Tag Archive: Surau Taman Sempelang


Tarikh : 19 Julai 2014

Lokasi : Surau Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang

Alhamdulillah, dapat menunaikan hajat pengerusi surau Ustaz Tengku Hasipullah agar saya mengisi tazkirah ringkas bersama jamaah surau dan tetamu khas mereka iaitu rombongan Pemuda UMNO Putatan yang menyampaikan sumbangan untuk surau ini dan majlis berbuka puasa bersama jamaah surau.

Oleh kerana kebanyakan yang hadir adalah orang-orang muda, saya sebutkan perkara-perkara yang perlu diambil berat oleh pemuda-pemuda Islam di dalam mendepani suasana ummat ketika ini khususnya berkaitan dengan al-Quran. Antaranya melazimi solat berjamaah dan tilawah al-Quran, dan mempelajari al-Quran sehinggalah melaksanakan ajarannya.

 

Sempelang (1) Sempelang (2) Sempelang (3) Sempelang (4) Sempelang (5) Sempelang (6)

 

 

Tarikh : 22 Mei 2014

Tempat : Surau Nahdhatul Ilmiyyah, Taman Sempelang Sembulan Kota Kinabalu

Saya diminta menyampaikan ceramah berkaitan dengan keindahan Islam dan kesyumulannya. Antara perkara yang sempat disentuh ialah tentang aqidah Islam – ketuhanan, kerasulan dan perkara ghaib. Dalam syariah disentuh hal berkaitan ibadah, munakahat, muamalat dan jinayat.

Masa yang terbatas saya tidak dapat menyentuh berkaitan dengan akhlak atau tasauf Islam. Mudah-mudahan sedikit perkongsian tersebut ada manfaatnya.

Surau Sempelang (1) Surau Sempelang (2) Surau Sempelang (3) Surau Sempelang (4)

 

Saya tidak pernah bertemu wajah dengan beliau sebelum ini, walaupun pernah mendengar suaranya lewat radio IKIM.FM dalam suatu segmen Islam di hatiku. Saya tidak ingat butiran temuramah itu melainkan tahu beliau orang Sabah yang kini berkhidmat sebagai pensyarah kanan di UPM.

Percutian di Sabah kali ini beliau mengisi beberapa slot ceramah, antaranya di Surau Taman Sempelang ini. Saya terlepas untuk mengikuti ceramah kerana kuliah maghrib di Masjid Kg Sembulan pada masa yang sama. Hanya berkesempatan bersembang pada akhir program sebelum beliau pulang.

Saya kira boleh dimanfaatkan pada program lain pada masa akan datang.

Dr Taufiq Yap (1)Dr Taufiq Yap (2)Dr Taufiq Yap (3)Dr Taufiq Yap (4)Dr Taufiq Yap (5)Dr Taufiq Yap (6)Dr Taufiq Yap (7)Dr Taufiq Yap (8)Dr Taufiq Yap (9)







Tarikh : 7 Jun 2013 (Jumaat) 

Tempat : Surau Nahdatul Ilmiah, Taman Sempelang Sembulan Kota Kinabalu

Dalam perjalanan Israk, Nabi SAW diperlihatkan dengan sekumpulan manusia yang memukul kepala mereka dengan batu besar sehingga pecah dan berlumuran darah. Tetapi anehnya sesudah kepala mereka pecah berdarah, tiba-tiba ia baik dan pulih kembali seperti asal, kemudian terus dipukulnya.

Begitulah seterusnya. Nabi SAW bertanya kepada malaikat Jibril AS : “Siapakah mereka wahai Jibril?” Jawab Jibril : “Mereka adalah kalangan manusia yang berat menunaikan solat fardhu”.

***

Firman Allah SWT : “Tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata) : “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) saqar?” Mereka menjawab : ” Kami tidak termasuk dalam kumpulan yang mendirikan solat”…” (al-Muddathhir : 41-43)

Israk Mikraj @ Sempelang (1) Israk Mikraj @ Sempelang (2) Israk Mikraj @ Sempelang (3) Israk Mikraj @ Sempelang (4) Israk Mikraj @ Sempelang (5)Israk Mikraj @ Surau Taman Sempelang

Poster CeramahSemoga diberikan kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan amanah yang diberikan. Rabbuna yusahhil..

ALMARHUMAH HJH ALIZA ATIN

Tarikh : 30 Mei 2013 (Khamis)

Tempat : Taman Sempelang, Sembulan Kota Kinabalu

Almarhumah Hjh Aliza meninggal dunia pada 29 Mei dalam umur melebihi 70 tahun. Saya dimaklumkan urusan memandi dan mengkafankan janazah diuruskan oleh sesama ahli keluarga sendiri sementara sanak saudara serta kenalan dan jiran tetangga menyertai solat janazah sehingga ke perkuburan yang tidak jauh dari surau Taman Sempelang.

Semoga Allah mengampunkan dosa almarhumah.

Nenek Pom (1) Nenek Pom (2) Nenek Pom (3) Nenek Pom (4) Nenek Pom (5) Nenek Pom (6)

khatansempelan1

Kredit foto : FB Jaafar Othman

Saya dimaklumkan oleh beberapa sahabat yang tinggal di Taman Sempelang Sembulan akan majlis khatan beramai-ramai melibatkan sekitar 30 kanak-kanak diadakan di Surau Nahdhatul Ilmiah Taman Sempelang pada hari ini. Seorang sahabat turut mengundang saya membuat sedikit liputan tetapi saya berhalangan kerana aktiviti lain yang sudah disusun sebelum itu. Namun saya usahakan juga untuk mendapatkan maklumat khususnya foto-foto majlis berkenaan.

Meriah juga program mereka dengan majlis perarakan diiringi solawat dan kompang, juga yang turut dimeriahkan oleh penduduk taman Grace Court Sembulan dan Kampung Sembulan Baru. Turut kelihatan, petugas-petugas jabatan hospital, sepasukan petugas Bomba, RTM dan media yang membuat liputan, beberapa orang ustaz dan imam yang turut memeriahkan majlis berkenaan. Sesungguhnya ia akan menjadi kenangan kepada anak-anak berkenaan satu hari nanti akan suatu syariat yang dituntut dilakukan keatas mereka.

Tahniah kepada semua anak-anak, penduduk taman serta semua yang terlibat.

khatansempelan2khatansempelan3khatansempelan4khatansempelan5khatansempelan6khatansempelan7khatansempelan8khatansempelan9khatansempelan10

%d bloggers like this: