Tarikh : 21 & 22 Mac 2013

Tempat : Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu

Sumber berita : di sini

KOTA KINABALU – Encik Afizan Wankee (Kota Kinabalu) dan Cik Sofizah Mousin (Ranau), kedua-duanya dari peserta Program Tahsin Al-Quran telah muncul sebagai johan qari dan qariah peringkat negeri Sabah 2013 yang diadakan di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, sebentar tadi.

Encik Afizan memperolehi 82% manakala Cik Sofizah Mousin memperolehi 80.33%, tempat kedua qari disandang oleh Encik Mohd Raffe bin Ghalil Abbas (Tuaran) yang memperolehi 81.1 % dan tempat ketiga, Haji Abdullah Abd Wahid dari Semporna yang memperolehi markah 79.66%.

Tempat kedua qariah pula disandang oleh Puan Hajah Halipah Machu dari daerah Membakut yang memperolehi markah 80.01% dan tempat ketiga, Cik Nur Faten Izzati bte Rablin dari Kota Marudu yang memperolehi markah 79%. Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, menunaikan fardhu haji/umrah, sebuah piala, satu set pakaian dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 piala, satu set pakaian dan sijil penyertaan, manakala sagu hati masing-masing menerima wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan. Johan terbaik dianugerahkan kepada Encik Afizan Wankee, beliau menerima RM1,000.

Semua hadiah-hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin.

MTQ Sabah 2013 (1) MTQ Sabah 2013 (2) MTQ Sabah 2013 (3) MTQ Sabah 2013 (4) MTQ Sabah 2013 (5) MTQ Sabah 2013 (6) MTQ Sabah 2013 (7) MTQ Sabah 2013 (8) MTQ Sabah 2013 (9) MTQ Sabah 2013 (10) MTQ Sabah 2013 (11) MTQ Sabah 2013 (12) MTQ Sabah 2013 (13) MTQ Sabah 2013 (14) MTQ Sabah 2013 (15) MTQ Sabah 2013 (16) MTQ Sabah 2013 (17) MTQ Sabah 2013 (18)

Malam kedua  (foto Haji Ahmad Haji Yasin) :

mtq2 mtq3

mtq1