, semuanya tidak menjaga solat lima waktu, tidak menutup aurat dan sebagainya. Sangat menyedihkan, ada seorang yang saya minta dia membaca surah al-Fatihah, dia gagal membaca dengan sempurna.

Semoga kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya.

Tangkal (2) Tangkal (3) Tangkal (4) Tangkal (5) Tangkal (6) Tangkal (7) Tangkal (8) Tangkal (9) Tangkal (10) Tangkal (11)

TANGKAL MENANGKAL

Ketika rawatan dijalankan di Surau SK Putatan pada jumaat malam sabtu sudah, ada seorang ibu yang datang dari Kimanis membawa anaknya yang diceritakannya sering sakit-sakit. Seorang sahabat kami meruqyah si anak yang berumur setahun ini lalu mendapati ada tangkal yang berbungkus, di dalamnya berupa biji buah yang tidak diketahui kerana terlalu hitam mungkin kerana sudah terlalu lama.

Kami maklumkan dengan lembut kepada si ibu agar tidak lagi beramal dengan tangkal kerana ia adalah salah. Barangkali untuk tidak meletakkan kesalahan pada dirinya, beliau turut menyatakan bahawa ramai orang kampung yang melakukan perkara yang sama khususnya untuk bayi-bayi yang baru lahir kononnya agar terhindar daripada penyakit dan perkara yang memudaratkan.

Sabda Rasulullah SAW : ”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.”

**************

Sumber : http://darussyifa.org/SJ012.php

Soalan

Saya seorang perempuan yang sedang dalam pengajian peringkat siswazah lanjutan. Datuk saya membekalkan saya dengan tangkal yang diperbuat daripada rajah-rajah tertentu dan huruf alif ba ta, bercampur aduk dan angka-angka seperti tulisan Arab untuk saya pakai bagi mengelak dari kejahatan manusia. Katanya jangan niat bahawa tangkal itu boleh menolong, mintalah kepada Allah. Tangkal hanya ikhtiar. Datuk sudah menggunakan tangkal itu dan amat mujarab katanya. Bolehkah saya memakai tangkal itu?

Jawapan

Permasalahan tangkal adalah masalah lama yang bertapak amalannya dalam masyarakat Arab jahiliyah awal, masuk ke alam Melayu, diterima pakai dan diamalkan oleh masyarakat dahulu hinggalah kepada masyarakat moden sekarang ini. Apa yang dilakukan oleh datuk saudari adalah sebahagian daripada kepercayaan masyarakat lama yang dominan dalam masyarakat Melayu. Ketika Rasulullah s.a.w mula menyebarkan Islam kepada masyarakat Arab dan mereka memeluk agama Islam, mereka mengamalkan memakai tangkal.

Rasulullah bersabda (yang bermaksud),”Sesungguhnya jampi mentera (yang tidak Islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik. (Hadis sahih riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Jelas dalam hadis ini bahawa tangkal adalah istilah asal tamimah atau tamaim adalah satu usaha manusia, gunakan benang, tali atau sebagainya dijadikan sebagai suatu pakaian yang dipakai di pinggang, di leher, di tangan atau sebagainya dengan tujuan untuk menjadi pelindung seperti yang datuk saudari sebutkan. Memakai tangkal seperti ini, disepakati oleh ulama-ulama Islam bahawa ianya adalah haram dan boleh membawa kepada syirik atau senang difaham ianya berdosa besar.

Tentang kata-kata yang mengatakan dengan ‘niat untuk menolong mintalah kepada Allah, tangkal hanya ikhtiar’, itu adalah mengelirukan kerana niat yang baik tidak boleh menghalalkan yang haram. Saya umpamakan alasan ini sama seperti, orang yang berniat hendak ke Mekah, tetapi tiada wang, maka dia mencuri wang untuk pergi ke Mekah. Atau orang yang hendak berkahwin tidak cukup wang, maka rasuah diambil untuk menyempurnakan perkahwinan.

Tamimah atau tangkal adalah haram dan bersosa besar memakainya, kerana kita telah menjadikan makhluk yang bernama tangkal boleh menjaga kita daripada sesuatu yang tidak diingini. Dalam Islam telah pasti tiada yang boleh memberi memanfaat atau memudaratkan manusia melainkan Allah S.W.T sahaja. Tangkal tidak boleh menjaaa manusia, jika dibakar ia akan hangus, digunting atau ditarik nescaya ia akan putus. Hakikatnya ia tidak bernyawa dan tidak bergerak, sudah tentu dia tidak boleh menolong kita.

Jika datuk saudari beranggapan bahawa ianya membantu, sebenarnya Allah S.W.T lah yang memeliharanya, tetapi kebetulan dia memakai tangkal. Atau jika berlaku sesuatu yang ketara ganjil pada pemakai tangkal itu jika hendak dikaitkan juga tangkal itu memberi kesan, maka ada kemungkinan tangkal itu ada makhluk halus yang jahat, mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia dengan melakukan perkara-perkara yang aneh dan ganjil untuk meyakinkan manusia kepada keunikan pemakai tangkal.

Jika ini berlaku, manusia telah terjebak ke dalam perangkap syaitan dan iblis yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia dari jalan Allah S.W.T dengan menggunakan saluran tangkal sebagai sesuatu yang menjayakan usaha mereka menyesatkan manusia. Maka nasihat saya, jangan sesekali memakai tangkal, bergantunglah kepada Allah, untuk berlindung diri dari perkara yang tidak baik, bacalah ayat-ayat yang dikenali sebagai al-muawwiyat iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.

%d bloggers like this: