Majlis berjalan lancar di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu dengan warga maahad bermalam di asrama kompleks berkenaan selama 2 hari 2 malam sejak petang jumaat. Warga siswa siswi dibahagi kepada tiga buah rumah – Umar al-Khattab (merah), Hamzah Asadullah (biru) dan Khalid al-Walid (hijau).

Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, bola sepak, takraw, futsal, bola jarring, ping pong. Sementara permainan indoor ialah seperti catur, sahibba, scrable dan karom. Dalam kejohanan kali ini, rumah sukan Khalid al-walid (rumah hijau) dinobatkan sebagai johan keseluruhan.

Puan Pengetua Ustazah Hiryanti Haji Tabin menyampaikan hadiah-hadiah kepada semua pemenang.

(Foto-foto hanya perlawanan bola tampar yang kebetulan saya singgah menyaksikan lewat petang sabtu)

SUKFAZ 2013 (1) SUKFAZ 2013 (2) SUKFAZ 2013 (3) SUKFAZ 2013 (4) SUKFAZ 2013 (5) SUKFAZ 2013 (6) SUKFAZ 2013 (7) SUKFAZ 2013 (8)SUKFAZ 2013 (9) SUKFAZ 2013 (10) SUKFAZ 2013 (11) SUKFAZ 2013 (12)