Tag Archive: Taman Peramu Jaya 3 Pekan


RESIPSI SYAHNON & HUDA

Tarikh : 25 Ogos 2012 (Sabtu)

Masa : 11.45 pagi – 3.30 petang

Tempat : Rumah pengantin perempuan, Taman Peramu Jaya 3, Pekan, Pahang.

SYAHNON & NURULHUDA

Alhamdulillah majlis pernikahan dan resipsi adik bungsu kami, Syahnon Othman dengan pasangannya Nurulhuda Mohd Derus selesai berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman Peramu Jaya 3, Pekan Pahang pada jumaat dan sabtu lepas. Rombongan keluarga kami seramai 8 orang tiba di Pekan pada jam 9.30 malam khamis lepas.

Setibanya kami sekitar jam 3 petang jumaat, majlis pertunangan secara ringkas diadakan dengan kakak kami menyarungkan cincin pertunangan kepada Huda. Majlis pernikahan diteruskan selepasnya dengan satu majlis yang sederhana sahaja tetepi tetap menggembirakan kedua-dua pihak keluarga. Saya kira kami semua sekeluarga baik yang berada di dalam majlis atau yang berada di kampung dalam keadaan teruja dan berdebar juga. Berpuluh kali kemaskini facebook keluarga untuk memaklumkan situasi semasa kami dengan perkembangan majlis itu akan merubah dan menambah status seorang demi seorang sebagai suami, isteri, mertua, ipar duai, biras, pakcik makcik dan seumpamanya.

Kami mempunyai 6 orang adik beradik kesemuanya. Syahnon adalah adik paling bungsu. Majlis perkahwinan Syahnon dan Huda ini berlangsung selepas 20 tahun abang sulung kami berkahwin pada 1992, dan hampir 10 tahun selepas perkahwinan saya dan isteri pada 2002, dan selepas cucu @ anak buah sudah mencapai 20 orang setakat ini. ┬áInilah majlis perkahwinan yang paling jauh dalam keluarga kami, kerana ‘periparan’ yang lain datangnya dari Labuan, Kota Kinabalu, Beaufort dan Semporna. Isteri saya @ Ummu Nuha lahir di Kelantan kerana orang tua yang bertugas di sana tapi selepas beberapa tahun mereka sekeluarga kembali ke Sabah.

Seperti yang saya catatkan di fb peribadi tempohari, dengan perkahwinan Syahnon dan Huda, maka semua adik beradik kami kini mempunyai keluarga sendiri, dan akhirnya saya sudah mempunyai adik ipar pula. Semoga Allah memberkati kedua mereka dan mengumpulkan kedua mereka di dalam kebaikan, dunia dan akhirat.

%d bloggers like this: