Tarikh : 27 Julai 2013

Tempat : Surau Universiti Apartment Sepanggar

Majlis yang panjang sejak jam 5.30 petang sehingga selesai tarawih. Bermula dengan majlis khatam khususnya para peserta kalangan jamaah muslimat dan kemudian ceramah tentang al-Quran, iftar jamaie, solat maghrib, isyak, tarawih dan witir. Ada masa senggang antara tarawih dan witir saya menyampaikan sedikit tazkirah.

Allah SWT memberikan satu keistimewaan kepada bulan Ramadhan – suatu bulan yang tidak dikenal sebelum daripada ini – dengan satu peristiwa agung iaitu bermulanya penurunan al-Quran yang akan menjadi rujukan kepada seluruh manusia.

Sebenarnya bukanlah puasa itu kemuncak bagi Ramadhan, sebenarnya keimanan, keyakinan dan praktikal kita terhadap al-Quran itulah kemuncak di dalam Ramadhan. Dengan ibadah puasa, Allah SWT melapangkan kita mudah membaca al-Quran pada waktu siang, solat tarawih dengan mendengar ayat al-Quran yang bermacam-macam surah dan kemudian bertadarrus pula sesudahnya.

Tetapi tidak terhenti pada tilawah dan mendengar al-Quran, keimanan dan pelaksanaan al-Quran dalam seluruh kehidupan itulah menjadi kemuncaknya, sehingga manusia memperolehi ijazah taqwa. Maka mereka yang dituntut untuk menunaikan puasa itu ialah mereka yang beriman kepada Allah SWT.

Surau Universiti Apartment (1) Surau Universiti Apartment (2) Surau Universiti Apartment (3) Surau Universiti Apartment (4) Surau Universiti Apartment (5) Surau Universiti Apartment (6) Surau Universiti Apartment (7) Surau Universiti Apartment (8)