Tag Archive: Tahnik


Tarikh : 18 September 2016

Buat pertama kali, saya mempertontonkan kepada Ubay satu video klip, ketika awal kelahirannya Ubay ditahnik dan didoakan oleh Tuan Guru Dr Haron Din. Peristiwa ini berlaku di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya Kota Kinabalu, mengambil ruang TGHD yang datang ke Kota Kinabalu sempena kuliah Darussyifa’ Sabah.

Hanya sayangnya kad memori gambar foto rosak sebelum sempat dipindah ke laptop. Mujur rakaman video ini menjadi kenangan dan tontonan kami dan Ubay khususnya.

20160918_091013 20160918_091220

Tarikh : 2 September 2016

Lokasi : Kg Meruntum Putatan

20160902_161454 20160902_161506 20160902_171330 20160902_171332

Tarikh : 14 September 2015

Lokasi : MTQQNS

20150914_090946 20150914_091048IMG-20150914-WA0039IMG-20150914-WA0048IMG-20150914-WA0047 20150914_092055 20150914_092127 20150914_092251 20150914_092512IMG-20150914-WA0046IMG-20150914-WA0075

Tarikh : 12 Julai 2015

Lokasi : Kundasang

(Mohon maaf, saya benar-benar terlupa nama tuan rumah..)

20150712_124849 20150712_125009 20150712_125057 20150712_125150 20150712_125238 20150712_125916

TAHNIK BERSAMA TGHH

Tarikh : 2 Mei 2015

Lokasi : Kota Kinabalu

Berbunga hati apabila kami dapat terselit di celah-celah mereka yang dapat membawa anak masing-masing untuk ditahnik oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya pula antara yang terakhir berbaris daripada berbelas bapa budak yang mendukung anak kecil masing-masing. Alhamdulillah…

20150502_120353 20150502_120839 20150502_120907 20150502_123808

TAHNIK NUR DIANAH IMTINAN

Tarikh : 23 Disember 2014

Lokasi : Taman Jumbo Petagas

Memenuhi hajat Puan Nurul Ainna Abd Malek untuk mentahnik dan mencukur rambut bayinya yang baru berusia 7 hari yang diberi nama Nur Dianah Imtinan. Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada agama Islam.

Tahnik Diyanah (1) Tahnik Diyanah (2) Tahnik Diyanah (3)

MUHAMMAD ZAID

Tarikh : 10 Okt0ber 2014

Terima kasih atas kesudian guru kami, Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim yang sudi melancarkan secara rasmi nama bayi kami ketujuh – Muhammad Zaid, sebelum akan didaftarkan dalam masa terdekat.

Zaid juga ditahnik oleh Ustaz dan digunting rambut bergilir-gilir oleh sedikit tetamu yang kami undang terutama keluarga terdekat dan rakan rapat. Ustaz juga menyampaikan tazkirah berkenaan syariat kelahiran, iaitu perkara-perkara yang dilakukan apabila menyambut kelahiran bayi.

Duduk rumah sendiri, banyak perkara diurus oleh kami anak beranak sahaja. Makan-makan ringkas dengan roti kosong yang ditempah dari restoran berdekatan. Jadi mohon maaf kepada rakan-rakan lain yang tidak dimaklumkan majlis ini. Doakan Zaid dan semua anak-anak kita sebagai anak soleh yang berbakti kepada agama Islam.

Terima kasih buat yang hadir dan mendoakan kebaikan dari jauh dan dekat.

Zaid (1) Zaid (2) Zaid (3)Zaid (20)Zaid (21)Zaid (5) Zaid (6) Zaid (7) Zaid (8) Zaid (9) Zaid (10) Zaid (11) Zaid (12) Zaid (13) Zaid (14) Zaid (15) Zaid (16) Zaid (17) Zaid (18) Zaid (19)

TAHNIK BAYI

Tarikh : 5 Oktober 2014

2 hari sesudah kelahiran, dan sehari selepas kepulangan ke rumah, baru berkesempatan untuk melakukan ibadah tahnih kepada bayi ke-7 kami. Hari ini hari raya aidil adha, selepas solat dan khutbah, sedikit sarapan di surau Riyadhus Solihin Taman Austral, saya mohon izin sahabat-sahabat tidak dapat membantu majlis ibadah qurban di perkarangan surau kali ini.

Baby7 (16) Baby7 (17) Baby7 (18) Baby7 (19)

Tarikh : 8 Mac 2014 (Sabtu)

Lokasi : Sembulan Kota Kinabalu

Sebenarnya saya lupa nama cucu Tuan Haji Zawawi ini, yang menjadi jamaah tetap Masjid Negeri Sabah dan Surau Taman Austral Kepayan. Haji Zawawi dikenal jamaah sebagai seorang yang pemurah, sering mengundang kami jamaah surau untuk berkenduri di rumahnya. Entah ini kali keberapa majlis kesyukuran dilakukan di sini. Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki beliau sekeluarga.

Baby (1) Baby (2) Baby (3) Baby (4) Baby (5) Baby (6) Baby (7)

 

MUHAMMAD DANIAL SYAMIL WAFI

Tahniah kepada Ustaz Haji Ahmad Nasir Harun sekeluarga yang menimang cahayamata keempat sebulan lalu. Istimewanya, tarikhnya berhampiran dengan tarikh kami menerima cahayamata keenam Ramadhan lalu. Sementara isteri saya bersalin pada 17 Ogos bersamaan 17 Ramadhan, isteri Ustaz Nasir pula bersalin cahayamata perempuan pada 18 Ogos (tetapi) bersamaan 19 Ramadhan sekitar 8.30 malam.

Beberapa hari lepas, dua ekor kambing diimport khas dari Tawau untuk majlis aqiqah untuk Muhammad Danial. Ustaz Haji Muchlish diberikan penghormatan untuk menyembelih kambing berkenaan dan pada ahad semalam diadakan majlisnya. Seronok juga sesekali mendengar alunan rawi barzanji oleh suara-suara merdu seperti Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok, Imam Saidin Arpha dan Ustaz Ibrahim Katibe.

Ia juga sekaligus majlis bergunting rambut, tahnik dan perasmian nama bayi berkenaan yang dilakukan oleh Ustaz Haji Muchlish sendiri. Mudah-mudahan nama itu sesuai dengan diri anak berkenaan, dan menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada keluarganya. Sekali lagi tahniah untuk keluarga Ustaz Ahmad Nasir. Dapat juga anak Sabahan seorang.

%d bloggers like this: