Tag Archive: Solat Raya


IMG_8384

Sehingga ke pagi raya, saya masih belum memutuskan di masjid atau surau mana hendak turut serta solat raya.

Belum sempat apa-apa, masjid di belakang rumah sudah mendirikan solat tepat jam 7.30 pagi.

Saya mula bergerak bersama hero kami Abd Hadi tepat 8 pagi. Mendengar radio Sabah FM, Masjid Negeri baru saja mula mengangkat takbiratul ihram.

Kami berdua ke Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral. Saya dimaklumkan solat didirikan pada jam 8.30 pagi.

Memang dalam buku-buku fekah ada dinyatakan sunnat dilewatkan sedikit solat eidul fitri bagi memberi ruang kepada mereka yang belum membayar zakat.

Satu lagi kebimbangan di hati saya apabila membawa hero kami ini ke surau.

Inilah pertama kali saya membawanya untuk menyertai sebarang solat berjamaah di surau. Saya sendiri maklum kenakalannya, maklum belum mencapai umur 3 tahun pun.

Asalnya memang saya tidak berhajat membawa solat, tetapi sesudah Abd Hadi bergaya seawal pagi, hati saya tewas untuk membawanya juga.

IMG_8389

Kami sampai dalam keadaan ruang solat dalam dan luar sudah penuh. Terpaksa  juga mencari ruang-ruang kosong buat kami berdua.

Sebelum solat Ust Mad selaku timbalan pengerusi mengumumkan jumlah sumbangan yang diterima sepanjang Ramadhan berjumlah sekitar RM60 ribu, jatuh RM30 ribu berbanding tahun lalu.

Sumbangan-sumbangan itu meliputi RM20 ribu untuk Pusat Pendidikan Islam, RM19 ribu untuk majlis berbuka puasa, RM9 ribu untuk sumbangan kepada anak-anak yatim dan susah, RM6 ribu dalam bentuk beras yang disumbangkan kepada fakir miskin, lebih RM 1000 untuk PASTI dan sekitar RM5 ribu untuk siswi ke Mesir.

Ketika solat didirikan pimpinan Ust Mad Sepanggar, Abd Hadi turut berdiri menghadap kiblat.

Jamaah rukuk, dia tetap  berdiri. Jamaah sujud, dia tetap berdiri. Begitulah sehingga selesai. Dia tetap berdiri dan berpusing-pusing melihat orang di sekelilingnya.

Itu saja membuat saya bersyukur. Mana tidak, ketika solat itu pun ramai anak-anak sebaya dan lebih besar daripadanya berlarian di hadapan ma’mum.

Tetapi Abd Hadi istiqamah berdiri tidak tergoda dengan larian orang lain.

Khutbah raya disampaikan oleh Ust Zulhazmi Osman.

Isi khutbah yang sangat baik. Menggabungkan tentang pengisian hari raya yang sepatutnya dipraktikkan umat Islam dan isu-isu semasa agar jamaah mengambil iktibar dengan peristiwa yang berlaku.

Cuma sistem suara surau perlu diperbaiki kerana tidak begitu jelas khususnya bagi mereka yang berada di luar.

Selepas khutbah, surau menyediakan sedikit jamuan dan diakhiri dengan sesi fotografi.

IMG_8391

IMG_8398

IMG_8403

IMG_8410

IMG_8411

IMG_8422

………..

Terima kasih SMS ucapan selamat hari raya yang diterima :

Ustazah Dg Masni Datu Saribu (MTQQNS), Cikgu Dg Jaudah Amit (SMAI TPHR), Salmia Ismail (Kedai Arnab Asia City), Ust Razali Abd Hamid (SPPIM), Ust Fakhruddin Said (Madrasah Islamiah MNS).

Ustazah CT Muslimat Bacho (Membakut), Ustazah Nordianah Alwi (JAWI WP Labuan), Ustazah Hjh Zubaidah Jamadi (BP JHEAINS), Ust Nanip (Jab Penjara Sg Buloh), Ustazah Siti Sahrah Md Arip (Tawau).

Hj Hamir Zahari (Petronas WP Labuan), Ust Kamarool Azhar (Tenom), Ust Bahtiar Hud (Sandakan), Siti Ayu Solehan Md Zulkifly (UMS /PSS), Cikgu Yahya Hj Yusuf (SK Babagon Toki Inanam).

Tahir Abdullah (Hospital Kuala Penyu), Abd Razak Jamil (Ketua AMK Sabah), Shumaimah Wong (SAHABAT), Alinah Nordin (JPANS), Ust Md Hanafiah Sulung (Rhu Rendang Terengganu).

Zaidi Hussin (Likas KK), Zulzaim Helmi (Papar), Ust Herwan Harun (Membakut), Zaidi Jumat (WP Labuan), Ust Zulkifli Mustafa (Pendang Kedah), Matlin Asmat (Masjid Negeri Sabah), Suraip Hassan (Kg Lok Kawi Baru).

Zulkifli Md Tahir (Pengarah Hospital Kuala Penyu), Ust Md Ghazali Yunus (Seremban N9), Ust Md Taif Kassim (BP JHEAINS), Ust Senan Jipar (BD JHEAINS), Md Alli Jakrin (WP Labuan).

Siti Hawa Md Saud (PASTI Putatan), Janis Abdullah (Masjid Negeri Sabah), Ust Hj Hashim Othman (JAI Perlis / Ahli Lajnah Tashih al-Quran), Zahara Rahim (Jabatan Muzium).

Ust Zikro Othman (Perak), Datuk Hj Safari Manan (Likas KK), Ustazah Lilis Mulyani (BD JHEAINS), Ust Rafihi Derim (Institut Perguruan Kent Tuaran), Ust Md Shamsuri Ghazali (JAKIM Sabah).

Ust Hj Imbran Anggun (Istana Negeri Sabah), Yusrino Yusuf (Pusat Serenti Papar), Ust Azim (Tenom), Ismail Hassan (JKR Sabah), Ustazah Norlela Lakibul (JHEAINS Semporna), Cikgu Adiah Mustafa (SPA Jabatan Pelajaran).

1) Ketika di Masjid Negeri satu masa dulu, saya bertugas imam subuh pagi raya. Ketika itu sudah ada jamaah yang datang kemas berpakaian hari raya. Segak sekali.

Tapi mereka duduk-duduk saja di belakang. Tidak menyertai kami solat subuh berjamaah. Apabila ditanya bilal kenapa tidak solat subuh dia menjawab :

“Kami datang bukan mau sembahyang subuh. Kami datang pasal mau sembahyang raya”.

2) Berlaku di sebuah masjid di KK, saya riwayatkan daripada Ust Azam, ketika jamaah sudah ramai menanti seruan mendirikan solat raya, tiba-tiba pak imam naik ke mimbar.

Ramai jamaah kehairanan. Ada seseorang menarik dan membisik kepada imam berkenaan.

“Mam, kita sembahyang raya dulu”.

Semoga Allah mengampuni Allahyarham imam berkenaan.

3) Sebuah masjid ketika sedang mendengar pesan khatib melalui mimbar.

Tiba-tiba ada yang menjerit dari luar. Rupanya ada kebakaran berlaku di kampung tersebut, memusnahkan banyak rumah mereka. Sebahagian mereka yang di dalam masjid berlarian menyelamatkan barang yang sempat diambil.

Sepatutnya, khutbah raya yang sunnat itu ditangguhkan saja agar semua dapat membantu memadam kebakaran dan menyelamatkan harta mereka.

4) Seseorang yang datang lambat ke masjid, dilihatnya dari luar imam sedang berkhutbah raya.

“Oh sempat lagi”. Bisiknya.

Dia masuk dan berhimpit duduk di saf hadapan.

Tidak lama dia duduk, khutbah pun selesai, orang ramai berpusu-pusu balik.

“Eh, sembahyang raya tidak jadi ka?”

………

Terima kasih SMS ucapan selamat hari raya :

Babu Niza (WP Labuan), Ust Md Hafidz Ahmad (JHEAINS Sipitang), Nur Ain Betty Abdullah (Taman Bersatu Putatan), Ust Hj Muchlish Ali Kasim (Putatan),  Bob D’Selera Catering.

Cikgu Abd Hameed Abu Bakar (YDP PAS Putatan), Md Ekhsan Jafrani (Kota Belud), Ust Azam (Maktab Sabah), Cikgu Zakaria Ali Hanafiah (Kelantan), Md Nadir Kamaruzzaman (PSS), Md Syum Abd Majid (Sabah FM).

Ust Ku Apwa (Ahli Lajnah Tashih al-Quran / Terengganu), Cikgu Roslan Idris (Taman Ujana Kingfisher), Ust Azman Mustafa (Ketua DPPK Putatan), Cikgu Ismail Abd Rahman (GiatMARA Inanam), Ust Ahmad Abrian (SMK Pitas).

Azmih Junaidi (Kg Contoh Petagas), Ust Hj Mustakim Maisar (Sandakan/KL), Ust Abd Sattar Mohammad (Institut Perguruan Kent Tuaran), Imam Ridhwan Kadim (Tenom), Hairun Ali Bakar (Tamparuli).

Imam Makrup Tammu (Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang), Hj Hamzah Abdullah (TPJ1 BPPNS), Dr Zainurrasyid Zainuddin ( Aman Palestin, JIM),  Hj Firman Shah Md Yunus (Keningau).

Datuk Hj Ismail Ag Besar (Pengerusi SPANS), Uncle Arun Mahali (Taman Bersatu Putatan), Hj Salman Md Amir (WP Labuan), Imam Saidin Arpha (Masjid Negeri Sabah), Aminuddin Aling (TPJ3 BPPNS).

Ainul Mardhiah (Bangi Selangor), Azman Jupri (Taman Pasir Putih Putatan), Hj Norazlan Mahmud (WP Labuan), Azlimun Mahali (Sipitang), DSP Hj Abd Malek Dolusin (IPK Kepayan), Hassa Matjin (SPANS).

Ismail Yusof (LHDN), Ust Amir (SMKA KK), Hj Matni Untong (SPANS), Hj Omar Tompang (Bangi Selangor), Dr Sallehuddin Abdullah (Hospital QE), Amirul (ADS4Bucks), Ahmad Dollah (TPJ2 BPPNS).

Khairuddin Hj Saidi (JPSM), Iwan Bakri (GiatMARA Inanam), Datuk Hj Mokhtar Rapok (Masjid Negeri Sabah), Md Talib Ahmad (Sabah FM), Hj Wan Nik Wan Yusuf (Jabatan Pilihanraya PAS Pusat), Mohd Fazri Ansun (MTQQNS).

Hernawati Baharuddin (PASTI Taman Union Putatan), Ust Md Fauzi Hj Ghazali (SMK Tebobon Menggatal), Munadiah Hj Ghazali (Alor Star Kedah), Hadnan Mohammad (WP Labuan), Md Saifuddin Ahmad (Politeknik Sepanggar).

Md Firdaus Ismail (Felda Sahabat, Lahad Datu), Dr Taufik Yap (Luyang), Jamiun Osman (BPI JHEAINS), Nur Alia James Abdullah (SAHABAT / Likas), Md Jamri Ag Damit (SPANS), Jukin Alud (Kota Marudu).

Mohammad Asyraf , Mohammad Nazri Nawawi (Bank Negara, KK), Mak Long Masnah Ismail (Taman Indah Permai), Jamil Dan (Taman Kepayan), Dr Arsiah Bahron (UMS), Babu Ika @ Cikgu Zunika (WP Labuan).

RISALAH AIDIL FITRI

MUQADDIMAH

1) Di dalam agama Islam terdapat 2 perayaan iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha.

2) Menurut syariat, menyambut hari Eidil Fitri didahului dengan puasa, zakat, takbir dan solat raya.

MAKNA ‘EID (HARI RAYA)

1) Eid ertinya kembali.

2) Dinamakan begitu kerana disebabkan berulang pada setiap tahun. 

3) Atau disebabkan kegembiraan yang timbul dengan kembalinya hari itu.

4) Atau disebabkan terlalu banyak nikmat daripada Allah pada hari tersebut keatas hamba-hambaNya.

5) Atau umat Islam kembali dalam keadaan bersih daripada dosa setelah melakukan amal ibadah, taubat dan sebagainya sepanjang Ramadhan.

6) Atau juga kerana umat Islam kembali kepada asal tidak berpuasa seperti sebelum Ramadhan.

SOLAT EIDIL FITRI

1) Disyariatkan pada tahun kedua selepas hijrah.

2) Hukumnya sunnat muakkad dan dituntut melakukan secara berjamaah, tetapi sah jika dilakukan secara bersendirian.

3) Dituntut mendirikannya kepada semua mukallaf – lelaki, perempuan, dan orang bermukim atau bemusafir.

4)  Tidak sunat azan dan iqamah, tetapi diseru dengan : “assolaatu jaami’ah”.

5) Waktunya bermula dengan terbitnya matahari hingga gelincirnya, tetapi yang utama ialah ketika matahari naik setinggi galah, kerana itulah waktu yang selalu didirikan solat oleh Nabi SAW.

6) Mempunyai 2 rakaat, dimulakan dengan takbiratul ihram, kemudian membaca doa iftitah, kemudian bertakbir sebanyak 7 kali dalam keadaan mengangkat tangan sehingga bersetentang dua bahunya seperti mana takbiratul ihram.

7) Ketujuh-tujuh takbir itu dipisahkan antara satu sama lain sekadar satu ayat yang sederhana dan disunnatkan membaca tasbih :

سبحان الله والحمد لله ولآ إله إلا الله والله أكبر

8) Kemudian membaca isti’azah dan surah al-Fatihah serta dibaca bersamanya satu surah atau beberapa ayat.

9) Apabila berdiri pada rakaat yang kedua, hendaklah bertakbir sebanyak 5 kali, tidak termasuk takbir yang dibaca ketika bangun dari sujud.

10) Kelima-lima takbir itu juga dipisahkan dengan bacaan tasbih di atas.

11) Kesemua takbir tambahan itu hukumnya sunnat sahaja, jika terlupa melakukannya dan terus membaca al-Fatihah, maka takbir-takbir tadi luput dan tidak perlu diulangi semula dan solatnya tetap sah.

12) Solat hari raya boleh didirikan di masjid atau di padang, yang afdhal ialah tempat yang luas dan memuatkan semua orang yang bersembahyang.

KHUTBAH HARI RAYA

1) Dilakukan selepas solat hari raya, berlawanan dengan khutbah Jumaat.

2) Semua rukun dan sunnat khutbah sama seperti khutbah Jumaat.

3) Khutbah pertama sunnat dimulakan dengan 9 kali takbir, dan khutbah kedua dengan 7 kali takbir.

BERTAKBIR PADA HARI RAYA

1) Sunnat bertakbir bermula tenggelamnya matahari pada malam hari raya di rumah, di jalanraya, di masjid dan di pasar dengan suara yang tinggi sehinggalah imam mengangkat takbiratul ihram untuk solat hari raya.

2) Pada hari raya puasa, takbir tidak lagi disunnatkan selepas solat raya, bahkan sunnatnya berakhir apabila imam mengangkat takbiratul ihram.

3) Lafaz takbir :

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أْكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ. لآ إِلَهَ إِلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحْمَدُ

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكَْرَةً وَأَصِيلا، لآ إِلَهَ إِلا اللهُ وَلا نَعْـبٌدُ إلا إِيَّاهُ، مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَو كَرِهَ الْكَافِرُونَ. لآ إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ

ADAB-ADAB PADA HARI RAYA

1) Mandi dan memakai pakaiannya yang cantik dan bersih.

2) Disunnatkan datang lebih awal ke masjid pada pagi hari raya.

3) Pada hari eidul fitri, disunnatkan makan sedikit sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya.

4) Disunnatkan pergi ke tempat sembahyang atau masjid dengan melalui satu jalan dan kembali dengan jalan yang lain.

MENZIARAHI KUBUR

1) Menziarahi kubur tidak disunnatkan pada waktu-waktu tertentu seperti hari raya sahaja, bahkan dilakukan pada bila-bila masa.

2) Para ulama bersepakat bahawa sunnat bagi golongan lelaki menziarahi kubur orang Islam.

3) Bagi golongan perempuan, makruh menziarahi kubur kerana dibimbangi berlaku tabarruj (solekan yang berlebihan ketika keluar rumah), menjerit-jerit dan mengangkat suara.

4) Walaubagaimanapun disunnatkan menziarahi kubur Rasulullah SAW dan kubur para Nabi serta orang soleh, dengan syarat mereka keluar dengan tidak dalam keadaan berhias, tidak mengangkat suara dan bersesak-sesak dengan golongan lelaki.

ADAB MENZIARAHI KUBUR

1) Disunnatkan memberi salam kepada penghuni kubur dengan berkata :

السلام عليكم دَارَ قَومٍ مُؤمِنِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ لاحِقُونَ

“Salam sejahtera buat kamu semua wahai penghuni di rumah orang-orang beriman. Sesungguhnya kami dengan izin Allah akan datang menyusuli kamu”.

2) Datang dengan menutup aurat, bersopan, tidak berbuat bising atau bergelak ketawa, serta tidak melaungkau atau duduk di atas kuburan.

3) Tidak melakukan perkara khurafat seperti pemujaan, atau meninggalkan wang ringgit di tanah kubur dan sebagainya.

4) Dibaca di sisi mereka ayat-ayat al-Quran kerana rahmat Allah akan turun ketika ayat dibaca.

5) Setelah selesai membaca al-Quran, hendaklah mendoakan kebaikan untuk mereka; pahala bacaannya dihadiahkan kepada ruh-ruh mereka.

6) Apabila doa diterima Allah, maka si mati akan mendapat manfaat daripada pahala bacaan yang dihadiahkan kepadanya.

PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL

1) Disunnatkan berpuasa 6 hari dalam bulan syawal, berdasarkan perintah Nabi SAW : “Sesiapa berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka ia seumpama berpuasa sepanjang tahun”.

2) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan berselang seli tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara berturutan selepas hari raya pertama.

3) Melewatkan puasa sunnat syawal akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera melakukan ibadah adalah lebih afdhal.

4) Menurut ulama’ terkemudian dalam Mazhab Syafie seperti al-Khatib asy-Syarbini dan Imam Ramli, orang yang menunaikan puasa kerana qadha, nazar atau sebagainya dalam bulan syawal akan memperolehi pahala puasa sunnat syawal.

ADAB BERTAMU

1) Berziarah pada masa yang sesuai dan disenangi tuan rumah.

2) Masuk ke rumah setelah diizinkan dan memberi salam.

3) Menjaga mata, jangan liar memandang ke sana ke mari.

4) Tidak meminta sesuatu yang boleh menyusahkan tuan rumah.

5) Tidak berziarah ke rumah yang boleh mendatangkan fitnah seperti berdua-duaan tanpa mahram dan sebagainya.

6) Tidak berziarah semata-mata tujuan memuaskan kehendak perut.

7) Jangan duduk terlalu lama atau terlalu bersegera hendak pulang.

8) Meninggalkan tuan rumah dengan salam dan berjabat tangan sesama lelaki atau sesama perempuan.

ADAB MENERIMA TETAMU

1) Memuliakan tetamu dengan bermanis muka dan kata-kata yang sopan.

2) Memenuhi hajat tamu jika ia memerlukan bantuan mengikut kemampuan.

3) Tidak membezakan layanan antara tetamu yang berada dan sebaliknya.

4) Tidak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah supaya dipuji orang.

5) Memberi jamuan walaupun ala kadar sebagai penghormatan.

6) Menerima, melayan dan memuliakan tetamu termasuk ajaran Islam dan ciri-ciri orang beriman. 

TUNTUTAN BERMAAF-MAAFAN

1) Memohon maaf terhadap sesama manusia adalah satu sikap yang dianjurkan agama, tambahan lagi kepada orang tua dan ahli keluarga.

2) Suka memberi maaf termasuk sifat orang bertaqwa. Firman Allah : “(Orang yang bertaqwa itu) ialah, orang yang menafkahkan harta ketika senang dan susah, menahan marah, dan suka memaafkan orang lain; Allah suka orang yang berbuat baik”. (Ali Imran : 134)

3) Sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang memaafkan kesalahan orang, ketika ia mampu membalas maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan (hari kiamat)”.

LARANGAN BERJABAT TANGAN ANTARA BUKAN MAHRAM LELAKI – PEREMPUAN

1) Rasulullah SAW tidak pernah berjabat tangan dengan wanita bukan mahram, kecuali dengan para isterinya.

2) Islam melarang perbuatan itu dengan tujuan pencegahan awal, supaya jangan sampai timbul fitnah, atau keinginan seksual atau keseronokan.

HUKUM MEMBERI DUIT RAYA

1) Harus hukumnya bersedekah duit raya sebagai satu kegembiraan terutama kepada anak-anak kecil dan orang susah. Sabda Nabi SAW : “Hendaklah kamu memberi hadiah, nanti akan timbul rasa kasih sayang”.

2) Sabda Nabi SAW : “Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima”.

3) Walaubagaimanapun, para ibubapa hendaklah mendidik anak-anak agar jangan suka meminta-minta dengan orang lain.

MENERUSKAN AMALAN YANG BAIK DALAM RAMADHAN KE DALAM BULAN SYAWAL

1) Antara ibadah yang sewajarnya diteruskan adalah seperti rajin membaca al-Quran, solat berjamaah, suka bersedekah, berpuasa sunnat, mendengar ceramah dan tazkirah, mendirikan solat sunnat seperti solat tahajjud, tasbih, hajat, witir, rawatib, rajin ke masjid dan sebagainya.

Dikeluarkan oleh :

Bahagian Penyelidikan & Informasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Kinabalu.

Sept 2008 / Ramadhan 1429H.

%d bloggers like this: