Tag Archive: Surau


SEJADAH GULUNG

Sejadah seumpama ini berharga antara RM120 hingga RM180 bergantung kepada kualiti dan rundingan dengan penjual. Saya cadangkan sejadah seumpama ini dijadikan sebahagian projek wakaf ke surau-surau dan masjid-masjid khususnya sempena bulan Ramadhan.

Nampaknya masih banyak surau dan masjid di kampung-kampung dan sekolah-sekolah yang memerlukan. Selama sajadah masih dimanfaatkan walau kita sudah tiada di dunia ini, pahalanya sudah tentu masih mengalir buat kita. Mudah-mudahan Allah memberi kesempatan.

CANTIKNYA SURAU

Petang tadi saya ke pusat membeli belah, City Mall (Jalan Lintas) atas urusan rasmi membuat sedikit kerja-kerja penyelidikan. Asar, saya singgah di surau yang terletak di belakang aras tingkat 1.

Mudah mendapatkannya kerana ada papan tanda nama. Mula-mula tu besarlah hati melihat tanda nama surau dari jauh sudah kelihatan.

Masuk ke dalam, sedih pula saya melihatnya. Surau itu hanya ‘ditempelkan’ ke dinding dengan dinding papan. Lebarnya sekadar sedepa dan panjangnya pula dua setengah depa.

Keadaan dan bentuk sebegitu agak menyusahkan dan solat berjamaah sekalipun boleh didirikan tetapi dalam keadaan tidak kondusif serta tidak menurut peraturan syariat.

Yang paling ‘best’ sekali, tidak jauh dari surau ada sepasang makhluk sedang himpit mengimpit. Khusyuk betul makhluk ni.

Gambar-gambar ini boleh menceritakan keadaan surau berkenaan. Sungguh cantik surau ini.

Gambar bawah : Ruang solat wanita

%d bloggers like this: