“Sesungguhnya Allah memilih Nabi Adam, Nabi Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). (Mereka berkembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang sebahagiannya berasal dari sebahagian yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Maha Mendengar lagi sentiasa Maha Mengetahui” (Ali Imran : 33-34)

1) Allah SWT memilih Adam AS sebagai bapa manusia. Baginda dijadikan dengan kuasa Allah secara langsung dan ditiupkan ruh ciptaan-Nya. Para malaikat bersujud kepada Adam dan Allah mengajarnya nama-nama segala benda serta kegunaannya. Adam ditempatkan di syurga, kemudian diturunkan ke bumi kerana beberapa hikmah.

2) Allah SWT memilih Nuh AS sebagai bapa manusia yang kedua. Ketika kaumnya menyembah berhala, Allah SWT membalas mereka dengan azab berupa taufan dan banjir besar yang menenggelamkan mereka. Golongan beriman yang bersama Nabi Nuh diselamatkan di dalam bahtera besar. Zuriat Nuh juga terdiri daripada nabi-nabi dan rasul-rasul.

3) Allah SWT memilih Nabi Ibrahim dan keluarganya iaitu Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Ya’qub, Nabi Yusuf dan al-Asbat (keturunan Ya’qub AS). Melalui susur galur Nabi Ismail beberapa generasi Nabi daripada kalangan bangsa Arab sehingga kepada Nabi Muhammad SAW, penghulu dan penyudah para nabi.

4) Allah SWT memilih keluarga Imran iaitu Nabi Isa AS, ibunya Maryam binti Imran yang nasab kedua-dua mereka bersambung sampaiĀ  kepada Nabi Ya’qub AS. Imran yang dimaksudkan di sini ialah ayah kepada Maryam yang merupakan ibu kepada Nabi Isa AS iaitu Imran bin Yashim bin Misya bin Hizqiya bin Ibrahim. Nasabnya sampai kepada Nabi Sulaiman bin Daud yang juga merupakan keturunan Nabi Ibrahim AS.

*Nota kuliah maghrib Surau Taman Austral 26 Januari 2011.