Tag Archive: Talaqqi al-Quran


Tarikh : 1 Disember 2015

Tempat : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Menerima permintaan Tuan Haji Jamil Arif, rakan facebook dari Beringgis Papar untuk bertalaqqi. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kami semua.

C360_2015-12-01-14-20-28-104 C360_2015-12-01-14-20-43-591

Tarikh : 4 Mac 2015

Lokasi : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan

Kuliah yang berlangsung di surau iniĀ antara yang bertahan lama berbanding kuliah sahabat-sahabat saya yang lain di sini. Kebiasaannya, kuliah di sini lambat bermula dan lambat habis – saya lajakkan sehingga 30-45 minit selepas azan isyak.

Lambat mula sebab kebanyakan peminatnya termasuk saya sendiri lambat tiba. Kadang-kadang apabila saya awal, yang menunggu kuliah hanya seorang dua, maka ketika itu saya tangguhkan kuliah sehingga 4-5 orang jamaah bersedia bertalaqqi al-Quran bersama-sama.

Kuliah al-Quran @ Austral (1) Kuliah al-Quran @ Austral (2)

 

Seronok apabila dapat membantu siswa siswi warga Maahad memperbetulkan tilawah mereka. Saya sendiri dapat mendengar al-Quran yang mulia, jika dicampur semua – tasmik, talaqqi dan mengulang hafaz, saya mendengar 2-3 juzuk sehari. Semoga anak-anak didik kami semakin mantap tajwid dan bacaannya.

Saya mencintai sesi talaqqi ini.

Talaqqi (1) Talaqqi (2) Talaqqi (3) Talaqqi (4) Talaqqi (5)

Talaqqi MTQQNS

Selain kelas talaqqi al-Quran secara rasmi di kelas persijilan maahad, saya buat sedikit inisiatif secara percuma untuk mengadakan talaqqi al-Quran kepada siswa-siswi maahad di luar waktu pengajian. Memang agak sulit kerana masa yang terbatas dan yang hendak bertalaqqi agak ramai.

Masa yang ada di maahad banyak terpenuhi dengan kelas rasmi sebelah pagi sementara sebelah petang pula siswa siswi kami sibuk untuk menghafaz al-Quran sebagai bekalan tasmik pada keesokan harinya.

Kira-kira hampir separuh siswa siswi yang mahu bertalaqqi, paling tinggi baru dalam juzu’ 5 dan kebanyakannya baru bermula di juzu’ 1. Semoga Allah SWT memberikan masa yang banyak untuk kami menyemak tilawah al-Quran. Saya berazam membentuk mereka sebagai qari dan qariah al-Quran yang kemas tajwidnya.

Saya tabik kepada kesungguhan dan keistiqamahan mereka yang terlibat di Masjid al-Hilal Kg Tanjung Dumpil Putatan menganjur dan menyertai kelas Talaqqi al-Quran yang dibimbing oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok al-Hafiz. Saya dimaklumkan kelas berkenaan bermula sejak 4-5 tahun lalu (sejak masjid lama, masjid sementara dan kini masjid baru), diadakan selepas solat maghrib, bersambung selepas solat isyak sehingga lewat malam sekitar jam 10-11 malam, seminggu sekali, setiap isnin malam selasa.

Ramai atau sedikit yang hadir, kelas tetap berlangsung dan ketabahan Ybhg Datuk Haji Mokhtar membimbing mereka wajar dihargai. Saya mengetahui betapa cintanya beliau terhadap kelas-kelas pengajian al-Quran. Di Masjid Negeri Sabah, kelasnya sudah berlangsung lebih 25 tahun lalu, pelajar dewasa yang silih bertukar ganti, beralih lokasi bawah ke atas ke bawah, beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya.

Dalam singgahan sebentar saya di masjid berkenaan tempohari, sempat juga saya melontarkan beberapa pandangan dan cadangan untuk menarik lebih ramai masyarakat ke masjid, baik golongan dewasa, remaja, kaum ibu, atau kanak-kanak. Fizikal Masjid al-Hilal sudah berubah wajah apabila bangunan baru berharga RM1 juta sudah mula diguna sebelum Ramadhan tempohari, tetapi jamaah lima waktu masih seperti sebelum ini.

Masjid baru, maka JK mesti punya semangat baru khususnya merangka aktiviti menarik masyarakat. Tiada salahnya mencari ruang untuk melawat masjid-masjid lain yang aktif (sama ada di Sabah atau luar Sabah), melihat aktiviti masjid lain yang boleh dikongsi sama. Kelas-kelas untuk kaum ibu seperti fardhu ain, kemahiran rumah tangga, mewujudkan Facebook Masjid bagi menarik belia mengetahui aktiviti masjid dan perbincangan sihat di dalam forum FB dan sebagainya boleh difikirkan. JK wajar mengadakan sesi brainstorming untuk meningkatkan fungsi masjid, memasyarakatkan masjid dan memesrakan masjid untuk semua.

Berbalik program talaqqi al-Quran di Masjid al-Hilal, masing-masing akan membaca sukatan al-Quran masing-masing untuk disemak oleh Ybhg Datuk, dan ia tetap membuka ruang kepada orang baru untuk menyertai kelas ini bila-bila masa saja. Silakan hadir ke masjid anak bulan ini.

%d bloggers like this: