Lembah Permai

Tarikh : 22 Mac 2014

Lokasi : Surau al-Huda Kg Lembah Permai Kundasang

Nama kampung ini pertama kali saya dengar ketika masih belajar dalam tingkatan 1 di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu. Ada ingatan lucu ketika itu apabila saya dan kawan-kawan sering lalu ke kelas tingkatan 5 untuk ke kelas kami, ada kakak-kakak yang mengusik saya. Seorang kakak itu berasal dari Kg Lembah Permai inilah.

Sudah lebih 20 tahun peristiwa itu berlalu, saya pertama kali diundang berprogram di sini. Ada dua siri. Sebelah petang ceramah bersama kaum ibu sementara selepas maghrib ceramah bersama penduduk kampung. Kehadiran sesi ceramah bersama kaum ibu kelihatan lebih meriah berbanding sebelah malam.

Ceramah waktu malam diakhiri dengan sesi rawatan ruqyah sekitar 20 orang jemaah surau tersebut. Alhamdulillah dapat berbakti kepada kampung ini walaupun sebentar.