Tag Archive: Taman Austral


Tarikh : 11 Febuari 2015

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan

KTHM, M87 (1) KTHM, M87 (2) KTHM, M87 (3) KTHM, M87 (4) KTHM, M87 (5) KTHM, M87 (6)

 

Kelas Tahfiz Hujung Minggu (KHTM) telah berlangsung sejak 1 Disember 2012 di Pusat Pendidikan Islam an-Nur, bersebelahan dengan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral. Ia dibuka kepada kanak-kanak, remaja dan dewasa mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kanak-kanak pada setiap sabtu (8.30-10 pagi dan 10.30-12 tengahari), remaja pada setiap khamis malam jumaat (8.15-9.45 malam) dan dewasa pada setiap sabtu malam ahad atau ahad malam isnin (8.15-9.45 malam).

Hanya seminggu sekali kehadiran (sejam setengah setiap kelas), hafazan menurut kategori yang telah ditentukan iaitu surah-surah lazim, juzu’ ‘amma, surah-surah pilihan atau lain-lain surah mengikut kehendak lain-lain. Insya Allah walhamdulillah, kelas ini setakat ini sentiasa menerima peserta-peserta baru.

KTHM M5 (1) KTHM M5 (2) KTHM M5 (3) KTHM M5 (4) KTHM M5 (5) KTHM M5 (6) KTHM M5 (7) KTHM M5 (8) KTHM M5 (9) KTHM M5 (10) KTHM M5 (11) KTHM M5 (12) KTHM M5 (13)

 

Pusat Pendidikan Islam (PPI) an-Nur adalah institusi pendidikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diiktiraf oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Nombor pendaftaran dengan JHEAINS ialah (JHEAINS:200-2/12/68).

PPI an-Nur menawarkan kelas pengajian agama berasaskan kurikulum JHEAINS kepada pelajar sekolah rendah bermula tahun 1 sehingga tahun 6.

Antara mata pelajaran yang ditawarkan ialah al-Quran (tajwid, tilawah, hafazan), hadith, khat, bahasa Arab, sirah, akhlak, amali solat. Selain itu para pelajar juga dilatih membaca zikir ma’thurat setiap hari.

Sekolah mengadakan peperiksaan dua kali setahun dan juga ujian amali, hafazan dan bacaan.

Untuk pengetahuan ibu bapa yang berminat, kelayakan umur untuk ke PPI an-Nur ini ialah bermula umur 6 tahun sehingga 12 tahun dan kelas dibuka untuk tahun 1 hingga 6 sahaja, sementara pakaian diseragamkan sepertimana pelajar Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Sabah.

Yuran yang dikenakan ialah yuran tahunan RM30, bulanan sebanyak RM50, yuran ihtifal sebanyak RM15, yuran buku teks RM40 keatas.

PPI an-Nur telah pun beroperasi sejak 5 tahun yang lalu di bangunan sendiri bersebelahan dengan Surau Riyadhus Solihin Taman Austral, Jalan Pintas, Kepayan, Kota Kinabalu.

Kini terdapat 136 pelajar dan 7 orang tenaga pengajar dengan masa pembelajarannya ialah pada setiap isnin hingga jumaat antara jam 2.30 -5.00 petang.

Pada tahun lalu, buat pertama kalinya 6 pelajar sekolah ini menyertai peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) yang dikendalikan oleh JHEAINS. Keputusannya mereka mendapat peratus melebihi 80%.

Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan penama-penama berikut :

Ustaz Agus Latif – 0168812825, Mohd Rahimin Mustafa – 0138657985, Ustaz Zulhazmi Osman – 0124299897, Ustaz Idhar Jaafar – 0198711837.

Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan Ridge

Hubungi : 016-8812825, 012-4299897, 012-8360981, 013-8657985, 019-5369583, 013-8763499

%d bloggers like this: