Tag Archive: Star City


Tarikh : 24 Mac 2013 (Ahad)

Tempat : Dewan Star City Kota Kinabalu

 

 

 

 

 

 

Himpunan Keamanan Rakyat (1) Himpunan Keamanan Rakyat (2) Himpunan Keamanan Rakyat (3) Himpunan Keamanan Rakyat (4) Himpunan Keamanan Rakyat (5) Himpunan Keamanan Rakyat (6) Himpunan Keamanan Rakyat (7) Himpunan Keamanan Rakyat (8)

KOTA KINABALU: PAS berpendirian bahawa urusan pentadbiran negeri Sabah harus diserahkan kepada orang Sabah yang lebih mengetahui selok belok paermasalahan di sini. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sebab itu PAS akan menyerahkan kepada orang Sabah mentadbir negeri ini jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Orang Sabah lebih tahu ‘lorong-lorong’ dia. Oleh itu, pentadbiran, pengrusan Sabah, orang Sabah yang mengurus, dia lebih tahu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan penutup pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini semalam. Menurutnya, sudah cukup selama ini rakyat Sabah dipermainkan oleh parti pemerintah demi mengekalkan kuasa mereka bukan sahaja di negeri ini, malah kuasa di pusat.

“Cukuplah Sabah dipermainkan, rakyat dipermainkan. Rakyat dibeli untuk undi pilihan raya. Pemimpin dibeli untuk kekal kuasa di pusat,” ujarnya lagi. Beliau turut menyeru kepada rakyat negeri ini untuk membuat perubahan bersama-sama rakyat Semenanjung demi menuju politik baharu Sabah yang lebih mengutamakan rakyat.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka membela nasib rakyat, dalam bidang kuasa yang ada di beberapa negeri yang telah diperintah. Ianya termasuk di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, dan pernah di Perak serta di Terengganu.

“Perubahan yang berlaku tidak boleh di Semenanjung sahaja, kena ubah sama-sama. Insya Allah, ini kalilah,” katanya lagi. Di Sabah, PAS juga memberi komitmen serupa iaitu mahu memberi keadilan dan hak kepada rakyat seperti yang dituntut oleh agama Islam. Islam ujarnya menentang sebarang bentuk kezaliman dan menganggap urusan pentadbiran adalah amanah untuk diurus dengan adil kepada rakyat.

“Tak boleh atasi kemiskinan jika pemimpin anggap harta negeri sebagai harta sendiri. Selagi tak selesai masalah rakyat di peringkat negeri, hasil negeri tidak boleh dipunggah ke pusat,” jelasnya. Sebab itu juga katanya Pakatan Rakyat turut menuntut kenaikan pembayaran royalti darpada 5 peratus kepada 20 peratus.

“Pada kita, 20 peratus sudah boleh selesai masalah rakyat negeri ini. Kalau tak selesai, kena tambah lagi (peratusan) itu,” katanya.

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Sabah kali ini dilihat lebih menarik apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini telah menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka membantu PAS. Mereka yang kini disertai lebih 3,000 ahli di sini, bakal membantu calon PAS yang bertanding di beberapa kawasan, khususnya dalam usaha menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Naib Ketua (Kaum Cina) DHPP Pusat, Vincent Lee berkata, pihaknya kini memberi tumpuan di beberapa kawasan yang dikatakan akan ditandingi calon PAS termasuk di Dun Pitas yang terkenal sebagai kawasan paling miskin di Sabah. Mereka akan turun sebagai pasukan yang akan memberi penjelasan berhubung isu agama yang sering dimainkan BN kepada pengundi bukan Islam khususnya isu hudud yang diperjuangkan PAS.

“Bagi kita, rakyat Sabah tidak ada pilihan lain selain memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat jika mahu merubah nasib mereka dan negeri ini. Ini kalilah, rakyat Sabah perlu membuat perubahan demi masa depan mereka,” katanya kepada Harakahdaily.

Di Dun Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian. Paling menarik, DHPP di Pitas seperti yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini digerakkan oleh seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor, Otou @ Francis Singoron. Sabtu lalu, DHPP juga turut melancarkan tabung pilihan raya peringkat Sabah untuk membantu gerak kerja calon PAS di Pitas yang disempurnakan sendiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pelancaran itu dibuat sempena program Konvensyen Politik Baharu Sabah yang buat pertama kalinya disertai semua parti dalam Pakatan Rakyat. Ianya termasuk Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai Datuk seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing serta bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong yang kini menyertai PKR.

Sebagai permulaan, tabung ini telah menerima sumbangan awal dari Semenanjung sebanyak RM2,000. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr. Siti Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja pernah melawat ke Pitas baru-baru ini. Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya di sini. Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.

Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja. Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, bolehlah memberikan sumbangan terus ke akaun Ambank Islamic Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073.

SURAU DI KOMPLEKS STAR CITY

Kompleks Star City bersebelahan dengan Asia City adalah satu lagi kompleks membeli belah di Bandaraya Kota Kinabalu. Bagi sesetengah orang Star City terkenal dengan sebuah dewan konferen yang besar yang selalu digunakan untuk acara-acara makan malam atau persidangan melibatkan ribuan orang. Di sini juga ada jualan barang-barang kraftangan tempatan yang banyak dijual di aras bawah.

Tengahari ini saya jalan-jalan di sini untuk membuat sedikit tinjauan beberapa perkara. Secara tidak sengaja sebenarnya saya terjumpa surau untuk muslimat di tingkat satu setelah sebelum itu ternampak tanda arah ke surau secara umum sahaja. Rupanya surau untuk muslimin (lelaki) terletak di atasnya, aras 2, perlu naik tangga berdekatan sahaja. Tanda arah di surau lelaki menuju ke surau wanita ada diletakkan, tetapi tiada tanda arah di surau wanita untuk ke surau lelaki, dan saya kira pihak pengurusan wajar memperbaiki keadaan ini.

Suasana dalam surau sederhana sahaja, tidak terlalu bersih dan tidak pula terlalu kotor. Ia boleh memuatkan kira-kira 15-20 orang pada satu-satu masa.  Ia terletak di hujung bangunan, berdekatan dengan kawasan parkir kereta, tetapi agak jauh juga bagi mereka yang berniaga atau bertugas di hujung yang satu lagi. Saya kira pihak pengurusan juga wajar memanggil Pejabat Mufti Negeri Sabah untuk ditentusahkan kiblatnya.

Mudah-mudahan catatan ini memudahkan pengunjung di Star City untuk menunaikan solat khususnya antara zuhur ke isyak pada waktunya di surau yang telah disediakan.

SABAH SUPERMODEL & MAN HUNK

Malam esok 23hb ada program maksiat. Pertandingan akhir ‘The 2nd Sabah Supermodel & Man Hunk’ peringkat negeri di Star City anjuran sebuah syarikat judi terkenal – Diriwan.

Daripada semakan saya di web mereka – http://sabahsupermodel.com, terdapat 16 peserta akhir lelaki dan 16 peserta wanita.

Di kalangan mereka ada yang bernama Wan Mustafa (27 tahun) dari Kota Kinabalu, Mohd. Shah Rezza bin Adrianshah (24 tahun) dari Tawau dan Alia Afiqah bte Abden (17 tahun) juga dari Tawau.

Tapi cuba tengok ayat di bawah logo rasmi itu.

In aid of society for Sabah Heart Fund, Old Folks Home Tawau dan Rumah Anak Yatim Tawau (al-Raudhoh).

Inilah zaman fitnah namanya.

Gambar-gambar diambil dari web sabahsupermodel.com. Gambar-gambar lain ada dalam web berkenaan.

Gambar pertama adalah ketika pemilihan di Tawau, sementara yang kedua adalah pemilihan di Kota Kinabalu.

%d bloggers like this: